Thursday, May 25, 2023

PERCUMA ! CARA MUDAH RENEWAL SHAKLEE MEMBERSHIP




Hi, assalamualaikum sahabat pembaca yang setia melawat blog Siti. Moga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Dipermudahkan segala urusan duniawi dan Ukhrawi. Paling penting orang ganu kata senyum sokmo walaupun sibuk dengan rutin harian.😀

Ok, hari ini Siti nak kongsi pasal renew. Apa-apa dalam hidup kita, semuanya kena renew. Bahkan hidup kita pun kena 'renew' yang hari ini kena lebih baik dari semalam. Dan hari esok kena lebih baik dari hari ini.

Tapi hari ini Siti bukan nak cakap pasal hidup. Tapi nak cakap pasal renewal Shaklee atau bahasa mudahnya renew keahlian Shaklee. Berbeza dengan sebelum ini, kita hanya perlu mendaftar hanya sekali sahaja seumur hidup. Tapi sekitar tahun 2016-2017, di bawah management Shaklee yang baru,Shaklee telah mewajibkan setiap ahlinya untuk renew keahlian setiap tahun. Mengapa Shaklee letakkan syarat baru? Ini kerana Shaklee ingin mengenalpasti ahli yang aktif dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan pembaziran data yang dibayar keapda server bagi menyimpan data-data semua ahlinya. 



Renewal Shaklee sangat mudah. Anda hanya perlu membayar RM35 setiap tahun atau membeli mana-mana produk Shaklee yang mempumyai UV (mata ganjaran). Nak senang ingat, anda perlu renew keahlian anda menjelangnya tarikh lahir anda atau bermula 3 bulan sebelum atau 3 bulan selepas expired date (tarikh lahir anda). Maka, secara automatik keahlian anda sudah diperbaharui dan disimpan sebagai data ahli Shaklee serta boleh menikmati mana-mana produk Shaklee dengan diskaun sebanyak 20%
.

BAGAIMANA CARA NAK RENEWAL SHAKLEE??

Jika anda adalah ahli Shaklee dan keahlian anda sudah tamat tempoh, anda boleh renew dengan cara:

  • melayari website Shaklee di www.shaklee.com.my
  • megunjungi branch yang terdekat
  • meminta tolong upline anda (orang yang daftarkan anda)  
Tetapi jika keahlian anda sudah melebihi 2 tahun, secara automatik nama anda sudah dilupuskan daripada sistem Shaklee. Untuk meneruskan keahlian anda, anda perlu mendaftar semula dengan upline terdahulu atau boleh hubungi saya untuk mendaftar ahli di bawah group MFMS. 

CARA RENEW DI WEBSITE SHAKLEE TANPA MEMBAYAR RM35

Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, anda tak perlu membayar RM35 jika anda membeli mana-mana produk Shaklee yang mempunyai UV.  Anda boleh membeli produk Shaklee serendah RM34 dan automatik keahlian anda sudah diperbaharui bagi tempoh 1 tahun. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

1.Layari laman web Shaklee di www.shaklee.com.myMasukkan ID dan password anda
 


2. Akan terpapar perkataan "Your Shaklee Distributorship will expire on your Birthday". Klik "OK"


3. Pergi ke "home" dan pilih "Shop" untuk membeli mana-mana produk Shaklee



4. Contoh, anda pilih hanya satu produk sahaja serendah RM34, iaitu herbal blend dengan UV: 7.


5. Klik "pay" untuk membayar herbal blend sebanyak RM34 + postage RM10. Total yang perlu anda bayar adalah sebanyak RM44 beserta keahlian percuma.


6. Anda juga perlu "tick" kotak self-renewal bagi memperbaharui keahlian anda. Seterusnya anda boleh lah melanjutkan dengan membuat bayaran online mengikut jenis bank anda.


7. Sekiranya anda tidak mahu membayar kos penghantaran sebanyak RM10, anda perlu membeli produk yang berharga RM300 ke atas. Contoh seperti di bawah, customer saya memilih Res-V yang berharga RM428. Maka, anda akan dapat sebotol Res-V, keahlian percuma dan penghantaran percuma.


8. Jangan lupa untuk "klik" box self-renewal sebelum membuat bayaran.


9. Perlu diingatkan, anda ,hendaklah memastikan alamat surat menyurat adalah betul bagi memastikan barang sampai di alamat yang dikehendaki. 

10. Sekiranya anda berada di pantai timur, anda harus memilih "Delivery locatian" Kota Bharu Shop dan bukannya Warehouse. Ini bertujuan untuk memastikan pesanan anda sampai cepat kerana anda sudah memilih branch yang berhampiran anda.


Langkah-langkah yang saya tunjukkan di atas sangat mudah untuk diikuti. Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengakses laman web shaklee, anda boleh menghubungi upline anda dan boleh juga mengunjungi branch terdekat anda jika berkelapangan. 

Jadi, mengapa anda perlu membayar yuran ahli RM35 jika anda boleh dapat keahlian dengan percuma?


MENGAPA HARUS RENEW AHLI SHAKLEE??

Ramai orang malas untuk renew ahli Shaklee. Katanya tak nak bagi apa-apa komitmen. Sebenarnya, anda tidak perlu lakukan apa-apa pun. Hanya renew ahli dan menikmati kelebihan sebagai ahli yang disediakan oleh Shaklee dengan pelbagai keistimewaan, Antaranya Cash Rebate yang setiap orang mampu menikmatinya. 

Jadual di bawah ini menunjukkan cash rebate atau bonus ahli Shaklee jika anda berdaftar sebagai ahli walaupun hanya makan sendiri sahaja. 



Jika anda mendaftar sebagai ahli di bawah saya iaitu susur galur MFMS (Master Kam Maria), anda akan menikmati 10 kelebihan seperti di bawah.

  • Yuran keahlian hanya RM35 atau keahlian percuma dengan belian produk 100 UV Point (anggaran RM 350) dalam 1 resit.
  • Diskaun 20% harga ahli bagi setiap produk Shaklee.
  • Promosi bulanan untuk penjimatan hebat. Akan diumumkan ke dalam group.
  • Cash bonus bulanan apabila cukup point walaupun hanya makan sendiri tanpa membuat bisnes.
  • Jemputan khas ke Group exclusive facebook dan Telegram untuk ahli di bawah MFMS Empire.
  • Peluang jana income 2-3-4-5 angka setiap bulan.
  • Peluang mendapat pelbagai rewards menarik seperti car bonus, Free trip local dan Overseas.
  • Kelas bimbingan nutrisi oleh pakar nutrisi secara Online dan Offline.
  • Marketing plan yang adil dan menarik. Semestinya bukan sistem piramid.


Sekarang anda sudah tahu kenapa harus renew keahlian Shaklee setiap tahun kan? Sebab nowadays, kita sangat memerlukan vitamin sebagai makanan tambahan kerana nutrian yang kita dapat daripada pemakanan seharian tidak mencukupi untuk menampung kehilangan nutrisi daripada tubuh badan kita.

Kehilangan nutrisi ini disebabkan oleh faktor:
  • Nutrien kurang dalam bahan mentah.
  • Zat makanan yang hilang.
  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperoleh daripada makanan.
  • Pengambilan ubat dan diet yang tidak sihat.
  • Diet yang tidak seimbang.
  • Alam sekitar yang semakin tercemar.
  • Gaya hidup yang tidak sihat.

Ok, sampai di sini sahaja coretan kali ini. Semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan diluaskan rezeki yang halal oleh Yang Maha Esa. Salam sihat dan bahagia. Senyum sokmo okey! 😄


Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee


 

Monday, May 22, 2023

BESTNYA DAPAT MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE SHAKLEE

 

Assalamualaikum dan salam ceria. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Siti. Moga sahabat pembaca sentiasa bahagia di samping keluarga yang tersayang dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Syawal sudah pun menutup tirai. Alhamdulillah banyak rezeki dapat hadiri rumah terbuka dengan hidangan makanan yang sedap-sedap. Part paling best, dapat duit raya. Bukan saja budak-budak, Siti pun masih dapat duit raya tau.hehehehe. Tidak lupa juga untuk bersyukur kerana dapat juga melaksanakan puasa Syawal walaupun sudah berada di penghujung Syawal.

Musim raya baru ni banyak duit habis digunakan untuk perbelanjaan raya kan. Vitamin juga perlu top-up setiap bulan.. Tapi tahukah anda bahawa kita dapat makan vitamin secara percuma dengan Cash Rebate Shaklee?

Cash Rebate/ Cash Back / Bonus Shaklee

Cash rebate atau cash back atau lebih popular dipanggil bonus Shaklee di kalangan ahli merupakan bayaran yang dibayar oleh Shaklee kepada ahlinya setiap bulan sebelum 15hb. Shaklee membayar cash rebate ini dalam bentuk tunai dan bukannya dalam bentuk baucer. Semakin banyak kita membeli vitamin Shaklee, semakin banyak cash rebate yang akan kita dapat. 

Bonus Shaklee

Jadual di atas menunjukkan cash rebate atau bonus Shaklee yang diterima oleh ahlinya yang tegar membeli vitamin pada setiap bulan. Sebagai contoh, jika seseorang membeli vitamin sebanyak RM510.00, dia akan mendapat cash rebate sebanyak RM25. Jika dia membeli vitamin sebanyak RM 4,080.00, dia akan mendapat cash rebate sebanyak RM571.00. Cash rebate yang diperoleh dapat digunakan semula untuk membeli vitamin yang lain. Untung kan? Jika kita membeli vitamin di mana-mana farmasi, kita tak akan dapat cash rebate sebagaimana Shaklee beri.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Cash Rebate atau bonus Shaklee??

Untuk menikmati cash rebate atau bonus Shaklee, anda perlu menjadi ahli Shaklee terlebih dahulu.

Belum menjadi ahli? Daftar SINI

Setelah anda menjadi ahli, boleh la anda membeli mana-mana produk Shaklee di Online mahupun di branch Shaklee dengan menggunakan ID anda sendiri. Jika anda menggunakan ID orang lain, anda tidak akan menikmati cash rebate tersebut. 

Ada sesetengah orang, dia tak nak jadi ahli dengan alasan tidak mahu terikat dengan Shaklee dan tidak mahu menjalankan bisnes online. Jangan risau, anda tak perlu pun menjalankan bisnes dan tak terikat langsung dengan Shaklee. Kelebihan menjadi ahli adalah anda dapat menikmati potongan sebanyak 20% daripada harga runcit bagi setiap produk Shaklee. Jika anda layak untuk dapat rebate, duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda. Tambahan pula, setiap produk Shaklee yang dihantar kepada anda mendapat jaminan sepenuhnya oleh Shaklee. Jika produk yang sampai rosak, Shaklee akan gantikannya semula dengan yang baru tanpa sebarang caj penghantaran dan tanpa caj-caj yang tersembunyi.

Belian produk Shaklee di Branch

Paling menyeronokkan, cash rebate atau bonus Shaklee yang diperoleh bagi seseorang adalah tanpa had walaupun hanya makan sendiri. Tetapi jika anda ingin menjalankan bisnes, akan terus boleh menjalankannya setelah memperoleh ID daripada Shaklee dan dapat menikmati insentif Shaklee dan bonus sebanyak 3,4, 5 angka setiap bulan.  Bonus yang diperoleh tidak semestinya untuk membeli vitamin. Anda boleh gunakannya untuk membeli keperluan harian, barangan dapur, membayar ansuran kereta dan membayar bil-bil di rumah.


Antara cash rebate/ bonus Shaklee yang diperoleh oleh ahlinya

Ada di antara kita memandang enteng pengambilan supplements atau vitamins pada setiap bulan dengan alasan tidak perlu kerana sudah banyak makan sayur dan buah-buahan. Di bawah ini sebab kenapa supplements perkara wajib di ambil pada waktu sekarang.




Kenapa Wajib Ambil Supplement waktu sekarang? 

Kalau bergantung pada makanan yang sihat setiap hari, tak boleh ke? 

Once dah ambil supplement, kena ambik seumur  hidup ke? 

Pernah terfikir soalan-soalan ni tak? 

Jadi  untuk menjawab soalan-soalan di atas, jom kita tengok satu persatu kenapa kita boleh katakan, supplement dah jadi wajib sekarang! 

1) Nutrien kurang dalam bahan mentah

》Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan yang ditanam di atas tanah yang subur. 

》Ditambah pula dgn penggunaan racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar yang lain, merendahkan lagi kualiti buah dan sayuran tersebut.

》 Sayur & buah-buahan yang kita beli pula, kebanyakannya adalah tanaman komersil (ditanam dengan kuantiti yang banyak & berulang kali di atas tanah yang sama). Jadi kita memang kita boleh expect kadar nutrien yang dapat untuk setiap tanaman yang ditanam.

Carrot sekarang adalah berbeza dengan carrot 20 tahun yang lalu kerana kadar nutrien di dalamnya! 

                                               
Pengurangan mineral dalam buah-buahan dan sayur-sayuran sejak 1940


2) Zat makanan yang mudah hilang 

》 Semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan bahan mentah, banyak zat makanan yang hilang

》Vitamin C dan enzim dalam bahan mentah pula, mudah termusnah oleh haba semasa proses memasak.

Jadi sayur yang kita masak tu, bukan 100% kita boleh dapat vitamin C. 

3) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperoleh daripada makanan.

Contohnya, Vitamin C & Vitamin E yang diperoleh dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan (nak halang sel dari rosak/ mati)

》Tambah kualiti bahan mentah yang kita makan tu, dah banyak hilang nutrien. 

》Nak dapat 500mg vitamin c, kita kena makan 7 biji oren setiap hari. Sanggup? Ni minimum kuantiti tau, kalau merokok ke, demam ke, lagi tinggi dos Vitamin C yang diperlukan. Mampukah kita telan berbiji-biji buah oren? Dan adakah oren tu berkualiti?

4) Pengambilan ubat & diet yang tidak sihat

》Bila kita ambil pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alcohol, atau anti biotik, ianya boleh menganggu penyerapan zat makanan.

》Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam juga mengurangkan lagi simpanan zat makanan dalam tubuh.

5) Diet yang tidak seimbang

》Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan. 

》 Kalau seimbang sekalipun, tidak mencukupi disebabkan:
 - kita makan sihat-sihat pun, tiba-tiba hidu asap lah, minum air yang tak bersih dan sebagainya. 

6) Alam sekitar yang semakin tercemar

》 Pencemaran Air
》 Pencemaran Udara 
》Pencemaran akan mendedahkan tubuh kita dgn lebih banyak radikal bebas yang akan merosakkan sel! 

7) Gaya hidup yang tidak sihat

Stress
》 Tidur lambat
》 Expose to gadgets
》 Malas bersenam
》Sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

Jadi kalau orang tanya anda, sampai bila saya perlu ambil supplement ni??

Jawapannya: 

Sampai anda boleh hidup di kawasan yang bebas asap, yang tidak tercemar, yang anda boleh dapat bahan mentah yang berkualiti, dan anda jaga cara anda masak, jaga makanan yang anda ambil setiap hari, pastikan seimbang, cukup buah & sayur dan anda mampu tak hidup dengan gadget, tak stress, tidur on time dan sebagainya.

Jika dapat buat semua ni, maka tak payah langsung ambil supplement. 

Jadi rasa-rasanya boleh buat semua di atas? 

Jika tidak boleh, maka suka atau tidak, memang kita perlu ada sokongan nutrien tambahan dari supplement untuk tampung nutrisi gap dalam badan. 

Jika badan ada gap nutrisi, tu yang jadi sakit, sukar tidur, sukar hamil , sukar membuang dan sebagainya kerana sistem dalam badan terjejas. Tak boleh nak function to its fullest ! 

Jangan berkira untuk invest duit demi kesihatan anda.

Dan kena pilih Supplement yang betul! 

Jadi PILIHAN kita?

Semestinya Shaklee kerana selamat, terbukti dan berkesan. 😃

Ok. Sampai di sini sahaja untuk entry kali ini. Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee dan menikmati cash rebate / bonus Shaklee, boleh hubungi Siti ya. Jika anda berhasrat untuk kurus selepas raya ni, "Set Hello New You" ada khas untuk anda dengan keahlian dan penghantaran percuma. 


Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee

 






Friday, May 12, 2023

WOW BESTNYA ! SET KURUS HELLO NEW YOU KINI KEMBALI

 

Hi, assalamualaikum.. Salam Jumaat yang berkat. Semoga sahabat pembaca sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Yang Maha Pencipta. Tiada apa yang kita harapkan dalam hidup ini selain mendapat redha-NYA. Apa pun yang kita lakukan hari ini, semoga beroleh redha-NYA. Mungkin jalan kita tak sama, tapi matlamat kita sama. 

Hari Jumaat, penghulu segala hari.Auranya tidak sama sepeti hari-hari lain. Jika jiwa di hari-hari lain gundah gulana, bila bertemu je dengan Jumaat, jiwa  pasti terasa bahagia. Ia juga merupakan 'hari raya' bagi yang Muslim. 

Ok, hari ini Siti nak kongsi tentang set kurus yang sangat famous ni, "Hello New You". Wow, bestnya! set Hello New You kini kembali. Set ini sudah 2 atau 3 bulan tidak berada dalam Shaklee. Kini sudah kembali semula sesuai dengan waktu lepas raya ni. Maklumla, walaupun masih berada di dalam bulan Syawal, tapi berat badan dah mula naik bagai di pam-pam. Mana taknya, setiap hujung minggu pergi open house. Weekdays pulak open house dekat company sendiri dan jemputan company-company lain. 


Konsep bakar,buang dan bina

Turunkan berat badan dan kekalkannya!

Bagi yang pertama kali dengar, mesti tertanya-tanya, set ini set apa sebenarnya. Bunyi cam best. New You. Kita bertukar jadi orang lain ke? Yes, lebih kurang camtu la atau lebih tepat lagi the new version of you. Bayangkan, kita yang sekarang ini dengan berat badan yang 'comel' bertukar jadi slim melim dalam beberapa bulan akan datang dengan bantuan set ini. Wajah pun lebih cerah dan berseri-seri. Nanti bila jumpa kawan-kawan, diorang akan tegur 'Wah, dah lain you sekarang ye. Dah nampak slim dan cantik". Ha, best kan bila kita dapat teguran camni? Siapa tak suka slim dan cantik kan?

Set Hello New You atau lebih popular dikenali set kurus merupakan set yang mengandungi beberapa produk seperti Herb-lax, Lecithin, Omega, Cinch Cafe latte dan percuma Cinch perisa Vanilla. Bagi yang new member, anda akan mendapat keahlian secara percuma, penghantaran percuma dan Shaker Shaklee 500ml berwarna hijau secara percuma. Banyaknya dapat free. Untung yang new member kan.

PEMBAKAR LEMAK (Lecithin & Omega)

Fungsi Lecithin


  • Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang membantu memecahkan lemak dalam proses penghadaman
  • Mempercepatkan proses pemecahan lemak.
  • Mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati.
  • Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya

Fungsi Omega

  • Membantu membakar lemak dengan pantas selepas makan rendang dan makanan berminyak.
  • Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.
  • Menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak.
  • Dihasilkan daripada minyak ikan berkualiti tinggi




MEMBERSIH DAN SET SEMULA (Herb-lax)

Fungsi Herb-lax

  • Herblax berfungsi untuk membersihkan usus.
  • Laksatif semulajadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus.
  • Membantu melancarkan pembuangan setelah makan pelbagai juadah
  • Membantu melegakan sembelit ringan
  • Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.
  • Mengandungi daun senna yang akan melawaskan pembuangan. Bila usus dah sihat, senang badan untuk menyerap vitamin lain dan dapat mengelakkan berlakunya banyak penyakit, kerana banyak penyakit bermula dari perut.


MEMBINA OTOT (Cinch Latte,Coklat,Vanilla)

Fungsi Cinch

Cinch merupakan Meal replacement atau pengganti makanan yang memberi manfaat satu hidangan penuh dalam bentuk minuman yang lazat dan berkhasiat.

  • Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting dan membantu merapatkan jurang nutrisi.
  • Mengandungi Leusina untuk membantu membakar lemak tanpa kesan yo-yo, membina dan mengekalkan otot tanpa lemak untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang langsing.
  • Mengawal selera makan, mengurangkan nafsu makan dan rasa lapar yang tidak teratur.


Selamat Tinggal Lemak

Selamat Tinggal lemak. Hello Menawan!

Ha, dah tinggallan lemak tu, kita akan kelihatan sebagai orang baru. Ada orang kata, "i sayang nak tinggalkan lemak ni. You tau tak berapa ribu dah modal i nak ternak lemak ni? KFC, McD, Pizza, Subway, Fries dan banyak lagi" Hahahaha, ini kata-kata orang yang tidak termotivasi untuk kurus. Sebenarnya, kita bukan sahaja fokus kepada kurus, tetapi kita fokus kepada kesihatan. Bila badan gemuk, mudah penyakit akan datang. Darah tinggi, kolestrol, sakit lutut dan tumit, jantung, cepat letih dan lesu, dan menyukarkan pergerakan. JIka anda tidak mahu fokus kepada kurus, fokus lah kepada kesihatan. Nescaya motivasi untuk kurus pasti akan meningkat.

Sebab-sebab kenapa anda perlu kurus




Bila dah kurus, penampilan automatik akan berubah. Silap hari bulan anda terpaksa beli baju baru. Mana tak nya, saiz baju lama sudah menggelebeh dan tidak sesuai lagi dengan saiz badan anda. Baru kita alasan nak pakai baju baru kan?😅




Jom kita lihat testimoni set Hello New You. Ramai sudah berjaya kurus dengan cepat dengan mengambil set ini kerana faktor makanan menyumbang 80% dan senaman hanya 20% untuk kurus.















PROMOSI SET HELLO NEW YOU BULAN MAY 2023

Set Hello New You (1-31 May 2023)

Hanya RM353 untuk set Hello New You


Ok. Sekian sahaja untuk entry kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry. Salam sihat dan bahagia. Ingat, kita perlu kurus supaya sentiasa sihat. Kesihatan sangat mahal tau.😍

12 May,21Syawal 1444H

Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...