Thursday, June 22, 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN MUDAH

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca blog Siti. Moga kalian dikurniakan kesihatan dan rezeki yang sentiasa mencurah-curah. Ok, hari ini Siti nak bercerita tentang PETUA HILANGKAN JERAGAT.

Sebut je pasal jeragat, semua orang tidak suka kan? Yela, bagi orang normal yang menitikberatkan penampilan khususnya di kalangan wanita, mempunyai kulit berjeragat merupakan satu masalah baginya. Lebih-lebih lagi bagi yang sentiasa berkomunikasi dan berhadapan dengan orang ramai. Pasti keyakinan diri akan menurun dan Self esteem akan pudar.

APA ITU JERAGAT?



Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya. Tetapi ia muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan. Menurut Dr. Kiran Sethi dari New Delhi, jeragat berbeza dengan tahi lalat. Jeragat selalunya lebih leper dan lazimnya berlaku kepada individu yang mempunyai kulit cerah. 

Jeragat selalunya muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti muka, bahu dan juga tangan. Malah, bintik gelap yang terjadi akibat jeragat juga boleh meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat.

PUNCA JERAGAT


1. Terdedah kepada sinaran cahaya UVA/ UVB yang menyebabkan peningkatan penghasilan melanin.

Seperti yang kita semua ketahui, sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis:

Ultraviolet A- Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari. Ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung seterusnya menyebabkan masalah kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

Ultraviolet B- Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C- Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi anda jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan ia telah diserap oleh lapisan ozon.


2. Faktor genetik 

Faktor genetik juga menyumbang kepada masalah jeragat. Jika ibu ada masalah jeragat, anak juga kemungkinan akan ada masalah jeragat.

3.Menggunakan skincare yang mengandungi bahan kimia

Penggunaan skincare yang banyak mengandungi bahan kimia akan merosakkan kulit yang akan menyumbang kepada berlakunya jeragat. Hati-hati dalam memilih produk-produk dipasaran. Pastikan ia selamat untuk jangka masa panjang.

4. Perubahan pada hormon 

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mempunyai jeragat.

5.Faktor usia

Seiring berlalulnya masa dan bertambahnya usia, badan kekurangan nutrisi jika tidak mengambil sebarang supplements. Kulit di usia 20 tahun tidak akan sama dengan kulit di usia 40 tahun. Faktor ini juga menyumbang kepada masalah jeragat.

PASTIKAN JERAGAT ANDA BUKAN KANSER


Jeragat bukanlah sejenis penyakit. Namun anda harus berhati-hati jika jeragat yang berada di badan anda tidak normal seperti orang lain. 

Antara tanda-tanda jeragat atau tahi lalat merupakan sejenis kanser adalah:

1. ASIMETRI
Kebanyakan tahi lalat yang bersifat kanser tidak simetri. Ini bermakna saiz atau rupa bagi kedua-dua belah tahi lalat (jika membahagikannya kepada dua) kelihatan tidak serupa.

2. SEMPADAN
Sempadan bagi jeragat atau tahi lalat yang sihat kebiasaannya rata manakala bagi kanser pula, ia boleh rasa kasar atau sempadannya naik menyebabkan permukan tidak rata.

3. PERUBAHAN WARNA
Warna tahi lalat atau jeragat tidak sama dengan yang sihat. Perubahan ini boleh berlaku akibat proses patologi kanser. 

4. DIAMETER
Bagi tahi lalat atau jeragat yang berukuran 6 milimeter atau lebih, ia mungkin bersifat kanser.

credit: hellodoktor.com


BAHAN SEMULAJADI UNTUK HILANGKAN JERAGAT


Terdapat beberapa bahan yang berasaskan alam semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Ada di antaranya anda boleh dapatkannya di dapur anda:

#1. Teh Hijau



Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit, Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit. Sifar antiinflamasi pada teh hijau sangat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit termasuklah jeragat.

Caranya:

Rendam teh hijau dalam air panas selama beberapa minit sehingga teh kembang. Ambil teh tersebut dan usaplah pada kawasan muka dan kawasan yang berjeragat.


#2.Lemon 




Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Caranya:

Potong lemon (jangan terlalu nipis). Gosokkan pada kulit muka (pedih jika ada luka).
Biarkan selama 10-15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.


#3. Aloe Vera




Aloe Vera sangat popular ditanam dalam pasu di rumah-rumah. Antara manfaat Aloe Vera adalah:
  • mencerahkan wajah.
  • melindungi kulit dai sinaran matahari
  • mengecut dan menghilangkan jeragat.
  • Mengatasi kulit kering dan berminyak.
  • Menghilangkan jeragat.
  • Memperbaiki sel-sel kulit mati.
  • Melembabkan kulit.
Caranya:

Campurkan Aloe Vera dengan madu.
Biarkan selama 5 ke 10 minit.
Kemudian, lumurkan pada kulit muka.Selepas 20 hingga 30 minit, bilas muka dengan air suam.
Lakukan setiap hari sehingga wajah menjadi seperti yang anda inginkan.. 


#4. OATMEAL



Oat bukan sahaja enak dimakan bersama buah-buahan dan susu segar, tetapi juga baik untuk menghilangkan jeragat di muka. Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia dapat menyerap minyak yang berlebihan dan membuka liang pori.

Caranya:

Cmmpurkan 2 sudu yogurt. satu sudu jus lemon, satu sudu madu dan 4 sudu besar oat.

Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal ke dalam campuran tadi.

Kemudian lembapkan kulit anda dan jadikan campuran tadi sebagai masker di muka anda.

Biarkan selama 20-30 minit sebelum membilasnya.

Lakukan secara kerap sehingga anda mendapat hasil yang diingini.

PENGGUNAAN PRODUK DAN SUPPLEMENTS


Jika anda merasakan penggunaan bahan-bahan di atas sangat cerewet dan anda tidak ada masa untuk menyediakannya, cara mudah adalah dengan mengambil supplemnts dan menggunkan skincare yang bebas 2500 bahan kimia.

Produk yang Siti sangat syorkan adalah Shaklee, Sebut je Shaklee, ramai sudah tahu akan jenama ini kerana ia sudah berada di pasaran Malaysia lebih 60 tahun dan pasaran dunia sudah mencapai 108 tahun.

Produk Shaklee adalah produk yang sangat diyakini oleh pengguna kerana ia selamat, terbukti dan berkesan. Setiap produk Shaklee adalah disokong oleh sains dan melangkaui organik. 

Supplements untuk kulit

Selain penjagaan kulit dari luaran, penjagaan diri dari dalaman juga amat penting untuk memperbaharui tisu-tisu kulit yang sudah rosak. Oleh yang demikian, pengambilan supplements adalah amat penting bagi memastikan proses pemulihan kulit berjalan dengan cepat. 

Klik pada gambar untuk melihat fungsinya.


Skincare Youth Shaklee


10 Sebab Anda Patut Pilih YOUTH Shaklee Untuk Masalah Jeragat

💓 100% vegan- Bahan-bahan dalam Youth adalah berasaskan alam semulajadi.
💓 Cruelty Free- Tiada ujian dijalankan ke atas haiwan.
💓 Bebas 2500 bahan kimia yang berbahaya untuk kulit.
💓 Mempercepatkan pembaharuan sel kulit 10x ganda lebih cepat berbanding kebiasaan.
💓 Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
💓 Diuji oleh pakar Dermatologi (pakar kulit)
💓 Diuji oleh pakar Oftalmologi (pakar mata)
💓 Bebas gluten.
💓 Sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja, jantina dan jenis kulit (termasuk kulit sensitif).
💓 Keputusan klinikal tanpa kompromi di mana YOUTH telah terbukti melalui ujian Indeks Usia Kulit. 100 wanita yang menggunkan YOUTH mendapat kulit lebih awet muda (100 % keputusan positif). Dan 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda.

Klik pada gambar untuk melihat fungsinya.


Boleh juga baca di sini bagaimana saya merawat muka yang kusam,jeragat,jerawat batu dengan menggunakan supplement Shaklee dan skincare YOUTH. klik TESTIMONI SHAKLEE oleh saya sendiri. 

Ramai yang telah berjaya merawat masalah kulit dengan skincare YOUTH Shaklee. Di bawah ini adalah di antara result pengguna yang sangat berpuas hati dengan skincare YOUTH. Sebenarnya banyak lagi testimoni. Tetapi hanya sebahagian kecil sahaja Siti masukkan kat sini. 








Sampai di sini sahaja untuk entri kali ini, Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri. Salam bahagia dan salam Sihat. 💓

Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#PetuaHilangkanJeragat

#AgenShakleeKertehPakaDungun

Tuesday, June 20, 2023

3 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT PILIHAN KITA




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca? Moga kalian sentiasa berada dalam nikmat kesihatan dan nikmat Iman. Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti. Moga setiap perkongsian di sini dapat memberi manfaat. In shaa Allah.

Hari ini Siti nak berkongsi tentang 3 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT pilihan kita. Hidup ini adalah pilihan sahabat. Di saat kita hendak memilih, buatlah pilihan yang terbaik. Dan di saat kita dipilih, jadilah antara yang terbaik. Jika kita tidak mahu memilih, itu juga adalah pilihan. Pilihan dalam kehidupan kita demi menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sihat adalah satu anugerah. Bahkan kesihatan itu adalah kekayaan. Masakan tidak, dengan kesihatan lah kita dapat melakukan pelbagai aktiviti. Dengan kesihatan juga, kita dapat melakukan ibadat dengan sempurna. Berapa ramai kita lihat orang kaya yang sakit tidak dapat menikmati kekayaannya. Hanya mampu duduk di atas kerusi roda dan melihat alam dan dunia dari kaca tingkap. 

Tanpa kita sedar, sebenarnya kesihatan adalah satu kesyukuran. KIta akan hargai kesihatan yang ada jika kita sudah jatuh sakit. Bayangkan satu organ jantung dan satu buah pinggang sudah berapa puluh ribu, bahkah boleh mencapai ratus ribu. Itu tidak termasuk organ lain dan seluruh sendi-sendi lagi. Sebab itu dikatakan kesihatan adalah "kekayaan". Awali lah pagi anda dengan penuh kesyukuran kerana masih berada dalam keadaan sihat dengan semua organ masih berfungsi, pancaindera masih berfungsi dengan baik dan masih berada dalam nikmat iman.

Di saat Siti menulis entri ini, Siti baru sahaja keluar dari hospital. Tapi bukan Siti yang sakit, tapi emak Siti yang sakit. Selama 5 hari berada di wad, macam-macam ragam orang sakit  Siti tengok. Rasa ngilu dan macam-macam rasa ada. Sampai tak sanggup nak lihat keadaan mereka. Tidur mereka tidak lena, susah untuk solat tanpa bantuan ahli keluarga untuk ambil wuduk, makan tak selera dan tiada seri di wajah mereka dek kerana menanggung kesakitan yang dialami. Ada yang redha dengan ujian dan hadapinya dengan sabar, ada juga yang mengadu sepanjang malam kerana sudah tidak tahan dengan peritnya kesakitan yang dirasai. Dalam hati Siti hanya mampu berdoa moga Allah ringankan penderitaan mereka dan diberi kesihatan dan kesembuhan seperti sediakala.

Alhamdulillah emak Siti tidak seteruk mereka. Tapi pengalaman berada di wad mengajar erti bahawa betapa pentingnya menjaga kesihatan sejak usia muda dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Bahkan ini bukan lagi satu pilihan, tapi sudah menjadi satu kemestian.

Di sini Siti kongsikan 3 amalan gaya hidup sihat:

1. MENGAMALKAN CARA PEMAKANAN YANG SEIMBANG 



Seringkali kita dengar suara-suara nakal berbunyi, "makan dulu, sakit kemudian." Makan di sini bermaksud makan macam-macam tanpa mengambil kira faktor kalori, kolestrol, karbohidrat, protein, gula, garam yang masuk ke dalam perut kita. Kesian perut kita hendak proses makanan tanpa henti kan. Yang lebih malang, kesian kat jantung kita untuk bekerja dengan lebih keras kerana jantung sudah berat diselaputi lemak dan kolestrol. Lama kelamaan jantung akan penat dan berhenti. 

Sebelum terlambat, jom kita amalkan pemakanan yang sihat dengan lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam hidangan kita dengan konsep suku-suku separuh.



Pinggan sihat Malaysia yang menekankan konsep Suku Suku Separuh merupakan teknik visual pantas yang membantu anda untuk serta merta mengenal pasti sama ada sesuatu hidangan itu sihat dan seimbang atau tidak.

Suku Suku Separuh adalah panduan pengambilan hidangan tunggal. Anda hanya perlu "membahagikan" pinggan anda seperti berikut:

  • 1/4 pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh.
  • 1/4 pinggan ikan atau ayam itik, daging  atau telur
  • 1/2 pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berikut merupakan contoh hidangan tempatan yang mematuhi konsep hidangan Suku Suku Separuh.


Namun begitu, perlu diingatkan juga, saiz pinggan untuk kanak-kanak adalah berbeza dengan saiz orang dewasa. Jika kita menggunakan pinggan yang besar untuk kanak-kanak. anda akan tertipu dengan konsep ini kerana portion untuk kanak-kanak adalah sedikit berbanding dewasa.

Tidak pasti tentang saiz pinggan yang betul? Berikut ialah panduan mudah:

  • Dewasa- 23cm (9 inci)
  • Kanak-kanak-18cm (7 inci)

Jumlah makanan yang sama atas saiz pinggan berbeza.

Kaedah Memasak Yang Lebih Sihat.

Kaedah memasak juga memainkan peranan penting dalam menentukan sihatnya sesuatu hidangan itu. Pilihlah makanan yang disediakan dengan kaedah mengukus, membakar, memanggang atau mencelur.


Sumber:Laman Web rasmi hospital Sibu


Selain daripada itu, elakkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi gula, garam, makanan berminyak, bergoreng dan bersantan terlalu kerap kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.

Banyakkan juga minum air masak atau air kosong dengan nisbah berat badan 25 : 1. Ini bermaksud 25kg berat badan untuk 1 liter air. Contohnya, jika berat badan kita 50kg, kita perlu minum air sebanyak 2 liter.



2. BERSENAM

Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi dalam tempoh 3 kali seminggu.

Jika tidak mahu berjoging atau lakukan senaman aerobik, kita juga boleh lakukan dengan hanya berjalan kaki. Setelah lelah bekerja sepanjang hari, elok juga kita berjalan-jalan di taman atau tasik sambil menghirup udara sedar. Secara tidak langsung kita dapat menjaga kesihatan mental dan emosi kita dengan melihat kehijauan alam dan mendengar kicauan burung.

senaman bersama keluarga lebih menyeronokkan

Kebaikan bersenam adalah:
  • Senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan tulang dan mencegah daripada kerapuhan tulang.
  • Meningkatkan kesihatan jantung.
  • Mengekalkan stamina dan lebih bertenaga
  • Memberi kesihatan dan kecantikan kulit kerana senaman secara konsisten boleh memberikan perlindungan antioksida dan menggalakkan peredaran darah yang sihat yang boleh melindungi kulit dan melambatkan tanda-tanda penuaan.
  • Mengurangkan kesakitan kronik terutamanya bagi sakit belakang kronik.
  • Meningkatkan kesihatan otak dan memori.
  • Mood menjadi lebih baik.
  • Tidur lebih lena.
  • Meningkatkan kualiti pembacaan Al-Quran  yang bagus bagi Muslim melalui peningkatan pernafasan dengan aktiviti bersenam.

3. PENGAMBILAN SUPPLEMENTS

20 tahun dulu, jika bercakap tentang supplements, masyarakat tidak terdedah dengan supplements. Bahkan saya dan keluarga sendiri pun anti-supplements. Ini disebabkan kita rasa sudah memadai dengan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam nutrisi harian kita. Kebetulan masa tu ayah menanam sayur-sayuran.Jadi meriah la rumah dengan bermacam jenis sayuran.

Tapi, dengan berlalunya masa, nutrien dalam tanah pada hari ini tidak sama dengan nutrien 20 tahun lalu. Jadi, tanaman tidak dapat nutrien secukupnya. Sayur yang kita makan hari ini tidak sesegar sayur 20 tahun dahulu dari segi nutrien nya. Oleh yang demikian, pengambilan supplements adalah penting untuk cukupkan keperluan nutrisi di dalam tubuh.

Selain itu juga, tersebarnya bermacam-macam penyakit menyebabkan "demand" terhadap supplemnts sangat tinggi sebagai immune booster dan juga sebagai ikhtiar untuk sembuhkan penyakit.

Tetapi, jika anda ingin mengambil supplemnts, anda harus berhati-hati. Jangan mengambil sebarang supplements yang akan memberi kesan negative pada jangka masa panjang. 

JIka tanya Siti, Siti sangat syorkan Shaklee kerana ia selamat, berkesan dan terbukti.  Pengasasnya sendiri merupakan seorang doktor  perubatan iaitu Dr. Forrest C. Shaklee yang sangat komited membantu orang ramai untuk sihat dengan supplemnts berasaskan alam semulajadi. Setiap produk yang dihasilkan adalah berasaskan alam semulajdi, Bebas 2500 bahan kimia dan beyond organic. Anda boleh baca sejarah tentang Dr. Forrest C. Shaklee di SINI (tekan link) tentang bagaimana beliau mencipta vitamin pertama dunia, Vitalized minerals yang sudah berusia 108 tahun. Dan perkataan VItamin itu sendiri berasal daripada produk pertama Dr Forrest C. Shaklee iaitu VITALIZED + MINERALS = VITAMIN.

Lebih mengujakan, produk Shaklee diuji oleh saintis Shaklee tentang keberkesannya terhadap manusia dan tidak diuji terhadap haiwan. Susah nak jumpa Syarikat yang hasilkan produk yang melalui ujian oleh saintis sendiri. Kalau ada pun, tidak banyak. Ternyata betapa komitednya Shaklee nak hasilkan produk yang ternyata selamat, terbukti oleh sains dan berkesan. Shaklee menegaskan lagi, setiap produk yang dihasilkan tidak akan merosakkan walaupun 1 sel manusia. Justeru itu, anda tidak perlu ragu-ragu lagi jika ingin menggunakan produk Shaklee.



Ok, sampai di sini sahaja entri kali ini. Moga ia menjadi manfaat kepada anda dan seterusnya sedikit sebanyak menjadi KATA-KATA MOTIVASI untuk anda memilih gaya hidup sihat.

Salam sihat dan salam bahagia. 💓😄

Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#AmalanGayaHidupSihat

#AgenShakleeKertehPakaDungun


 

Tuesday, June 13, 2023

PENGEDAR SHAKLEE KERTEH,PAKA DAN DUNGUN


Hi, Assalamualaikum sahabat sekalian. Moga sentiasa sihat dan ceria selalu. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Siti.😊

Alhamdulillah entri ini sudah entri yang ke-17 sejak Siti menulis di blog ini bermula April 2023.

Sebenarnya Siti berjinak-jinak menulis blog ini sejak Siti menjadi pengedar Shaklee. Dengan blog ini lah Siti dapat berkongsi tentang produk-produk Shaklee dan TESTIMONI SHAKLEE yang Siti dapat rasai sendiri kesannya selepas menggunakan Shaklee.

Terngiang-ngiang lagi peristiwa sewaktu berada di kampus Universiti dulu tahun 2006. Satu hari tu, Siti terbaca satu blog yang tajuknya menarik perhatian Siti. Masa tu tertanya-tanya camne orang buat blog ya?Pastu cakap kat kawan sebelah,'eh K**, cam seronok je kan kalo kita ada blog satu hari nanti? Kita boleh tulis apa pengalaman kita dan apa peristiwa dalam hidup kita. Sebab blog ini ibarat diari hidup kita. Dalam masa yang sama kita boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pembaca di luar sana."

Kawan Siti ni suka bergurau. Bila dia dengar Siti cakap camtu, terus dia kenakan Siti sambil berkata dengan nada bergurau. "ina(bukan nama sebenar), nanti ko jangan terkejut kalo satu hari nanti kawan kita ni ada blog!" (sambil dorang ketawa). Siti pun tersengih-sengih malu.Tapi dalam hati masa tu berkata "In Shaa Allah satu hari nanti aku juga akan ada blog sendiri."

Masa terus berlalu...

Tanggal April 2023, Ramadhan 1444H, Siti dilamar oleh Master Kam Maria, Founder MFMS untuk sertai blog Mega. Tapi masa tu agak risau sebab tak pandai nak setting blog dan tak pandai nak buat camne. Maklum la, tak ada pengalaman berblogging ni. Hanya lawat blog orang je.

Tapi Master Maria kata senang je nak setting dan sekejap je nak buat blog. Masa tu cam tak percaya sebab rasa selama ni nak setting blog tu susah. Then, Siti try setting blog dengan bantuan my mak Shaklee, Sakinah. Maka, tercipta la blog ini dengan diberi nama mizwellness sebab Siti nak create kesedaran orang sekeliling tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan. Dengan kata lain, mencegah lebih baik daripada merawat kerana kesihatan adalah harta yang tidak ternilai. Di kesempatan ini juga Siti ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Master Kam Maria aka my nanny Shaklee dan Sakinah aka my mak Shaklee kerana telah memberi galakan dan guide kepada diri ini untuk membina sebuah blog sendiri dan seterusnya menyertai blog mega sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Siti merupakan PENGEDAR SHAKLEE kawasan KERTEH,PAKA, dan DUNGUN dengan no ID:1528647Kepada anda yang pertama kali dengar kawasan ini dan tertanya-tanya di mana, ia merupakan satu kawasan di negeri Terengganu.


 Paka  dan Kerteh sendiri merupakan kawasan industri di mana terdapat logi-logi pemprosesan oil and gas. Tidak hairan jika Paka dan Kerteh merupakan kawasan ketiga termahal di Malaysia selepas Pulau Pinang (bahagian pulau) dan Bintulu dari segi kos sara hidup dan bahan mentah.Boleh baca di SINI. (sila klik perkataan "SINI"). Yang kena tempias adalah penduduk tempatan kerana terpaksa bersaing dengan pekerja industri untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dengan harga yang tinggi. 

Logi pemprosesan gas di Kerteh/Paka yang sangat indah dan bercahaya pada waktu malam. 
Namun punyai risiko tersendiri

Oleh kerana Paka, Kerteh merupakan kawasan industri yang tercemar dengan gas sulfur dioksida, gas karbon monoksida, dan beberapa nama gas yang mencemarkan udara (lupa namanya untuk disebut), penduduk Kerteh dan Paka khususnya sangat terdedah dengan udara yang tidak sihat dan hujan asid. 

Bagi menggantikan kekurangan nutrisi badan dengan kos bahan mentah yang tinggi dan pencemaran udara, pengambilan supplements sangat penting bagi penduduk Paka dan Kerteh. Supplements yang terbaik adalah Shaklee kerana ia beyond organik dan selamat, terbukti, berkesan.

Dulu, Siti juga seperti orang lain yang fikir tak perlu makan supplements sebab dah rasa sihat dan boleh mendapatkan nutrisi cukup daripada makanan. Ternyata persepsi Siti tentang supplements salah kerana kehidupan kita hari ini sangat terdedah kepada banyak penyakit dan kita sendiri tidak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan daripada makanan.

Hal ini Siti sedar setelah Siti selalu MC setiap bulan kerana migrain dan pernah diberi painkiller tahap ketiga oleh doktor. Masa tu Siti masih lagi bekerja sebagai Executive bank di Kuala Lumpur, HQ. Akibat tekanan kerja kerana menjayakan project 1 Platform untuk gabungkan branch masa tu, kerja 7 hari seminggu dan hanya akan sampai rumah setelah 12 malam. Tidak hairan la jika Siti mudah jatuh sakit.

Kemudian Siti resign sebagai banker dan balik ke Paka, Terengganu dan bekerja di sini sebagai Executive akaun di salah sebuah syarikat oil and gas. Masa pulang ke Terengganu migrain Siti makin berkurang namun masih bergantung kepada ubat. Sehingga lah satu hari Siti rasa dah penat nak makan ubat yang boleh buat stok dalam laci. Dari situ bermula la episod Siti untuk mencari supplements yang terbaik yang selamat untuk masa akan datang. Takdir Allah, Siti berjumpa dengan Shaklee dan merasakan Shaklee adalah vitamins yang terbaik yang pernah Siti jumpa setelah membuat perbandingan jenama lain di pasaran.

Multivitamin pertama dunia yang Shaklee keluarkan pun sudah berusia 108 tahun yang kini dikenali sebagai Vita-lize. Boleh baca perkongsian Siti di SINI. (sila klik). 

"patuhi hukum alam semula jadi dan anda tidak akan tersilap langkah"


Falsafah pengasas Shaklee, Dr. Forrest C. Shaklee di atas membuatkan semua produk Shaklee adalah berasaskan alam semulajadi. Yang lebih menakjubkan, setiap produk Shaklee adalah diperbuat daripada bahan-bahan yang beyond organic yang bebas 2500 bahan kimia. Shaklee tidak akan sesekali mengeluarkan produk yang akan membahayakan walaupun 1 sel manusia.

              


Shaklee juga telah memenangi Trusted Brand Gold Award in the Vitamins and Health Supplements category bagi tiga tahun berturut-turut 2021,2022, dan 2023.

 Ini menunjukkan Shaklee adalah jenama supplements yang sangat dipercayai oleh rakyat Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.



Sejak mengambil Supplements Shaklee, Siti tidak lagi bergantung kepada ubat. Dan Siti pun tak ingat dah bila kali terakhir Siti datang migrain. Tiada lagi painkiller tahap ke-3. Hanya sesekali sahaja datang sakit kepala biasa.

Yang sangat Siti syukuri, tak ada lagi stok-stok ubat dalam laci. Semua dah dibuang kerana semuanya sudah expired. 

Ini antara sebab kenapa kita sangat perlukan supplements hari ini kerana kehilangan nutrisi dalam badan.

Kehilangan nutrisi ini disebabkan oleh faktor:
  • Nutrien kurang dalam bahan mentah.
  • Zat makanan yang hilang.
  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperoleh daripada makanan.
  • Pengambilan ubat dan diet yang tidak sihat.
  • Diet yang tidak seimbang.
  • Alam sekitar yang semakin tercemar.
  • Gaya hidup yang tidak sihat.

Jika anda berada di kawasan Kerteh, Paka dan Dungun khususnya, anda ingin mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi Siti ya. Jika keahlian anda sudah expired, anda boleh RENEWAL SHAKLEE membership anda dengan mudah. Perlu bantuan untuk renew? Boleh hubungi Siti juga ya.

KELEBIHAN MENJADI AHLI DI BAWAH MFMS

✔ Yuran keahlian hanya RM35 atau keahlian percuma dengan belian produk 100 UV (anggaran RM 350++) dalam 1 resit

✔ Diskaun 20% harga ahli untuk setiap produk

✔ Promosi bulanan untuk penjimatan hebat

✔ Cash bonus bulanan (layak jika cukup point)

✔ Jemputan ke group Exclusive Facebook dan Telegram untuk ahli MFMS sahaja

✔ Peluang jana income sebanyak 2-3-4-5 angka sebulan

✔ Peluang untuk mendapat pelbagai rewards menarik (Car bonus, Free Trip local dan overseas)

✔ Kelas bimbingan nutrisi oleh pakar nutrisi secara Online dan Offline.

✔ Kelas bimbingan bisnes oleh Shaklee Leader secara Online dan Offline.

✔ Marketimg plan yang adil dan menarik. Semestinya bukan sistem piramid.


REWARDS SHAKLEE

Sampai di sini sahaja untuk entri kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.

Salam bahagia dan sihat. 💓


Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#TestimoniShaklee

#AgenShakleeKertehPakaDungun



Friday, June 9, 2023

TESTIMONI: MASALAH KULIT SAYA SELESAI DENGAN SET CANTIK SHAKLEE

 


Assalamualaikum dan hai..Apa khabar sahabat pembaca? Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Siti. Moga kalian sentiasa berada dalam kebahagiaan bersama keluarga tersayang dan sentiasa berada dalam manisnya iman.

Ok. Hari ini Siti nak share tentang TESTIMONI SHAKLEE. Sejak kenal Shaklee, banyak dah effect positif yang Siti dapat. Tapi hari ini Siti nak share tentang set cantik Shaklee yang Siti amalkan. 

Dulu, tak pernah terfikir pun nak makan supplements. Sebab dulu rasa pengambilan supplements tak perlu sebab kita boleh dapat nutrien daripada makanan harian. Tambahan pula mindset masa tu Siti tak percaya dengan Supplements kerana takut side effect yang negative pada masa akan datang. Maybe 10 tahun or 20 tahun akan datang. Ini kerana terdapat produk supplements di pasaran ditarik balik setelah berada lebih 10 tahun di pasaran kerana terdapat bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan.

Namun segala-galanya berubah apabila Siti mula kenal Shaklee. Betul la kata orang, "tak kenal maka tak cinta." Boleh baca sejarah bagaimana Doktor Shaklee mula-mula menemui vitamin pertama dunia di SINI.

Siti bersyukur dan bangga kenal dengan Shaklee sebab Siti kenal dengan ilmu. Ternyata Shaklee adalah produk yang Selamat, terbukti dan berkesan. Bebas daripada 2500 bahan kimia. Tak ada lagi syarikat yang Siti jumpa boleh declare camni. BIla Shaklee declare, maknanya Shaklee akan mengambil risiko di atas declaration tersebut. Dan Shaklee tidak takut kerana Shaklee sangat komited dengan  kajian sains yang dibuat oleh saintis Shaklee sendiri. Diulang sekali lagi, saintis ok, bukan kajian oleh budak sekolah.😄

Juga, Shaklee sudah lebih 100 tahun berada di pasaran dunia dan lebih 60 tahun berada di pasaran Malaysia. Mahu atau tak, percaya atau tidak,kita sebenarnya sangat memerlukan supplements buat masa sekarang kerana kita tidak dapat nutrisi yang cukup daripada pemakanan harian kita.

Siti ada kongsikan di sini kenapa kita sangat memerlukan Supplements dalam kehidupan kita hari ini. Boleh klik di SINI

Siti mula mengenali Shaklee dengan VItamin C. Semua orang tahu tentang vitamin C. Tetapi di Shaklee, Vitamin C sangat berbeza dengan product lain di pasaran kerana keistimewaannya.

Antara sebab lain yang menyebabkan Siti consume Shaklee adalah masalah kulit muka Siti yang teruk akibat alergi dengan pemakaian mask muka sejak pandemik. Walaupun mask selalu ditukar, namun kesan alergi tidak juga berkurangan.

Di bawah ini adalah keadaan kulit muka Siti yang breakout. Bayangkan kulit muka yang biasanya sihat tetiba breakout teruk kesan dari pemakaian mask. Ini gambar sebahagian sahaja. Actually teruk sebenarnya keadaan muka Siti. Tapi malu nak tunjuk gambar lain betapa teruknya muka pada masa tu. Ramai kawan-kawan tegur kenapa muka teruk sangat. Stress sangat ke? Masa tu confident level memang rendah sangat. Self estem mula menurun. Rasa tak nak jumpa orang. Kalau boleh duduk dalam gua Siti dah lama duduk.😅

Muka sebelum berShaklee yang sangat  
kusam, jerawat batu,pigmentasi, jeragat


Sehingga lah Siti dikenalkan untuk mengambil set kulit Shaklee. Masa tu Siti hanya mengambil set kulit asas iaitu Vitamin C, Esp dan menggunakan skincare Youth seperti cleanser, Night cream (rich) dan toner.

Dan selepas berShaklee, ini result muka Siti.

Tadaaaa.. dah cantik dah kulit muka Siti. Dan confident level untuk jumpa orang pun dan meningkat hasil konsistent amalkan set kulit Shaklee. 

Gambar ini tidak memakai make-up. Just pakai foundation yang nipis dan lip-Ice sahaja.😊


Kulit selepas amalkan set kulit Shaklee


BAGAIMANA SET KULIT CANTIK BERFUNGSI?

Seperti yang Siti ceritakan di atas tadi, Siti hanya mengambil set kulit cantik yang asas iaitu ESp dan Vitamin C. Anda juga boleh baca tentang set kulit asas ini di SINI dan cuba resepi ESP dengan klik link INI.


ESP merupakan protein yang berasaskan daripada tumbuhan (kacang soya non-GMO). Protein sangat diperlukan untuk pembentukan tisu baru pada kulit  untuk menggantikan tisu yang sudah rosak. 

ESP membantu dalam proses hasilkan kulit baru sekaligus bantu pudarkan parut, jeragat, dan cerahklan tempat degil. 

Fungsi ESP

Vitamin C pula merupakan asas untuk badan yang sihat dan kulit bebas jerawat. Ia juga berfungsi untuk kecutkn jerawat dengan berkesan dan bantu untuk tingkatkan imun badan.
 
10 Manfaat Vitamin C Shaklee

7 Sebab kenapa anda harus pilih Vitamin C Shaklee 
yang berbeza daripada jenama lain di pasaran.


Jika anda nak kesan yang lebih optimum dan kesan yang cepat, anda boleh ambil set kecantikan kulit yang premium yang terdiri daripada VItamin E, ESP, GLA complex, Carotomax, VItamin C, Collagen dan Vitamin C. Juga boleh tambah dengan Vivix dan ResV kerana VIvix dan ResV memperbaiki dari dalam dalam sel.

Set kecantikan kulit

Vivix dan ResV


Selain itu, anda boleh amalkan skincare Youth untuk penjagaan kulit dari luar. Youth Skincare diperbuat daripada bahan yang beyond organik. Youth skincare sangat selamat untuk kulit sensitif kerana telah diuji oleh pakar dermatologi (kulit) dan oftalmologi (mata).

Set Youth Skincare terdiri daripada:

1. Luminous Gel Oil Cleanser
  • Membersihkan dan menghaluskan kulit dengan lembut. 
  • Formula 3-dalam-1
  • Tidak mengandungi sabun dan mempunyai pH-seimbang
2. Perfecting Skin Toner
  • Membersihkan sel kulit mati dan kusam
  • Menghidratkan dan membekalkan nutrisi untuk kulit berseri
3. Age Defense Moisturizer SPF 50
  • Melembapkan kulit.
  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan pelindung Matahari berspektrum luas SPF50 UVA/UVB.
  • Memperbaiki tona kulit secara menyeluruh
4. Youth Activating Serum
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan sel kulit 10X lebih cepat, membuatkan kulit lebih muda dan berseri,
5. Advanced Renewal Night Cream
  • Terdiri daripada 2 jenis iaitu Light and Rich.
  • Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.
  • Membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin.
  • membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin dan cerah.
6. Radiance C+ E
  • Menegang, mencerah, dan mengurangkan garis halus, kedutan dan pigmentasi.
  • Membaiki tekstur dan menjadikan tona kulit lebih sekata. 
Set Youth Skincare

Step Double Cleansing menggunakan
 Luminous Oil Gel Cleanser Shaklee


TESTIMONI DARIPADA ORANG LAIN YANG MENGGUNAKAN SET ASAS KECANTIKAN DAN SET YOUTH















Ok, sampai di sini dahulu untuk entry kali ini. Moga ia dapat memberi manfaat. Dan jika anda tercari-cari vitamin dan skincare yeng selamat, terbukti dan berkesan, boleh hubungi saya ya.

Jika ditakdirkan ada rezeki saya berkongsi hari ini, ,moga entry ini dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com. In shaa Allah. 

Salam Sihat dan bahagia💓

Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#TestimoniShaklee




SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...