Thursday, July 27, 2023

PERCUTIAN SHAKLEE BERTARAF 5 BINTANG PERCUMA

 

Assalamualaikum semua.. Ok,hari ini Siti nak cerita tentang PERCUTIAN SHAKLEE bertaraf 5 bintang secara percuma..Siapa sangka, percutian Shaklee adalah percutian di luar imaginasi. Bahkan, boleh dikatakan percutian 6 atau 7 bintang. 


Shaklee akan memberi reward kepada ahlinya yang layak berupa 3C.

  • Cash
  • Car
  • Convention Trip (Regional & International)
Convention trip yang disediakan oleh Shaklee adalah terbahagi kepada dua iaitu regional dan international. Regional bermaksud percutian area ASEAN dan ASIA. Manakala, international bermaksud ke serata dunia meliputi negara-negara Eropah dan USA.

Jom kita tengok trip mewah yang dimenangi oleh upline saya a.k.a my nanny in Shaklee, Master Maria & Master Firdaus bermula tahun 2014.

1. 2014 - USA (LOS ANGELES & SAN FRANCISCO)

2. 2015 - ITALY 

3. 2016 - USA (LONG BEACH, FLORIDA)

4. 2017 - JAPAN

5. 2017 - STAR LIBRA CRUISE (PORT KLANG - PHUKET - LANGKAWI)

6. 2018 - WESTERN MEDITERRANEAN CRUISE (SPAIN - FRANCE - ITALY)

7. 2018 - BANGKOK, THAILAND

8. 2019 - USA (LAS VEGAS & SAN FRANCISCO)

9. 2020 - SWITZERLAND (Ganti Cash Rewards)

10. 2020 - SEOUL, KOREA (Ganti Cash Rewards)

11. 2021 - USA (LOS ANGELES) (Ganti Cash Rewards)

12. 2021 - BALI, INDONESIA (Ganti Cash Rewards)

13. 2022 - SWITZERLAND

14. 2023 - SEOUL, KOREA

Best kan dapat trip mewah ini secara percuma. In shaa Allah satu hari nanti empayar WISE di bawah naungan MFMS(group master Maria) juga akan merasai nikmat percutian mewah ini.aamiin..Sama-sama kita doakan yang baik-baik saja ya.

Percutian ini adalah ditaja sepenuhnya oleh Shaklee bermula kos flight, makan,hotel 5 bintang(kadang sampai 7 bintang). Meal Allowance pun kadang Shaklee bagi jika tak sempat makan semasa melakukan aktiviti bebas. Boleh la gunakan duit tersebut membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti. Pendek kata, pergi ke sana hanya membawa badan sahaja. Layanan diberikan oleh Shaklee adalah layanan VVIP. Luggage pun dihantar terus ke bilik hotel. Dah tak payah nak bersusah payah angkat luggage ke bilik.

Seperti yang Siti cakap di atas tadi, percutian Shaklee adalah beyond imagination. Selalu dapat surprise dari Shaklee. Sesudah penat berjalan seharian, masuk je bilik hotel ada gift atas katil. Jika anda pergi trip 6 hari, maka 6 hari anda akan mendapat surprise dari Shaklee. Bahkan ada yang tak sabar dan tertanya-tanya, hari ini dah dapat hadiah ni.Esok dapat apa pula ye?😅

Gift untuk setiap ahli Shaklee yang layak semasa trip ke USA 2019.

Ini merupakan surprise dari Shaklee. Dalam paper bag itu ada jame anggur muscadine dan ResV. Anggur muscadine inilah menjadi bahan utama dalam Vivix dan ResV. Sangat powerful anggur ini kerana ia tinggi dengn polifenol dan dapat memperbaiki diri sendiri jika digigit oleh serangga perosak. Anggur ini sangat mahal tau. Satu kilo dah cecah RM2K..Bayangkan Shaklee boleh buat jame dan bagi free pulak. Aduh, heaven nya rasa . ResV tu pulak dapat recharge energy kita dan memperbaiki serta memperbaharui sel kita setelah penat berjalan seharian. Bangun pagi esoknya, anda akan rasa segar bugar dan dapat berjalan dengan lebih gembira lagi.

Ini pula surprise dari Shaklee yang berupa anggur muscadine yang fresh lagi bersama energizing tea delima. Eh, macam-macam surprise Shaklee bagi ni.

Makanan dan desert semua best-best. Yang paling penting, semua makanan yang disediakan oleh Shaklee adalah ditanggung halal kerana Shaklee sangat peka kepada peserta Muslim. Bahkan takwim waktu solat pun disediakan oleh Shaklee. Jadi senang sebagai Muslim untuk tunaikan solat walau berada di negara orang..  Waktu pergi trip Shaklee ni, jangan sesekali nak diet tau. Jika tidak, anda akan rugi.😅

Shaklee juga menyediakan pakej umrah secara percuma. Pakej umrah ini bukan biasa-biasa tau. Shaklee akan menempah hotel lima bintang berdekatan masjidil haram. Jadi, selepas waktu solat, anda tidak terkejar-kejar untuk balik ke hotel untuk waktu makan di hotel. Selepas itu boleh memperbaharui wuduk dan kembali ke masjid untuk waktu solat berikutnya.

Gambar di atas ini merupakan gift Shaklee kepada sesiapa mengikuti trip umrah Shaklee. Sebelum berangkat pergi umrah, setiap ahli dibekalkan dengan sling bag, luggage, set telekung untuk wanita (telekung Siti Khadijah), dan pakaian ihram untuk lelaki. Kursus umrah dan taklimat ziarah Jordan juga disediakan oleh Shaklee. Tiket flight, hotel dan makan minum of course la Shaklee tanggung semua. Pergi ke sana memang niat buat ibadat jer. Yang lain dah tak payah fikir dah. Semuanya dah prepared well oleh Shaklee. MasyaAllah..

Bilik hotel hilton yang hanya beberapa minit sahaja berjalan kaki dari Masjidil haram yang menjadi salah satu hotel pilihan Shaklee. Ia juga merupakan antara salah satu hotel terbaik di Mekah.


Semasa dunia dilanda covid-19, semua trip Shaklee telah dibatalkan. Tetapi Shaklee membayar semua tiket trip yang dimenangi itu dengan 'cash in lieu'. Setiap tiket regional berharga +-RM 3600. Manakala setiap tiket international +-RM 12K. Jika anda dapat 2 tiket international dan 2 tiket regional, maka Shaklee akan membayar kepada anda RM 31,200. Banyakkan? Tidak hairan jika ada yang dapat RM 50K dan ke atas kerana mereka layak dapat lebih dari 2 tiket. 

Yang bestnya, percutian Shaklee ini bukan sahaja kita dapat membawa pasangan kita, tetapi juga dapat membawa anak-anak dan mak ayah serta mentua. Tidak hairan jika orang katakan Shaklee adalah bisnes family. 

Untuk tahun 2024 pula, Shaklee akan membawa para pencapai yang layak ke Osaka,Nara,Kyoto,Jepun bagi trip international selama 7 hari 6 malam.

Manakala untuk trip regional, Shaklee akan membawa para pencapai yang layak berlayar menaiki kapal mewah Royal Caribbean bermula dari Singapura-Penang-Phuket. 


Jika dilihat setiap trip Shaklee, ia merupakan percutian yang sangat mewah yang mana jika kita pergi sendiri, kita tak mampu nak bayar semua. Hotel yang kita pilih jika pergi sendiri pun hotel yang bajet je kan. No wonder la ramai pelancong yang jealous dengan geng-geng Shaklee. 

Anda boleh juga membaca entry tips travel di sini: Tips travel:9-perkara-penting-sebelum-pergi -bercuti

Ok, sekian saja yang entry untuk kali ini. Semoga entry ini memberi inspirasi kepada anda dan menemui anda sentiasa dalam kesihatan dan kemanisan iman. Jika anda berminat untuk menyertai kami, boleh klik link di bawah ya. 

Salam sihat dan bahagia. ❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#PercutianShakleeBertaraf5BintangPercuma

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647


Tuesday, July 25, 2023

TIPS TRAVEL: 9 PERKARA PENTING SEBELUM PERGI BERCUTI


Travel atau pergi bercuti adalah perkara yang menjadi kemestian bagi setiap individu.Samada pergi bercuti dalam negara atau luar negara. Tapi,ada ke yang tak suka pergi bercuti?Cam pelik je kan?Yang tak suka pergi bercuti bukan sebenarnya mereka tak suka.Mungkin ada komitmen lain yang mereka perlu uruskan.Mungkin juga tak mempunyai bajet yang mencukupi. Apa pun, Siti percaya semua orang suka bercuti kan?

Percutian adalah perkara yang menyeronokkan. Mana tak nya, setelah kita berpenat lelah bekerja mencari rezeki, sesekali kena pergi bercuti untuk merehatkan minda dan refresh minda. Relaks & Refresh. Namun, ada beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan sebelum pergi bercuti. Di bawah ini Siti senaraikan TIPS TRAVEL.

TIPS TRAVEL: 9 PERKARA PENTING SEBELUM PERGI BERCUTI.


1. RANCANG PERCUTIAN ANDA

Sesuatu percutian itu perlulah dirancang terlebih dahulu. Ini termasuklah tempat mana anda hendak tuju. Jika anda ingin pergi ke negara empat musim, anda harus mengambil kira keadaan cuaca di sana. Jika anda tidak tahan sejuk, dan negara yang ingin anda tuju sedang mengalami musim sejuk, anda harus membatalkan niat anda untuk pergi ke negara tersebut. Mungkin anda boleh menukar haluan anda ke negara yang lain atau sekadar bercuti dalam negara sahaja.

2. BERCUTI DI LUAR MUSIM


Jika anda ingin jimat dan tidak sukakan keadaan yang crowded, bercuti sewaktu hari bekerja atau weekdays sangat menguntungkan. Ini kerana anda akan dapat harga bilik hotel yang jauh lebih murah berbanding weekend dan public holidays atau school holidays. 

Tetapi jika anda dan pasangan mempunyai anak yang masih bersekolah, anda tiada pilihan lain melainkan hanya menunggu sewaktu hujung minggu atau semasa cuti persekolahan. 

3. RANCANG HARI PERTAMA DAN HARI TERAKHIR ANDA


Percutian yang seronok dan happy bermula dari hari pertama anda sampai ke destinasi. Check semua barang-barang keperluan supaya tidak tertinggal. Pastikan anda membawa semua dokumen penting seperti IC dan passport jika anda ingin pergi bercuti ke luar negara. Set kan juga masa anda harus berada di lapangan terbang supaya anda tidak terlepas penerbangan.

Kenal pasti lokasi hotel anda dan pukul berapa anda harus check in jika anda pergi bercuti dalam negara.

Rancang juga aktiviti hari pertama anda supaya anda dapat menikmati kegembiraan dan keseronokan untuk hari seterusnya.

Apabila sudah tiba hari terakhir anda bercuti, semak kembali jadual penerbangan anda dan segala barangan anda supaya tiada yang tertinggal. Buat check list supaya anda tidak stress. Kita pergi bercuti untuk relaks kan minda. Tak nak stress stress ok.

4. BUAT SALINAN DOKUMEN PENTING


Buat salinan dokumen daripada yang asal sangat membantu anda jika dokumen anda hilang atau dicuri semasa anda menikmati percutian anda. 

Salinan dokumen ini anda boleh simpan dalam bentuk digital, soft copy di dalam email anda atau dalam bentuk fizikal, hard copy.

Dokumen yang dimaksudkan adalah seperti passport, Visa,tiket flight, dan lokasi hotel anda. Kaedah ini sangat membantu jika anda berada dalam kesusahan di negara orang.




5. BOOKING TIKET FLIGHT DAN HOTEL LEBIH AWAL


Booking atau tempah tiket flight dan hotel lebih awal dari tarikh anda bercuti sangat membantu anda untuk memilih pakej yang terbaik dengan harga yang lebih murah berbanding jika anda menempah on the spot semasa bercuti.

Anda boleh menempah bilik hotel anda secara online di website yang terkenal seperti trivago. Selain itu, anda juga boleh menempah di laman web Booking.com yang mana laman webnya user friendly dan mudah untuk membuat perbandingan harga bagi setiap hotel.

Booking lebih awal mengelakkan bilik hotel yang anda kehendaki penuh semasa tarikh percutian anda. Kaedah ini juga memudahkan percutian kita.

6. TAMPALKAN STICKER 'FRAGILE' PADA BAGASI ANDA


Tips ini agak menarik kerana akan menjimatkan masa anda menunggu bagasi anda di airport. Biasanya bagasi yang bertanda 'fragile' akan diletakkan di bahagian paling atas berbanding bagasi lain di dalam perut kapal terbang. Jadi, apabila sampai ke destinasi, bagasi anda yang paling awal akan dikeluarkan. Pengendalian bagasi juga akan dilakukan secara berhati-hati. Justeru, risiko bagasi anda kemek atau hilang tayar dapat dikurangkan. 

Pengalaman Siti sendiri naik flight, apabila mendarat, pernah juga bagasi hilang sebelah tayar dan pemegang bagasi patah. Masa tu memang kecewa jugak. Tapi redha jer. Lepas ni boleh la anda guna tips tampal pelekat 'fragile' ni yer.




7. DAPATKAN INSURANS PERJALANAN


Jika anda ingin travel ke luar negara, insuran ini sangat penting bagi anda. Sekurang- kurangnya anda dilindungi oleh insurans perjalanan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Yela, pergi ke negara orang kan, kita tak tau apa akan jadi kat sana. 

Melalui pembacaan Siti, anda boleh dapatkan insurans ini secara online melalui laman web Bijak.my. Bandingkan dahulu dengan 10 jenama insurans yang ada dan dapatkan satu pelan yang mengikut bajet serta keperluan anda. 

8. ELAK MEMBUAT PENUKARAN WANG ASING DI LAPANGAN TERBANG ATAU HOTEL


Sebelum memulakan perjalanan anda, pastikan anda sudah menukar wang anda terlebih dahulu. Elakkan menukar wang anda di lapangan terbang atau hotel kerana mempunyai kadar pertukaran wang asing yang lebih tinggi berbanding di luar. 

Jangan tertipu jika mereka nyatakan tiada yuran komisyen yang dikenakan. Anda boleh membuat tukaran di luar seperti pusat membeli belah atau boleh membuat perbandingan harga di pusat-pusat tukaran wang asing.



9. TAKE CARE OF YOURSELF


Sebelum pergi bercuti, pastikan anda dalam keadaan sihat. Jaga diri anda. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta minum banyak air. Anda juga perlu dapatkan supplements sebagai energy booster anda supaya percutian anda lebih menyeronokkn.

 Bagi Siti, Siti sangat syorkan anda mengambil ResV sebagai energy booster yang terbaik. Ia juga senang dibawa ke mana-mana. Hanya letak di dalam handbag anda sebagai bekalan supplements untuk badan yng sihat. Bercuti dengan badan yang sihat dapat mengubah suasana percutian menjadi lebih menyeronokkan dan lebih bermakna. Banyak memori yang akan disimpan sebagai kenangan.



Sampai di sini sahaja untuk entry kali ini. Siti berharap anda mendapat manfaat daripada tulisan ini. Jadikan percutian kali ini lebih bermakna bersama orang yang tersayang. 

Akhir salam, salam sihat dan bahagia. Jom pergi bercuti..😊


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#TipsTravel

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647




Sunday, July 16, 2023

8 TIPS MEMULAKAN BISNES ONLINE

 

Assalamualaikum sahabat pembaca. Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti. Moga kalian berada di dalam keadaan sihat walafiat. Ok,hari ini Siti nak berkongsi tentang 8 TIPS BISNES ONLINE.


Bisnes online merupakan bisnes yang semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat hari ini. Bisnes Online atau bisnes dalam talian semakin berkembang sejak PKP 2020 di mana rakyat tidak dibenarkan keluar rumah ekoran pandemik Covid-19 melanda dunia. 

Jika dahulu banyak bisnes dilakukan secara Offline,hari ini ramai sudah bertukar ke plafform Online untuk meluaskan lagi perniagaan mereka. Mungkin ini salah satu hikmah di sebalik berlakunya Covid-19 melanda dunia di mana pada masa itu, ramai yang tidak dapat keluar ke sana sini. Jadi, alternatif yang ada adalah membeli secara Online bermula dari barangan makanan,pakaian,alatan memasak, alatan berkebun, alatan untuk mendeco rumah dan sebagainya. 

Jika selama ini anda hanya sebagai pembeli Online dan kini sudah mula berminat untuk menjadi penjual online,di sini Siti sediakan 8 tips untuk memulakan perniagaan Online.

1. PILIH NAMA BRAND YANG BETUL DAN  LONG TERM.

Bagi anda yang baru nak memulakan perniagaan Online dan tidak tahu nak jual apa, Siti sarankan anda pilih nama-nama brand yang sudah ada di pasaran. Pendek kata,anda menjual sebagai dropship atau agen sesuatu produk.

Menjual jenama yang sudah ada di pasaran memudahkan orang mengenali anda berbanding anda menjual brand yang baru. 

Hal ini juga memudahkan anda daripada memerah otak untuk menjual produk sendiri yang kita tidak pasti sambutan bagaimana di kalangan masyarakat. Mengeluarkan produk sendiri juga bermakna anda harus melaburkan duit berjuta-juta ringgit untuk R&D sesuatu produk itu. Hal ini memerlukan masa,tenaga dan kos yang tinggi.

Anda juga boleh design logo anda sendiri dan menaikkan personal branding anda sendiri walaupun menjual barang orang lain. Tidak semestinya logo anda sama dengan HQ barangan tersebut.

Sebagai contoh, Watsons, Guardian, Tesco, Mydin dan banyak lagi. Mereka menjual barang orang lain tetapi menaikkan jenama sendiri.

Contoh yang lain, jika anda ingin menjual tudung Ariani dan telekung Siti Khadijah, anda tidak seharusnya letak nama mereka. Anda boleh letak nama kedai Online anda sendiri seperti Siti Collection. Di sana, anda boleh menjual telekung Siti Khadijah, tudung Ariani, stokin wuduk friendly, handsock dan sebagainya.Jangan pilih nama yang spesifik seperti Siti scarf. Jika anda ingin menjual baju,anda tidak boleh menggunakan branding Siti Scarf kerana ia merujuk kepada scarf sahaja.

Pemilihan syarikat yang sudah establish juga sangat penting. Ini kerana syarikat yang sudah lama bertapak akan menjaga ahlinya dan tidak akan pernah gagal untuk membayar bonus kepada setiap ahlinya walau berapa pun.

Contoh di bawah adalah syarikat Shaklee yang sangat kukuh. Mereka telah membayar bonus kepada setiap ahlinya RM372 Juta untuk tahun 2020,2021,2022 di Malaysia sahaja. Ini bermakna syarikat ini tidak pernah gagal untuk membayar bonus kepada anda walau berapa jumlah sekalipun.



2. MODAL YANG RENDAH

Sebagai newbies dalam bisnes Online, anda harus mencari bisnes yang mempunyai modal yang rendah. Hal ini mengelakkan anda daripada mengalami kerugian. Anda harus mencari perniagaan di mana anda tidak harus menyewa tapak kedai dan menggaji pekerja yang akan meningkatkan kos operasi.

Modal yang besar belum tentu menjanjikan pulangan yang besar.

3. RISIKO YANG RENDAH

Pilih lah perniagaan yang mempunyai risiko yang rendah. Anda tidak harus terpedaya dengan janji-janji manis founder yang menjanjikan pulangan bulan & bintang dengan melabur modal yang besar sedangkan risiko kerugian akan ditanggung oleh anda sendiri. 


4. JANGAN TERLAMPAU FIKIR UNTUNG DENGAN MEMBELI STOK YANG BANYAK

Pada permulaan bisnes Online, anda jangan terlalu excited untuk mendapat untung yang besar dengan membeli stok barangan yang banyak. Ini kerana stok barangan yang banyak belum tentu akan terjual dalam masa yang singkat. Bimbang barang tersebut sudah expired sebelum anda sempat menjualnya. Sudahnya, stok tersebut disimpan bawah katil dan modal anda akan hangus camtu jer.

5. SELALU BAGI TIPS, PETUA, TESTIMONI

Berniaga secara Online ni, anda kena rajin untuk share pelbagai tips, petua dan testimoni kepada audience. Anda boleh share di Facebook, Instagram, Twitter dan Tik tok.

Apabila orang mulai kenal anda dan anda sudah ramai follower, perniagaan anda akan cepat berkembang.

6. GUNAKAN HASHTAG

Penggunaan hashtag (#) dalam setiap perkongsian dan posting anda di laman sosial merupakan salah satu zero cost marketing. Ini kerana orang akan mudah untuk mencari kita melalui hashtag.

Sebagai contoh:

#pengedarshaklee

Atau jika anda ingin meletakkan nama tempat, anda harus tulis:

#pengedarshakleepaka

#pengedarshakleedungun

#pengedarshakleekerteh

7. BELAJAR ILMU PEMASARAN

Berniaga Online kelihatan seakan mudah. Namun ia mempunyai cabaran tersendiri. Sebab inilah anda harus mempunyai ilmu pemasaran. 

Banyak kelas-kelas yang dapat anda belajar. Hanya perlu invest masa dan sedikit duit sahaja. Ada juga kelas percuma yang pernah Siti ikuti. Walaupun percuma, pengisian dia cukup bermanfaat. Tidak sia-sia jika anda invest sedikit masa untuk belajar tentang ilmu ini.

8. CIRCLE YANG BAIK

Circle yang positif sangat penting sebagai seorang penjual. Berbisnes Online ini ada kalanya anda harus melalui fasa up & down. Di sinilah circle yang positif sangat membantu anda untuk bangkit sekiranya anda hampir berputus asa dan ingin menyerah.

Circle yang positif juga dapat membimbing anda agar terus melangkah walaupun banyak ujian yang datang dalam berbisnes. 


Sebagai penutup, pilih lah perniagaan yang betul supaya anda tidak tersilap langkah. Untuk pengetahuan anda, semua ciri-ciri yang baik di atas ada di dalam bisnes Shaklee. 

Ok,cukup setakat ini sahaja untuk entry kali ini.  Diharapkan entry kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari idea untuk berbisnes.

Semoga kita berjumpa lagi di lain entry. Salam sihat dan bahagia. 😄❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#Tipsmulakanbisnesonline

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647




Saturday, July 15, 2023

9 TIPS KERJA DARI RUMAH AGAR TETAP PRODUKTIF,SIHAT DAN TENANG

 

Assalamualaikum semua..Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti. Semoga perkongsian hari ini membawa manfaat. Ok,hari ini Siti nak berkongsi tentang 9 TIPS KERJA DARI RUMAH AGAR TETAP PRODUKTIF, SIHAT DAN TENANG.

Sejak pandemik melanda dunia akhir December 2019,bekerja dari rumah atau work from home (WFH) semakin polular dikalangan masyarakat dunia secara amnya dan masyarakat Malaysia secara khususnya. Hal ini kerana pelaksanaan perintah berkurung dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19. Alhamdulillah, setelah pelbagai usaha dijalankan,kini pada tahun 2023, WHO telah memutuskan bahawa Covid-19 bukan lagi penyakit kritikal. Dunia juga dalam usaha peralihan dari fasa pandemik kepada endemik walaupun tidak pulih sepenuhnya.

Ekoran daripada itu, bekerja dari rumah sudah menjadi normal baru di kalangan masyarakat. Samada anda menjalankan bisnes atau bekerja di sesebuah syarikat. 

Di sini Siti senaraikan 9 Tips kerja dari rumah agar anda tetap produktif, sihat dan tenang.

1. DISIPLIN 

Disiplin diri sangat penting. Bukan bermakna anda bekerja dari rumah, anda boleh bangun lambat. Bila bangun lambat,banyak urusan akan tertangguh. Justeru itu, bangun la awal pagi sepertimana anda harus siapkan diri hendak menuju ke pejabat.

Anda boleh menggunakan jam yang sama. Contohnya, jika anda bekerja di pejabat bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang, maka anda harus bekerja di rumah seperti waktu di pejabat. Hal ini tidak lain tidak bukan hanya untuk mendisiplinkan diri anda supaya banyak kerja tidak tertangguh.


2. SEDIAKAN TEMPAT KERJA SELESA

Walaupun bekerja dari rumah, sediakan satu ruangan khas untuk anda bekerja. Anda harus sediakan satu meja khas, kerusi yang selesa, laptop yang lengkap dengan keyboard dan tetikus serta internet supaya urusan kerja anda menjadi mudah. Selain itu,pencahayaan yang  baik juga penting untuk mengelakkan mata anda letih dan lesu. Maka,letakkanlah meja kerja anda di ruangan terbuka atau berhampiran tingkap. Anda juga boleh menambah mood suasana kerja yang ceria dan relax dengan memasang zikir atau muzik yang lembut sebagai pembakar semangat untuk anda bekerja.

Keadaan ini lebih praktikal jika anda ada discussion melalui aplikasi Zoom dan Google meet dengan rakan sekerja. Barulah anda merasakan seperti anda bekerja di pejabat dan memerlukan komitmen yang tinggi kepada kerja anda.

Hal ini berbeza jika anda hanya bekerja di atas katil. Otak anda tidak akan menjadi kreatif kerana anda masih bermalas-malasan di atas katil. Lama kelamaan,mata anda mula terlelap dia atas tilam yang empuk itu.


3. DIDIK AHLI KELUARGA UNTUK FAHAM

Didiklah dan terangkanlah kepada ahli keluarga anda bahawa anda di rumah sedang bekerja. Samada anda berbisnes atau bekerja dengan syarikat tertentu, bekerja dari rumah bukan bermakna anda harus melengah-lengahkan kerja yang diberi. 

Jika anda menerangkan kepada mereka dengan baik,anda pasti akan mendapat kerjasama yang baik daripada mereka. Jika anda sebagai seorang ibu dan isteri, maka persiapkanlah dahulu keperluan mereka di awal pagi seperti sediakan mereka makanan yang secukupnya,siapkan pakaian untuk mereka dan keperluan lainnya sebelum anda menuju kepada "workstation" anda. Mentor saya selalu berpesan, walaupun bekerja dari rumah, tangki emosi keluarga harus dijaga. Tak nak mereka rasa seperti kita hanya pentingkan kerja jer sehingga abaikan mereka. Sedangkan keluarga adalah segala-galanya. Kita bekerja pun untuk keluarga juga kan?



4. PLAN RUTIN HARIAN

Sediakan jadual harian jika anda bekerja dari rumah. Plan rutin harian anda mengikut keperluan. Anda harus bahagikan tugasan anda mengikut kategori seperti di bawah:

  • Urgent & Important
  • Urgent & Not Important
  • Not Urgent & Important
  • Not Urgent & Not Important
Pembahagian tugasan harian mengikut kategori seperti di atas membuatkan tugasan anda lebih tersusun dan anda tahu tugasan mana yang harus disiapkan terlebih dahulu.



5. ADA MATLAMAT DAN TARGET 

Berbisnes atau bekerja dengan syarikat memerlukan anda harus mencapai sesuatu tugasan mengikut jadual. Jika anda makan gaji, majikan akan menetapkan tarikh tertentu bagi anda untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Maka, anda harus uruskan masa anda dengan bijak supaya tugasan tersebut tidak melepasi 'dateline' yang telah ditetapkan. Ini kerana, jika anda melepasi 'dateline' tersebut, potensi untuk anda dimarahi oleh bos sangat tinggi. Ekoran daripada itu, ia akan mengundang stress kepada diri sendiri.

Jika anda seorang bisnessman atau bisnesswomen, masa anda sangat fleksibel. Namun, anda juga harus ada target untuk mencapai sesuatu supaya anda sentiasa bermotivasi untuk berkarya dan mencari sesuatu idea.




6. BERPAKAIAN SESUAI HARI

Jika hari tersebut anda ada meeting melalui aplikasi seperti Zoom dan Google Meet, berpakaianlah dengan pakaian yang sesuai. Bukan anda masih lagi berbaju tidur. Mentang-mentanglah anda bekerja dari rumah kan?😅




7. REWARD DIRI SENDIRI

Sesudah selesai anda melakukan sesuatu tugasan, cuba berterima kasih kepada diri sendiri kerana telah berusaha keras sepanjang hari dengan 'reward' diri sendiri.

Reward diri atau memberi sesuatu kepada diri sendiri sebagai tanda penghargaan kepada diri  tidak seharusnya berbentuk barang-barang mahal. Cukup sekadar meraikan kejayaan anda pada hari itu dengan penghargaan kecil seperti makan aiskrim yang sedap, membuat masakan atau minuman kegemaran anda. Sayangi dan hargai diri sendiri sebelum kita hargai orang lain. Okey😊


8. BERSENAM ATAU BEROLAHRAGA

Apabila hari sudah menginjak ke petang,anda harus matikan laptop serta kemaskan meja kerja anda. Pergilah keluar ke taman atau ke kawasan rumah untuk mengambil udara segar. Jangan biasakan diri anda bekerja sehingga lewat malam kerana hal ini akan memberi kesan kepada kesihatan mental anda. 

Anda boleh ke taman-taman sekitar rumah anda untuk bersenam atau berolahraga bagi merehatkan fikiran anda yang telah penat seharian bekerja. Jika anda tidak mahu bersenam, anda juga boleh melakukan rutin harian anda dengan menyiram,membaja, serta menggembur tanah terhadap pokok-pokok tanaman anda. Bercucuk tanam juga merupakan salah satu untuk menjaga kesihatan mental anda.



9. PILIH PEKERJAAN YANG SESUAI 

Tips yang terakhir dan sangat penting, apabila anda bekerja dari rumah, pilih lah pekerjaan yng sesuai dengan diri anda.

Jika anda bekerja sebagai makan gaji, pilihlah pekerjaan yang memudahkan anda melakukannya dari rumah dan mempunyai kelengkapan yang cukup. Sebagai contoh, jika anda sebagai penulis, maka anda perlukan laptop dan internet. Jika anda sebagai akauntan, anda harus 'install' laptop anda dengan 'software' sistem akaun yang boleh diakses oleh majikan.

Manakala jika anda seorang bisnessman atau bisnesswomen, anda harus  pandai memilih  bisnes dengan modal yang rendah dan tidak terlalu berisiko. Jika tanya Siti, bisnes online apa modal yang rendah dan tidak berisiko, Siti syorkan anda memilih bisnes online Shaklee kerana ia hanya berbekalkan modal serendah RM35 dan anda tidak perlu menyimpan stok.

Untuk rekod, pada tahun 2020,2021,2022, Shaklee telah membayar bonus RM 372 Million kepada semua ahlinya. Bayangkan,betapa kukuhnya syarikat Shaklee hingga mampu membayar berapa pun bonus kepada ahlinya. Lebih menarik, income dalam Shaklee tiada limit. Best kan? 

Anda juga boleh baca di sini:

https://mizwellness.blogspot.com/2023/04/8-sebab-bisnes-shaklee-adalah-bisnes.html



Ok,sekian dulu untuk entry kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry. Salam sihat dan bahagia. 😄❤️


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#TipsKerjaDariRumah

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647








SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...