Friday, September 15, 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

 



Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara anak-anak dalam rumah sebagai penyeri. Maka tidak hairanlah ramai pasangan berusaha untuk dapatkan anak. Namun, sebelum menimbang cahaya mata, setiap wanita harus melalui proses kehamilan dan berpantang. Maka, dengan ini pada bulan September 2023, Shaklee telah mengambil inisiatif untuk menyedarkan masyarakat keperluan nutrisi bagi WANITA MENGANDUNG melalui SET MENGANDUNG /HAMIL SHAKLEE. 


Semasa sesi taklimat online bersama nutritionists Pn.Sarah, ada participant berkongsi pengalaman mereka semasa melalui proses kehamilan. Apa yang menarik, semasa pemeriksaan doktor, doktor menyarankan ibu hamil mengambil set mengandung/hamil Shaklee. Wah, doktor pun syorkan set Shaklee ni. Maka, tidak hairanlah ia menjadi set kegemaran ibu-ibu hamil. 


Ok, apa set Shaklee tu ye. Jom kita tonton video ini dulu.




Secara dasarnya, seorang ibu yang hamil atau mengandung perlu cukupkan nutrisi untuk dua orang iaitu ibu dan anak yang dikandung. Kegagalan ibu mendapatkan nutrisi yang cukup boleh sebabkan ibu kekejangan di waktu malam, gigi rapuh, dan mudah sakit belakang. Pemakanan hari ini tidak dapat menampung kekurangan nutrisi tersebut. Nak tak nak, suka atau tidak, ibu perlu dapatkan bantuan supplements untuk mengatasi masalah jurang kekurangan nutrisi ini. 

Nutrisi yang penting bagi seorang bakal ibu adalah multivitamin, protein, kalsium, vitamin B, zat besi, vitamin C dan Omega.


MULTIVITAMIN + ZAT BESI



Adakah anda mengambil nutrient yang mencukupi untuk diri anda dan bayi anda?

Cara yang terbaik untuk mengisi jurang nutrisi adalah dengan mengambil multivitamin. 

Multivitamin vitamin Shaklee dikenali sebagai Vita-Lize.

Multivitamin ini mengandungi:

✅28 jenis vitamin dan mineral penting
✅Mengandungi 16mg zat besi, 150mg iodin, 450mg kalsium dan 400mcg asid folik.
✅Mempunyai sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Multivitamin ini penting untuk mengisi jurang nutrisi yang kita tidak dapat melalui pemakanan harian:

Zat besi yang ada dalam multivitamin dapat menyokong penghasilan sel darah merah dan mencegah anemia. 

Boleh baca lebih lanjut tentang multivitamin vitamin Shaklee yang saya kongsikan di sini:





PROTEIN



Seorang bakal ibu perlu mendapatkan protein yang cukup semasa proses kehamilan. Protein boleh didapati daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Protein daripada tumbuhan adalah yang terbaik kerana ia tidak mengandungi lemak dan kolestrol.

Di Shaklee, protein adalah daripada sumber tumbuhan iaitu kacang soya non GMO dikenali sebagai ESP.

Setiap hidangan ESP mengandungi:

✅14g protein
✅Tinggi dengan kalsium.
✅Membekalkan 9 asid amino.
✅Mengandungi 5 vitamin B.
✅Membantu menurunkan paras kolestrol.

Antara kelebihan protein soya Shaklee adalah:
❤Penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi.
❤Meningkatkan penghasilan susu badan.
❤Menggalakkan kesihatan kulit, rambut dan kuku.
❤Meningkatkan tenaga dan kecergasan.



KALSIUM

Bayi yang baru lahir mempunyai lebih daripada 300 tulang. Dari man asalnya tulang ini?

Jika bayi tidak mendapatkan kalsium daripada pemakanan ibu, bayi akan mendapatkannya daripada tulang ibu. Ibu yang sedang hamil kemungkinan akan mengalami kerapuhan tulang dan banyak kes ibu hamil patah gigi kerana kalsium ibu diambil oleh bayi. Manakala ibu yang menyusukan anak akan kehilangan 3-5% jisim tulang semasa tempoh penyusuan badan. 



Bagi seorang ibu hamil, kekejangan kaki pada waktu malam amat memeritkan. Ada juga sesetengah tempat menggunakan bahasa simpul mengkarung atau setok karung orang ganu kata. Siti puntak pasti kenapa mengkarung yang dapat nama.Padahal yang sakitnya ibu mengandung. Hehehehehe..

Untuk mengelakkan kekejangan ini, ibu hamil harus mengambil kalsium dan magnesium sebagai diet harian. Ia dapat membantu merehatkan otot anda untuk tidur malam yang nyenyak. 


Kalsium yang mencukupi bagi seorang ibu hamil amat penting bagi menampung jisim tulang yang kuat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
Kalsium sangat penting sebagai:

✅Menyokong pertumbuhan bayi.
✅Melindungi daripada kemerosotan tulang semasa kehamilan dan penyusuan badan.
✅Menggalakkan kesihatan otot dan memgurangkan risiko kekejangan otot.



Sumber kalsium yang mencukupi bagi seorang ibu yang tidak mampu untuk minum susu bahkan nak bau susu pun tak boleh, sangat disyorkan ibu hamil mengambil Ostenutrix.

✅Ostenutrix diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien pembina tulang yang penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan borom untuk membantu membina ketumpatan tulang.

✅ Penyerapan diuji secara klinikal.


VITAMIN B



Vitamin B sangat penting bagi ibu yang hamil. Paling istimewa, dalam set mengandung/hamil Shaklee, ia lengkp dengan vitamin B complex.

✅ Ia lengkap dengan dengan kesemua lapan vitamin B termasuk asid folik untuk mengutkan badan anda.

✅ Juga ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif berpaten Shaklee.


Sekiranya ibu hamil sudah mengambil vitamin B dan asid folik, maka anda harus tersenyum kerana anda sudah berikan yang terbaik untuk bayi anda. 

Pengambilan asid folik yang mencukupi dapat mengurangkan risiko mendapat bayi yang mengalami kecacatan otak atau saraf tunjang.

Manfaat pengambilan vitamin B adalah:

✅ Mencegah kecacatan tiub saraf.

✅ Mengurangkan risiko anemia.

✅ Melegakan mabuk kehamilan.

✅ Mengurangkan kemurungan selepas bersalin.


PENJAGAAN LUARAN

Selain mendapatkan nutrisi yang cukup bagi kesihatan dalaman, kali ini Shaklee dengan gembiranya memperkenalkan set hamil beserta dengan penjagaan luaran. 

Apa yang menariknya, penjagaan luaran dalam set hamil Shaklee bukan dikeluarkan oleh Shaklee sendiri. Tetapi Shaklee bekerjasama dengan syarikat Tanamera. Tanamera adalah satu-satunya syarikat yang melepasi standard Shaklee. Yela, Shaklee kan syarikat yang berasaskan semulajadi. Bebas 2500 bahan kimia. Mana boleh senang-senang syarikat lain nak bekerjasama dengan Shaklee jika tak menepati standard Shaklee kan. Tapi hal ini berbeza dengan Tanamera. Tetapi kenapa Tanamera boleh lepas standard Shaklee?Jom kita tengok.


Dua produk dalam set hamil Shaklee daripada Tanamera dikenali sebagai Embun. Sedap namanya kan. Sesegar embun di pagi hari.

❤Embun diformulasikan oleh jenama penjagaan diri semulajadi di Malaysia daripada Tanamera.

❤Ia juga dinspirasikan daripada bahan botani Asia.

❤ Menerapkan amalan kesihatan tradisi dengan inovasi moden.

❤ Bebas daripada bahan kimia merbahaya, pewangi tiruan dan pewarna.

❤ Dirumus secara eksklusif menggunakan halia Bentong untuk kedua-dua set hamil dan set menyusu & berpantang Shaklee.

Untuk pengetahuan anda, set Embun ini tidak dijual oleh Tanamera kepada umum. Ianya direka khas untuk Shaklee mengikut standard Shaklee. Dalam kata lain, anda harus mendapatkannya hanya di Shaklee.


Dua produk tersebut adalah :


SMOOTH TUMMY OIL


Smooth tummy oil ini diperbuat daripada bahan-bahan aktif seperti minyak kelapa dara, tebu dan halia bentong.

Keistimewaan:

✅ Mengurangkan tanda regangan dan selulit.

✅ Melancarkan peredaran darah.

✅Merangsang penghasilan kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit.


Minyak ini disapu pada kulit dan diurut-urut. Bukan sahaja ibu mengandung, tetapi suami pun boleh pakai.

Boleh juga digunakan pada bahagian rambut.


RELAXING MAGNESIUM GEL


Relaxing Magnesium Gel diperbuat daripada bahan-bahan aktif minyak pati lavender, minyak halia Bentong dan minyak magnesium.

Gel ini sangat bagus disapu pada bahagian badan sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lena. Baunya sangat wangi dan menenangkan. Boleh juga disapu kepada bayi anda selepas bersalin supaya bayi dapat tidur dengan lena.

Tetapi AWAS, jika anda ingin menghadiri mesyuarat, jangan sapu gel ini kerana ia akan sebabkan anda lena dalam bilik mesyuarat nanti.

Keistimewaan:

✅Mencegah kekejangn otot.

✅ Meningkatkan kuliti tidur.

✅Mengurangkan tahap tekanan.


PROMOSI SET HAMIL SHAKLEE



PROMOSI SET BERPANTANG DAN MENYUSU SHAKLEE


Ok, sekian saja yang entry untuk kali ini. Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu para ibu melalui proses kehamilan dan berpantang & menyusu dengan sihat dan gembira. Semoga anda juga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kemanisan iman. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh klik link di bawah ya. 

Salam sihat dan bahagia. ❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetMengandungShaklee

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647




No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...