Friday, April 7, 2023

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH


Hai,Assalamualaikum.Pada entry hari ini Siti nak kongsikan tentang vitamin untuk kulit cantik pada harga Rahmah.

Siapa tak nak cantik kan?Sebut je pasal kecantikan,mesti ia lebih dekat dengan kaum wanita. Kulit yang cantik juga meningkatkan tahap keyakinan yang tinggi. Bayangkan jika kulit kita berjerawat penuh,kusam,banyak pigmentasi serta jeragat. Mesti kita malu untuk berhadapan dengan orang kan?Silap hari bulan,officemate kita tegur,"eh,kenapa muka awak teruk sangat sekarang?terlalu stress keje ke?" Kita pun terkulat-kulat nak jawab. Hakikatnya kerja kita dengan dia sama busy je. Akibatnya, self confident kita rendah dan sukar untuk berhadapan dengan orang.Yang lebih teruk,akibat sangat malu,kita selalu mengelak untuk berurusan dengan orang menyebabkan prestasi kerja kita makin teruk. Bos mula marah-marah dan motivasi untuk datang kerja semakin menurun.Sedih kan. Padahal kita sudah mencuba pelbagai produk,tetapi tidak menampakkan kesan.

Siapa pernah alami situasi di atas?Mesti pernah kan?Jika bukan kita, mesti ada kawan atau sedara kita pernah mengalaminya. Ha,jangan risau.Hari ini Siti nak kongsikan vitamin yang dapat memulihkan kulit supaya lebih berseri-seri. Tiada lagi masalah kulit yang menghantui kita khususnya kaum wanita. Dan yang lebih mengujakan,vitamin ini boleh didapati dengan harga Rahmah tau. Sebut je harga Rahmah,mesti terpahat dalam kepala kita ia murah. Walaupun murah,kita hendaklah mencari vitamin yang sememangnya selamat,terbukti dan berkesan. Di Shaklee,ia ada semua ciri-ciri tersebut.

Ok,dah tak sabar nak tau apa itu vitamin kulit cantik harga Rahmah ni..Vitamin ini terbahagi kepada dua,iaitu Vitamin C dan Esp(Energizing Soy Protein).

VITAMIN C

Setiap daripada kita sangat memerlukan vitamin C.Tubuh badan manusia tidak dapat mengeluarkan Vitamin C dengan sendirinya.Jadi kita memerlukan pengambilan nutrien dari luar. 



Banyak jenama vitamin di pasaran.Tapi kita harus bijak memilih supaya vitamin yang kita makan itu tidak memudaratkan kita pada masa akan datang. Mungkin kita tidak nampak kesannya sekarang,tetapi kita akan mulai rasa kesannya pada 10,15 atau 20 tahun akan datang. Tidak hairan jika kita dengar ada produk supplements ditarik balik setelah 10 tahun berada dalam pasaran. Ini kerana produk tersebut dikaji semula oleh KKM setelah menerima banyak aduan daripada orang ramai.Tidak perlu umumkan jenama apa di sini. Cukuplah para sahabat tahu adanya produk sebegitu.

Di Shaklee, setiap produknya telah melalui ujian kualiti lebih 100,000 ujian setiap tahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk. Lebih 300 juta USD dilaburkan dalam ujian klinikal,penyelidikan,dan pembangunan. Juga lebih 100 kertas saintifik diterbitkan(90 daripadanya diterbitkan dalam terbitan penilaian sejawat). Falsafah Dr.Forrest C.Shaklee sendiri "patuhi hukum alam semulajadi dan anda tidak akan tersilap langkah" menyebabkan produk Shaklee mempunyai kualiti melangkaui organik atau Englishnya beyond organic. Istimewanya lagi,ia mempunyai saintis sendiri.Wow,hebat kan.Susah kita nak temui syarikat yang mempunyai saintisnya sendiri.Tak hairan lah kenapa produk Shaklee sentiasa selamat,terbukti dan berkesan.

Ok, sekarang kita tak was-was dah kan nak menggunakan produk Shaklee ni?Di sini Siti nak kongsikan kenapa sahabat harus memilih vitamin C Shaklee.

  • Menggunakan teknologi "Sustained Release" yang melepaskan 100mg vitamin C ke dalam badan untuk setiap 1 jam. Badan kita hanya mampu menyerap 100 hingga 200mg sahaja dalam satu masa. Jangan ambil vitamin yang tiada teknologi ini kerana ia adalah satu pembaziran.
  • Diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoid sitrus yang akan meningkatkan keberkesanannya.
  • Nutrisi setiap 1 tablet vitamin C 500mg bersamaan dengan 7.5 biji oren atau 6 cawan brokoli atau 119 biji lobak merah.
  • Dihasilkan daripada ekstrak jagung yang lembut pada perut dimana ia sangat sesuai bagi sesiapa yang mempunyai perut sensitif.
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat untuk diambil dalam jangkamasa panjang dan terbukti melalui ujian saintifik.
  • Setiap tablet mempunyai 500mg dimana ia akan dilepaskan secara berperingkat ke dalam badan sebanyak 100mg selama 5 jam. Jadi badan kita akan mendapat bekalan vitamin C secara berterusan.
Bagi haiwan, mereka tidak memerlukan vitamin C seperti manusia kerana mereka dapat mengahasilkan vitamin C dari badan mereka sendiri.Jika tidak,banyak pula supplements kena beri kepada haiwan dan menjadi satu beban pula terutamanya kepada pencinta haiwan kan? Betapa hebatnya ciptaan Tuhan.


Mari kita saksikan bagaimana kesan vitamin C kepada kulit dan tubuh badan kita.
Experimen ini menggunakan sebiji epal yang dipotong dua.Satu bahagian direndamkan ke dalam bekas mengandungi vitamin C Shaklee (Epal A) dan satu bekas lagi direndam tanpa vitamin C (Epal B). 

Hasilnya:

Selepas hari pertama,Epal A masih segar. Tetapi Epal B sudah menunjukkan tanda-tanda pengoksidaan.

Selepas hari kedua,Epal A masih segar,Tetapi Epal B sudah bertukar warna perang.

Hari ketiga, Epal A masih segar. Tetapi Epal B sudah mengecut.

Hasil ujian ini membuktikan vitamin C sangat penting untuk kecantikan dan kesihatan kita.Bukan sahaja untuk kulit,tetapi vitamin C sangat penting untuk sistem imunisasi dan tulang kita.

Eksperimen Epal mewakili kulit 


ESP(Energizing Soy Protein)

Protein sangat penting dalam pembinaan sel.Daripada sel akan terbentuknya tisu ,dan seterusnya akan membentuk organ dan sistem dalam tubuh badan kita.


Protein boleh didapati daripada sumber haiwan seperti daging,telur,ayam dan ikan.Tetapi protein terbaik adalah daripada tumbuhan kerana rendah lemak dan tidak mempunyai kolestrol berbanding daripada protein dari sumber haiwan. Rajah di bawah menunjukkan perbezaan protein berasaskan tumbuhan berbanding haiwan.


Jadi,apa kaitan dengan ESP?Untuk pengetahuan sahabat pembaca,ESP adalah protein berasaskan tumbuhan.Ia diperbuat daripada kacang soya non-GMO.Ramai orang bercakap pasal GMO.Apakah GMO itu?

GMO adalah  Genetically Modified Organism atau "pengubahsuaian organisma secara genetik". GMO bermaksud pengubahan genetik sesuatu organisma kepada bentuk baharu dengan cara mengeluarkan satu gen atau lebih gen terhadap DNA organisma lain seperti bakteria,virus,binatang atau tumbuhan dan menggabungkannya ke dalam DNA tumbuhan yang hendak diubahsuai.

Sebagai contoh, ahli sains dari Mosanto melalui kejuruteraan genetik memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus thuringiensis atau singkatannya Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai. Maka terbentuklah satu variasi gen jagung yang baharu,kuat dan tahan serangan penyakit.

Teknologi GMO ini bertujuan supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan makanan ini baik, kukuh, kuat, dan tahan rintangan penyakit,juga untuk mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti.

Namun begitu, GMO mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan dan juga alam sekitar. Antaranya ialah kesan alahan pada tubuh badan. Hal ini berlaku dalam kejuruteraan makanan yang mana menggabungkan mana-mana bahan gen melalui sesuatu yang mengakibatkan alahan pada seseorang manusia.Selain itu manusia akan terdedah kepada risiko kanser dan risiko penghasilan bakteria tahan antibiotik

Selain kesan buruk GMO kepada manusia, ia juga memberi kesan buruk kepada alam sekitar iaitu ia membunuh serangga pendebungaan. Tumbuhan GMO mampu mendebunga tumbuhan dari spesis asli.

Sekarang kita sudah faham kan kenapa pentingnya untuk mengambil makanan non-GMO.

Mari kita saksikan kenapa kita perlukan protein dan kelebihan ESP Shaklee.


Kenapa kita perlukan protein



Kelebihan Protein Soya Shaklee (ESP)


PENGALAMAN SENDIRI

ESP dan Vitamin C adalah gabungan yang baik dalam set vitamin kulit untuk kelihatan sentiasa cantik dan berkeyakinan. Siti sendiri pernah mengalami alahan yang teruk pada kulit. Peristiwa ini terjadi pada tahun 2020. Masa itu covid melanda dunia. Dan Malaysia turut tidak terkecuali menerima ujian covid-19 ni. Maka kerajaan mewajibkan semua rakyatnya untuk memakai mask di luar rumah.

Hasil dari pemakaian mask inilah terjadinya alergi pada kulit muka walaupun mask ditukar dengan kerap. Gambar di sebelah kanan itu menunjukkan muka breakout,jeragat, jerawat batu, kering dan kusam. Siapa tak risau kan bila kulit yang sihat tetiba menjadi breakout teruk. Tambahan pula ramai yang tegur kenapa muka teruk sangat. Dah la hari-hari kita berurusan dengan ramai orang. Memang masa tu self confident dengan self esteem sangat rendah. Dari situlah Siti mula mencari vitamin yang terbaik pada kulit dengan harga mampu milik. Yang lebih  penting, bukan stakat berkesan, malah selamat untuk jangka masa panjang.Badan kita amanah Allah. Jadi kena jaga betul-betul. Ini peringatan untuk diri sendiri juga.😊 

Alhamdulillah, hasil konsisten makan vitamin C dan ESP serta night cream Shaklee, kulit mula beransur pulih dan boleh dikatakan pulih sepenuhnya (Gambar kiri). Gambar di kiri  tidak make-up. Dan biasanya saya pergi kerja tak make-up. Hanya pakai foundation nipis dan lip ice sahaja. Lebih mengujakan, ada orang tegur saya makin cantik .Ha, kembang semangkuk.😂 Tapi yang lebih penting kita sihat. Cantik itu bonus. Bila kulit sihat dan cantik, keyakinan pun bertambah. Nak yakin?Gunalah Shaklee.😀


TESTIMONI PENGGUNA

#TESTIMONI 1


"Gambar ni tahun 2018. Confirm tak pernah lagi cuba Set Cantik Shaklee time ni. Selalu terima ayat ni "Alah kulit ko tak teruk sgt bolehlah, tak ada jerawat besar dan tak ada parut sana sini."
Walau Ekin tak ada masalah kulit yang teruk macam jerawat atau parut pun, korang ingat seronok ke kulit kusam camni? Super keringnya sampai boleh main kopek²lah, pakai moisturizer apa pun tak jalan time tu. Bab pori pori super besar tu berat lagi bahu memikul. Pakai FD pun rasa tak smooth dan rasa tak yakin nak makeup² lagi. Dah tentu² lah nampak macam orang sakit kalau tak makeup langsung. Ingat larat ke nak cover hari hari pakai makeup?Dok fikir camne nak dapatkan kulit yang cantik and glow walau tanpa bantuan makeup. Dalam masa yang sama, waktu tu Ekin anti suplemen.

Akhirnya buang ego, cari info sikit bab suplemen Shaklee and now my skin result. Since 2018 consume Set Cantik Shaklee ni. Alhamdulillah, semua dengan Izin Allah. Tq Shaklee sebab keluarkan produk yang selamat, semulajadi dan berkesan🤩

Now keluar mana² pun kadang just pakai Youth Toner + Youth Moisturizer je. Kadang add on dengan Youth BB Cream. Love sangat dengan my skin sekarang."

#TESTIMONI 2

#TESTIMONI 3



#TESTIMONI 4

Best sangat kan Vitamin C dan ESP ni? Sempena bulan April ni, Shaklee ada buat promosi Vitamin kulit pada harga Rahmah. Semua orang mampu memilikinya. Boleh juga baca di sini tentang vitamin Rahmah terbaik untuk B40 by Shaklee.


SET A: 



1 Sustained Release Vita C Plus

            1 ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

             RM 99 [NP RM 231, Jimat RM 132]

             Free Membership berharga RM35

             TOTAL JIMAT: RM 167


SET B: 



2 Sustained Release Vita C Plus

            2 ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

             RM 188 [NP RM 462, Jimat RM 274]

             Free Membership berharga RM35

Free Postage

             TOTAL JIMAT: RM 319


SKINCARE




Ok. Sekian dulu untuk entry kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi pada entry akan datang.Jika sahabat pembaca nak VItamin boleh contact Siti ye:


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...