Tuesday, June 13, 2023

PENGEDAR SHAKLEE KERTEH,PAKA DAN DUNGUN


Hi, Assalamualaikum sahabat sekalian. Moga sentiasa sihat dan ceria selalu. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Siti.😊

Alhamdulillah entri ini sudah entri yang ke-17 sejak Siti menulis di blog ini bermula April 2023.

Sebenarnya Siti berjinak-jinak menulis blog ini sejak Siti menjadi pengedar Shaklee. Dengan blog ini lah Siti dapat berkongsi tentang produk-produk Shaklee dan TESTIMONI SHAKLEE yang Siti dapat rasai sendiri kesannya selepas menggunakan Shaklee.

Terngiang-ngiang lagi peristiwa sewaktu berada di kampus Universiti dulu tahun 2006. Satu hari tu, Siti terbaca satu blog yang tajuknya menarik perhatian Siti. Masa tu tertanya-tanya camne orang buat blog ya?Pastu cakap kat kawan sebelah,'eh K**, cam seronok je kan kalo kita ada blog satu hari nanti? Kita boleh tulis apa pengalaman kita dan apa peristiwa dalam hidup kita. Sebab blog ini ibarat diari hidup kita. Dalam masa yang sama kita boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pembaca di luar sana."

Kawan Siti ni suka bergurau. Bila dia dengar Siti cakap camtu, terus dia kenakan Siti sambil berkata dengan nada bergurau. "ina(bukan nama sebenar), nanti ko jangan terkejut kalo satu hari nanti kawan kita ni ada blog!" (sambil dorang ketawa). Siti pun tersengih-sengih malu.Tapi dalam hati masa tu berkata "In Shaa Allah satu hari nanti aku juga akan ada blog sendiri."

Masa terus berlalu...

Tanggal April 2023, Ramadhan 1444H, Siti dilamar oleh Master Kam Maria, Founder MFMS untuk sertai blog Mega. Tapi masa tu agak risau sebab tak pandai nak setting blog dan tak pandai nak buat camne. Maklum la, tak ada pengalaman berblogging ni. Hanya lawat blog orang je.

Tapi Master Maria kata senang je nak setting dan sekejap je nak buat blog. Masa tu cam tak percaya sebab rasa selama ni nak setting blog tu susah. Then, Siti try setting blog dengan bantuan my mak Shaklee, Sakinah. Maka, tercipta la blog ini dengan diberi nama mizwellness sebab Siti nak create kesedaran orang sekeliling tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan. Dengan kata lain, mencegah lebih baik daripada merawat kerana kesihatan adalah harta yang tidak ternilai. Di kesempatan ini juga Siti ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Master Kam Maria aka my nanny Shaklee dan Sakinah aka my mak Shaklee kerana telah memberi galakan dan guide kepada diri ini untuk membina sebuah blog sendiri dan seterusnya menyertai blog mega sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Siti merupakan PENGEDAR SHAKLEE kawasan KERTEH,PAKA, dan DUNGUN dengan no ID:1528647Kepada anda yang pertama kali dengar kawasan ini dan tertanya-tanya di mana, ia merupakan satu kawasan di negeri Terengganu.


 Paka  dan Kerteh sendiri merupakan kawasan industri di mana terdapat logi-logi pemprosesan oil and gas. Tidak hairan jika Paka dan Kerteh merupakan kawasan ketiga termahal di Malaysia selepas Pulau Pinang (bahagian pulau) dan Bintulu dari segi kos sara hidup dan bahan mentah.Boleh baca di SINI. (sila klik perkataan "SINI"). Yang kena tempias adalah penduduk tempatan kerana terpaksa bersaing dengan pekerja industri untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dengan harga yang tinggi. 

Logi pemprosesan gas di Kerteh/Paka yang sangat indah dan bercahaya pada waktu malam. 
Namun punyai risiko tersendiri

Oleh kerana Paka, Kerteh merupakan kawasan industri yang tercemar dengan gas sulfur dioksida, gas karbon monoksida, dan beberapa nama gas yang mencemarkan udara (lupa namanya untuk disebut), penduduk Kerteh dan Paka khususnya sangat terdedah dengan udara yang tidak sihat dan hujan asid. 

Bagi menggantikan kekurangan nutrisi badan dengan kos bahan mentah yang tinggi dan pencemaran udara, pengambilan supplements sangat penting bagi penduduk Paka dan Kerteh. Supplements yang terbaik adalah Shaklee kerana ia beyond organik dan selamat, terbukti, berkesan.

Dulu, Siti juga seperti orang lain yang fikir tak perlu makan supplements sebab dah rasa sihat dan boleh mendapatkan nutrisi cukup daripada makanan. Ternyata persepsi Siti tentang supplements salah kerana kehidupan kita hari ini sangat terdedah kepada banyak penyakit dan kita sendiri tidak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan daripada makanan.

Hal ini Siti sedar setelah Siti selalu MC setiap bulan kerana migrain dan pernah diberi painkiller tahap ketiga oleh doktor. Masa tu Siti masih lagi bekerja sebagai Executive bank di Kuala Lumpur, HQ. Akibat tekanan kerja kerana menjayakan project 1 Platform untuk gabungkan branch masa tu, kerja 7 hari seminggu dan hanya akan sampai rumah setelah 12 malam. Tidak hairan la jika Siti mudah jatuh sakit.

Kemudian Siti resign sebagai banker dan balik ke Paka, Terengganu dan bekerja di sini sebagai Executive akaun di salah sebuah syarikat oil and gas. Masa pulang ke Terengganu migrain Siti makin berkurang namun masih bergantung kepada ubat. Sehingga lah satu hari Siti rasa dah penat nak makan ubat yang boleh buat stok dalam laci. Dari situ bermula la episod Siti untuk mencari supplements yang terbaik yang selamat untuk masa akan datang. Takdir Allah, Siti berjumpa dengan Shaklee dan merasakan Shaklee adalah vitamins yang terbaik yang pernah Siti jumpa setelah membuat perbandingan jenama lain di pasaran.

Multivitamin pertama dunia yang Shaklee keluarkan pun sudah berusia 108 tahun yang kini dikenali sebagai Vita-lize. Boleh baca perkongsian Siti di SINI. (sila klik). 

"patuhi hukum alam semula jadi dan anda tidak akan tersilap langkah"


Falsafah pengasas Shaklee, Dr. Forrest C. Shaklee di atas membuatkan semua produk Shaklee adalah berasaskan alam semulajadi. Yang lebih menakjubkan, setiap produk Shaklee adalah diperbuat daripada bahan-bahan yang beyond organic yang bebas 2500 bahan kimia. Shaklee tidak akan sesekali mengeluarkan produk yang akan membahayakan walaupun 1 sel manusia.

              


Shaklee juga telah memenangi Trusted Brand Gold Award in the Vitamins and Health Supplements category bagi tiga tahun berturut-turut 2021,2022, dan 2023.

 Ini menunjukkan Shaklee adalah jenama supplements yang sangat dipercayai oleh rakyat Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.



Sejak mengambil Supplements Shaklee, Siti tidak lagi bergantung kepada ubat. Dan Siti pun tak ingat dah bila kali terakhir Siti datang migrain. Tiada lagi painkiller tahap ke-3. Hanya sesekali sahaja datang sakit kepala biasa.

Yang sangat Siti syukuri, tak ada lagi stok-stok ubat dalam laci. Semua dah dibuang kerana semuanya sudah expired. 

Ini antara sebab kenapa kita sangat perlukan supplements hari ini kerana kehilangan nutrisi dalam badan.

Kehilangan nutrisi ini disebabkan oleh faktor:
  • Nutrien kurang dalam bahan mentah.
  • Zat makanan yang hilang.
  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperoleh daripada makanan.
  • Pengambilan ubat dan diet yang tidak sihat.
  • Diet yang tidak seimbang.
  • Alam sekitar yang semakin tercemar.
  • Gaya hidup yang tidak sihat.

Jika anda berada di kawasan Kerteh, Paka dan Dungun khususnya, anda ingin mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi Siti ya. Jika keahlian anda sudah expired, anda boleh RENEWAL SHAKLEE membership anda dengan mudah. Perlu bantuan untuk renew? Boleh hubungi Siti juga ya.

KELEBIHAN MENJADI AHLI DI BAWAH MFMS

✔ Yuran keahlian hanya RM35 atau keahlian percuma dengan belian produk 100 UV (anggaran RM 350++) dalam 1 resit

✔ Diskaun 20% harga ahli untuk setiap produk

✔ Promosi bulanan untuk penjimatan hebat

✔ Cash bonus bulanan (layak jika cukup point)

✔ Jemputan ke group Exclusive Facebook dan Telegram untuk ahli MFMS sahaja

✔ Peluang jana income sebanyak 2-3-4-5 angka sebulan

✔ Peluang untuk mendapat pelbagai rewards menarik (Car bonus, Free Trip local dan overseas)

✔ Kelas bimbingan nutrisi oleh pakar nutrisi secara Online dan Offline.

✔ Kelas bimbingan bisnes oleh Shaklee Leader secara Online dan Offline.

✔ Marketimg plan yang adil dan menarik. Semestinya bukan sistem piramid.


REWARDS SHAKLEE

Sampai di sini sahaja untuk entri kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.

Salam bahagia dan sihat. 💓


Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#TestimoniShaklee

#AgenShakleeKertehPakaDungun



No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...