Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca? Moga kalian sentiasa berada dalam nikmat kesihatan dan nikmat Iman. Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti. Moga setiap perkongsian di sini dapat memberi manfaat. In shaa Allah.
Hari ini Siti nak berkongsi tentang 3 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT pilihan kita. Hidup ini adalah pilihan sahabat. Di saat kita hendak memilih, buatlah pilihan yang terbaik. Dan di saat kita dipilih, jadilah antara yang terbaik. Jika kita tidak mahu memilih, itu juga adalah pilihan. Pilihan dalam kehidupan kita demi menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Sihat adalah satu anugerah. Bahkan kesihatan itu adalah kekayaan. Masakan tidak, dengan kesihatan lah kita dapat melakukan pelbagai aktiviti. Dengan kesihatan juga, kita dapat melakukan ibadat dengan sempurna. Berapa ramai kita lihat orang kaya yang sakit tidak dapat menikmati kekayaannya. Hanya mampu duduk di atas kerusi roda dan melihat alam dan dunia dari kaca tingkap.
Tanpa kita sedar, sebenarnya kesihatan adalah satu kesyukuran. KIta akan hargai kesihatan yang ada jika kita sudah jatuh sakit. Bayangkan satu organ jantung dan satu buah pinggang sudah berapa puluh ribu, bahkah boleh mencapai ratus ribu. Itu tidak termasuk organ lain dan seluruh sendi-sendi lagi. Sebab itu dikatakan kesihatan adalah "kekayaan". Awali lah pagi anda dengan penuh kesyukuran kerana masih berada dalam keadaan sihat dengan semua organ masih berfungsi, pancaindera masih berfungsi dengan baik dan masih berada dalam nikmat iman.
Di saat Siti menulis entri ini, Siti baru sahaja keluar dari hospital. Tapi bukan Siti yang sakit, tapi emak Siti yang sakit. Selama 5 hari berada di wad, macam-macam ragam orang sakit Siti tengok. Rasa ngilu dan macam-macam rasa ada. Sampai tak sanggup nak lihat keadaan mereka. Tidur mereka tidak lena, susah untuk solat tanpa bantuan ahli keluarga untuk ambil wuduk, makan tak selera dan tiada seri di wajah mereka dek kerana menanggung kesakitan yang dialami. Ada yang redha dengan ujian dan hadapinya dengan sabar, ada juga yang mengadu sepanjang malam kerana sudah tidak tahan dengan peritnya kesakitan yang dirasai. Dalam hati Siti hanya mampu berdoa moga Allah ringankan penderitaan mereka dan diberi kesihatan dan kesembuhan seperti sediakala.
Alhamdulillah emak Siti tidak seteruk mereka. Tapi pengalaman berada di wad mengajar erti bahawa betapa pentingnya menjaga kesihatan sejak usia muda dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Bahkan ini bukan lagi satu pilihan, tapi sudah menjadi satu kemestian.
Di sini Siti kongsikan 3 amalan gaya hidup sihat:
1. MENGAMALKAN CARA PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Seringkali kita dengar suara-suara nakal berbunyi, "makan dulu, sakit kemudian." Makan di sini bermaksud makan macam-macam tanpa mengambil kira faktor kalori, kolestrol, karbohidrat, protein, gula, garam yang masuk ke dalam perut kita. Kesian perut kita hendak proses makanan tanpa henti kan. Yang lebih malang, kesian kat jantung kita untuk bekerja dengan lebih keras kerana jantung sudah berat diselaputi lemak dan kolestrol. Lama kelamaan jantung akan penat dan berhenti.
Sebelum terlambat, jom kita amalkan pemakanan yang sihat dengan lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam hidangan kita dengan konsep suku-suku separuh.
Pinggan sihat Malaysia yang menekankan konsep Suku Suku Separuh merupakan teknik visual pantas yang membantu anda untuk serta merta mengenal pasti sama ada sesuatu hidangan itu sihat dan seimbang atau tidak.
Suku Suku Separuh adalah panduan pengambilan hidangan tunggal. Anda hanya perlu "membahagikan" pinggan anda seperti berikut:
- 1/4 pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh.
- 1/4 pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur
- 1/2 pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berikut merupakan contoh hidangan tempatan yang mematuhi konsep hidangan Suku Suku Separuh.
Namun begitu, perlu diingatkan juga, saiz pinggan untuk kanak-kanak adalah berbeza dengan saiz orang dewasa. Jika kita menggunakan pinggan yang besar untuk kanak-kanak. anda akan tertipu dengan konsep ini kerana portion untuk kanak-kanak adalah sedikit berbanding dewasa.
Tidak pasti tentang saiz pinggan yang betul? Berikut ialah panduan mudah:
- Dewasa- 23cm (9 inci)
- Kanak-kanak-18cm (7 inci)
Jumlah makanan yang sama atas saiz pinggan berbeza.
Kaedah Memasak Yang Lebih Sihat.
Kaedah memasak juga memainkan peranan penting dalam menentukan sihatnya sesuatu hidangan itu. Pilihlah makanan yang disediakan dengan kaedah mengukus, membakar, memanggang atau mencelur.
Sumber:Laman Web rasmi hospital Sibu
Selain daripada itu, elakkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi gula, garam, makanan berminyak, bergoreng dan bersantan terlalu kerap kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.
Banyakkan juga minum air masak atau air kosong dengan nisbah berat badan 25 : 1. Ini bermaksud 25kg berat badan untuk 1 liter air. Contohnya, jika berat badan kita 50kg, kita perlu minum air sebanyak 2 liter.
2. BERSENAM
Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi dalam tempoh 3 kali seminggu.
Jika tidak mahu berjoging atau lakukan senaman aerobik, kita juga boleh lakukan dengan hanya berjalan kaki. Setelah lelah bekerja sepanjang hari, elok juga kita berjalan-jalan di taman atau tasik sambil menghirup udara sedar. Secara tidak langsung kita dapat menjaga kesihatan mental dan emosi kita dengan melihat kehijauan alam dan mendengar kicauan burung.
senaman bersama keluarga lebih menyeronokkan
Kebaikan bersenam adalah:- Senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan tulang dan mencegah daripada kerapuhan tulang.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Mengekalkan stamina dan lebih bertenaga
- Memberi kesihatan dan kecantikan kulit kerana senaman secara konsisten boleh memberikan perlindungan antioksida dan menggalakkan peredaran darah yang sihat yang boleh melindungi kulit dan melambatkan tanda-tanda penuaan.
- Mengurangkan kesakitan kronik terutamanya bagi sakit belakang kronik.
- Meningkatkan kesihatan otak dan memori.
- Mood menjadi lebih baik.
- Tidur lebih lena.
- Meningkatkan kualiti pembacaan Al-Quran yang bagus bagi Muslim melalui peningkatan pernafasan dengan aktiviti bersenam.
3. PENGAMBILAN SUPPLEMENTS
20 tahun dulu, jika bercakap tentang supplements, masyarakat tidak terdedah dengan supplements. Bahkan saya dan keluarga sendiri pun anti-supplements. Ini disebabkan kita rasa sudah memadai dengan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam nutrisi harian kita. Kebetulan masa tu ayah menanam sayur-sayuran.Jadi meriah la rumah dengan bermacam jenis sayuran.
Tapi, dengan berlalunya masa, nutrien dalam tanah pada hari ini tidak sama dengan nutrien 20 tahun lalu. Jadi, tanaman tidak dapat nutrien secukupnya. Sayur yang kita makan hari ini tidak sesegar sayur 20 tahun dahulu dari segi nutrien nya. Oleh yang demikian, pengambilan supplements adalah penting untuk cukupkan keperluan nutrisi di dalam tubuh.
Selain itu juga, tersebarnya bermacam-macam penyakit menyebabkan "demand" terhadap supplemnts sangat tinggi sebagai immune booster dan juga sebagai ikhtiar untuk sembuhkan penyakit.
Tetapi, jika anda ingin mengambil supplemnts, anda harus berhati-hati. Jangan mengambil sebarang supplements yang akan memberi kesan negative pada jangka masa panjang.
JIka tanya Siti, Siti sangat syorkan Shaklee kerana ia selamat, berkesan dan terbukti. Pengasasnya sendiri merupakan seorang doktor perubatan iaitu Dr. Forrest C. Shaklee yang sangat komited membantu orang ramai untuk sihat dengan supplemnts berasaskan alam semulajadi. Setiap produk yang dihasilkan adalah berasaskan alam semulajdi, Bebas 2500 bahan kimia dan beyond organic. Anda boleh baca sejarah tentang Dr. Forrest C. Shaklee di SINI (tekan link) tentang bagaimana beliau mencipta vitamin pertama dunia, Vitalized minerals yang sudah berusia 108 tahun. Dan perkataan VItamin itu sendiri berasal daripada produk pertama Dr Forrest C. Shaklee iaitu VITALIZED + MINERALS = VITAMIN.
Lebih mengujakan, produk Shaklee diuji oleh saintis Shaklee tentang keberkesannya terhadap manusia dan tidak diuji terhadap haiwan. Susah nak jumpa Syarikat yang hasilkan produk yang melalui ujian oleh saintis sendiri. Kalau ada pun, tidak banyak. Ternyata betapa komitednya Shaklee nak hasilkan produk yang ternyata selamat, terbukti oleh sains dan berkesan. Shaklee menegaskan lagi, setiap produk yang dihasilkan tidak akan merosakkan walaupun 1 sel manusia. Justeru itu, anda tidak perlu ragu-ragu lagi jika ingin menggunakan produk Shaklee.
Ok, sampai di sini sahaja entri kali ini. Moga ia menjadi manfaat kepada anda dan seterusnya sedikit sebanyak menjadi KATA-KATA MOTIVASI untuk anda memilih gaya hidup sihat.
Salam sihat dan salam bahagia. 💓😄
Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:
JOIN
ATAU
contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.
Penngedar Sah SHAKLEE Anda
Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#ShakleeThrive2023
#BlogmegaShaklee
#AmalanGayaHidupSihat
#AgenShakleeKertehPakaDungun
No comments:
Post a Comment