Thursday, August 24, 2023

5 VITAMIN UNTUK WANITA YANG WAJIB ADA. NO.5 SANGAT POWERFUL


 "Wanita adalah tonggak kebahagiaan keluarga." Pernah dengar ayat ini? Wanita merupakan seorang isteri, ibu, chef di rumah, pengasuh & pendidik kepada anaknya, menteri kewangan dalam keluarga, ustazah bagi anak, cleaner, dan tukang kebun. Ha, banyak kan tugas sebagai seorang wanita. Jika jasad bernama wanita ini jatuh sakit, maka akan berubah lah suasana rumah dari ceria kepada suram. Selain penjagaan diri dari luaran, wanita perlukan vitamin setiap hari demi menjaga kesihatan diri dan keluarga. Teruskan membaca untuk mengetahui  VITAMIN UNTUK WANITA YANG WAJIB ADA . NO.5 SANGAT POWERFUL👩😊


Wanita, sayangilah diri anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi orang lain. Jika anda sihat dan ceria, maka anda akan dapat melakukan urusan kerja hakiki dan menguruskan keluarga dengan baik. Anda akan menyebarkan aura positif dan ceria. Percaya atau tidak, jika emosi anda tidak stabil, anda akan membuatkan seisi keluarga menjadi stress dan suasana dalam rumah tangga dari ceria menjadi kelam dan suram.

Kesibukan sebagai seorang wanita menguruskan keluarga ditambah lagi dengan kerja hakiki di pejabat bagi yang bekerja, membuatkan seseorang itu tidak ada masa untuk diri sendiri. Keadaan ini membuatkan wanita menjadi stress dan kulit mula kusam dan tak bermaya. Ia juga memberi kesan kepada kesihatan wanita.


Cabaran bagi seorang wanita di usia 25 tahun hingga 40 tahun adalah kesibukan menguruskan rumah tangga sehingga tidak mendapat rehat yang cukup, berat badan semakin bertambah, mula menampakkan garis-garis halus di wajah dan di sekitar mata dan sering kelihatan letih dan lesu kerana banyak tenaga dihabiskan untuk melakukan kerja-kerja harian.


Tidak kira siapapun ada, apa latar belakang anda, anda akan melalui fasa umur muda sehingga meningkat dewasa dan seterusnya berada di fasa usia tua atau usia emas. Umumnya insan yang bergelar wanita adalah yang berumur 20 tahun ke atas. Pada usia awal 20-an hingga 25 tahun, golongan ini adalah di kalangan wanita di usia muda. Pada usia 25 tahun hingga awal 40-an, wanita ketika ini secara kebiasaannya adalah di kalangan yang sibuk menguruskan rumah tangga dan mempunyai anak. Manakala, pada usia 40 tahun ke atas, wanita perlukan lebih banyak masa untuk diri sendiri bagi kehidupan yang lebih sihat. 


Atas faktor kesibukan dengan tugasan dan aktiviti harian, maka wanita perlukan vitamin untuk menampung jurang nutrisi daripada pengambilan makanan harian. Vitamin ini penting supaya sebagai seorang wanita, anda akan sentiasa kelihatan berseri, yakin, penuh bertenaga, sangat positif dalam menjalani kehidupan harian kekal bersemangat.


Vitamin yang sangat bagus dan sangat sesuai untuk diambil oleh wanita bagi semua peringkat umur selain vitamin C yang selalu kita dengar adalah:

✅Vitalize

✅GLA Complex

✅Omega

✅Ostenutrix

✅Vivix


1. VITA-LIZE



Apa itu Vita-Lize? Seakan-akan panggil nama kawan pulak kan. "Lize".  Vita-Lize berasal daripada Vitalized Mineral dalam bentuk cecair apabila ia diperkenalkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1915. Ia merupakan supplemen multivitamin dan multimineral daripda Shaklee. 


Seiring dengan beredarnya waktu, produk ini telah melalui penambahbaikan dari masa ke semasa dan telah berada di pasaran sudah 108 tahun. Wow, lama dah kan multivitamin ni. Usia manusia yang normal pun tidak sampai camni.



KEBAIKAN VITA-LIZE

Multivitamin Vita-Lize sangat banyak manfaatnya jika diambil secara berterusan.

Antara manfaat yang diperoleh ialah:

❤Setiap tablet lengkap dengan 25 jenis nutrisi untuk keperluan harian. Ini dapat mengisi jurang nutrisi harian yang tidak diperoleh daripada makanan yang kita makan.

❤Meningkatkan tahap tenaga dalam badan bagi seseorang individu.

❤Menambah baik mood dan menjaga emosi.

❤Mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

❤Membantu penghasilan sel darah merah.

❤Membantu perkembangan hormon yang sihat.

❤Menyokong pembentukan tulang dan gigi.

❤Memberikan kulit dan rambut sihat.

❤Bantu mempercepatkan penyembuhan luka.

❤Memelihara fungsi saraf dan sel otot.

❤Tingkatkan sistem imun badan.

❤Meningkatkan daya fokus dan ingatan.



Boleh baca mengenai Vita-Lize dengan lebih lanjut di link ini:



 2. GLA COMPLEX 




Gla atau asid lemak omega 6 diperolehi daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semulajadi dalam bentuk mudah diserap.

Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega 6), minyk biji bunga matahari(satu lagi sumber asid lemak Omega 6) dan vitamin E untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan kulit.

GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin iaitu bahan yang mengawalatur pelbagai proses tubuh.Malah ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.

3. OMEGA









4. OSTENUTRIX




5. VIVIX





Ok, sekian saja yang entry untuk kali ini. Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dan menemui anda sentiasa dalam kesihatan dan kemanisan iman. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh klik link di bawah ya. 

Salam sihat dan bahagia. ❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#VitaminUntukWanita

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647




DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA KETIKA RESAH GELISAH

 

"Wanita..hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah..." Pernah dengar lagu ini?Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid inteam.. Tapi bagaimana kita nk jadi wanita solehah yang akan membahagiakan Syurga di dalam rumah tangga jika jiwa dan hati kita sering resah gelisah? Ekoran daripada itu pasti kita akan membuat tindakan yang akan merosakkan suasana rumah tangga. Bahagia yang dicari,tetapi derita yang menyapa. Maka dengan itu, hari ini Siti nak kongsikan DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA ketika resah gelisah.


Tenang...itulah kunci utama kebahagiaan hati. Tapi bagaimana nak tenang jika saban hari ujian demi ujian datang menyapa bagai jatuh ditimpa tangga?Bagaimana nak tenang jika terpaksa memikul beban yang kadang kala kita tak sanggup untuk memikulnya? Bagaimana nak tenang jika mulut secara tak sengaja sudah mula bersungut itu ini. Ketika iman di hati sudah mula goyah dan mula mempersoalkan takdir?


Sahabat,pertama sekali ucapkanlah Innalillah dan disusuli dengan ucapan hauqalah.Lahaulawalaquwwataillabillah..kita milik Allah..Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan dan pertolongan Allah.


Tarik nafas sambil minta dengan Allah diberi ketenangan.

Tarik nafas.. tahan(sambil istighfar,minta ketenangan hati)..lepas..

Buat berulang kali jika nafas pertama tak mampu membuatkan anda tenang.

Banyakkan istighfar, selawat..


Penting untuk kita berada di dalam situasi tenang supaya kita dapat berfikir dengan waras. Banyak jalan akan terbuka dan banyak masalah yang akan selesai jika kita berada dalam keadaan tenang. 

Berfikir dalam keadaan penuh emosi akan memburukkan lagi keadaan. Penting untuk kita yakini bahawa setiap kesulitan beserta dengan kemudahan. 

Boleh klik link di bawah ini untuk baca motivasi diri👇:

Kata-kata motivasi untuk hidup bahagia.


Selain daripada itu, suka Siti kongsikan kepada sahabat pembaca 3 doa yang mudah untuk kita amalkan..


1. Surah al-Kahfi ayat 10




Ayat ini sangat mudah untuk kita hafal kerana ia sangat pendek. Bagi sesiapa yang menghafal surah kahfi 10 ayat yang pertama, ia sangat mudah untuk dituturkan. Cuma perlukan kefahaman yang lebih tentang khasiat ayat ini.

Menurut ustaz Adi Hidayat sepertimana di dalam video di atas, ayat ini sangat powerful. Membaca sahaja ayat ini, satu yang kita minta, tetapi semua Allah kabulkan.

Tidaklah seorang Muslim pun yang berdoa dengan sebuah doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturrahim, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara:

1. Allah akan mengabulkan doanya dengan segera.Terkadang juga,Allah tak bagi apa yang kita minta tetapi Allah bagi yang lebih baik daripada apa yang kita minta.

2. Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) di Akhirat kelak.

3. Allah kabulkan doa kita dengan memalingkan daripada kita keburukan seumpamanya.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) mengenai Aku,maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu." 

(al-Baqarah,2:186)


Maka dengan itu, yakinlah bahawa Allah akan kabulkan doa kita walau dalam keadaan apa sekalipun. Pahatkan dalam hati bahawa setiap kali berdoa, doa kita didengari Allah dan akan dikabulkan Allah.


2. Surah Ghafir ayat 44


Doa ini Siti dapat dari salah satu koleksi ceramah ustazah Asma' Harun. Bila kita serahkan bulat-bulat semua urusan kita kepada Allah,hati kita akan menjadi tenang. 

Doa ini boleh diamalkan tatkala kita bersedih ditimpa ujian.  Ia boleh dibaca selepas solat atau bila-bila masa sahaja.

In shaa Allah, moga dengan ikhtiar amalan surah al-Ghafir ini kita masih mampu tersenyum dan tabah dalam menghadapi apa jua ujian yang datang.

Kekuatan surah al-Ghafir ini, ia dapat memujuk hati untuk sentiasa ikhlaskan diri dalam apa jua keadaan untuk mencapai ketenangan dan redha. 


3.  Surah al-Baqarah ayat 201



Doa ini selalu kita baca selepas solat kan? Tetapi berapa ramai yang menghayati doa ini.

Dari pembacaan Siti yang dapat Siti kongsikan di Sini, doa ini sangat powerful kerana ia merupakan doa untuk meminta kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat.

Kebaikan di dunia meliputi:

💓  Hati yang selalu bersyukur.

  • Hati yang selalu bersyukur boleh diklasifikasikan selalu menerima dengan lapang dada sehebat apa pun ujian yang menimpa diri kita, juga menerima sepahit apa pun ujian tersebut. Maka dengan itu, hati yang selalu bersyukur menjadi kriteria kebahagiaan dunia, kerana dengannya kita akan selalu syukur jika diberikan kebaikan dan sabar jika ditimpa kesulitan. 

       Bukankah sikap seperti ini akan membuat kita bahagia? 


💓 Jodoh yang soleh

  • Memiliki jodoh yang soleh dan solehah menjadi idaman setiap insan. Jodoh yang soleh menjadi penyejuk mata dan penenang di hati saat kita sedang menghadapi cabaran hidup, pengembira saat sedih, pelindung saat kita menghadapi kesulitan. Mereka akan mententeramkan hati kita dengan mengingatkan kita selalu kembali kepada Allah walau dalam apa keadaan sekalipun. Bukankah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang?
  • Namun perlu juga diingati terkadang jodoh juga menjadi ujian kepada kita.Contohnya Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s mendapat isteri yang tak solehah.
  • Begitu juga dengan Asiah mendapat suami sezalim Firaun. Tetapi kerana teguhnya iman di hati Asiah menjadikan beliau tersenarai 4 wanita penghulu Syurga selain Mariam(Ibu Nabi Isa a.s), Siti Khadijah (isteri Rasulullah s.a.w), dan Fatimah( Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w). Maka dengan itu, berdoalah agar anda dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah sehingga  dapat meraih kebahagiaan dunia.


💓 Keturunan yang soleh

  • Mempunyai keturunan yang soleh dan solehah menjadi idaman bagi seorang yang bergelar ibu dan bapa. Anak adalah amanah Allah. Maka sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak supaya mengenal Allah dengan memberikan didikan agama yang terbaik, memberi nama yang baik dan memberikan kasih sayang yang sewajarnya. 
  • Anak yang soleh dan solehah menjadi penyejuk mata kepada ibubapa.
  • Anak yang soleh solehah akan sentiasa mendoakan ibubapa samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.


💓 Lingkungan pergaulan yang soleh

  • Persahabatan atau pertemanan akan banyak mempengaruhi cara kita berfikir, bersikap dan pegangan kita dan juga mencerminkan peribadi kita. Oleh kerana itu, beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai lingkungan yang positif dan mempunyai sahabat yang soleh dan solehah. 
  • Sahabat yang soleh dan solehah akan sentiasa menarik kita ke arah kebaikan. 


💓 Harta yang halal

  • Salah satu kebahagiaan di dunia adalah mendapatkan harta yang halal. Maka dengan itu, haram jika harta yang diperolehi dengan cara merompak, rasuah,mencuri serta peras ugut kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
  • Harta yang halal memberi ketenangan hati.Manakala harta yang haram sering mengundang kegelisahan jiwa.


💓 Ilmu yang bermanfaat

  • Ilmu yang bermanfaat dapat menyelamatkan sesorang individu dari segala tipu daya duniawi.
  • Ilmu di dada juga dapat membimbing seseorang ke jalan yang diredhai Allah.
  • Tiga amalan yang terus mengalir pahalanya walaupun kita sudah meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, doa anak yang soleh dan sedekah jariah.


💓 Umur yang berkat

  • Kita bukan sahaja mahukan umur yang panjang tetapi juga umur yang berkat.
  • Umur yang berkat bermaksud walaupun kita mempunyai umur yang pendek tetapi kebaikan yang kita buat dapat dimanfaatkan oleh orang lain dan pahalanya sentiasa mengalir.
  • Contoh imam as-Syafie. Walaupun mempunyai umur hanya 54 tahun, tetapi ilmunya tetap mengalir sampai ke hari ini. 


Kebaikan di Akhirat

Kebahagiaan di Akhirat pula merangkumi permohonan Syurga, ketenangan jiwa, kemudahan hisab, keselamatan daripada api Neraka, perlindungan daripada segala dosa dan larangan, serta terhindar daripada perkara syubhat dan haram. 

Kebaikan yang diperoleh di Akhirat merupakan kebahagiaan hakiki kerana Akhirat adalah destinasi terakhir kita sebagai 'musafir' dan ia juga destinasi yang kekal abadi.


Sahabat, dalam kehidupan kita, syarat pertama untuk bahagia adalah tenang. Dan ketenangan itu di mana? Tenang itu di hati..

"Hanya dengan mengingati Allah jiwa kamu akan menjadi tenang"




Sampai di sini sahaja entry untuk kali ini. Moga ia memberi manfaat kepada anda. Terima kasih kerana sudi membaca sampai ke akhirnya. Moga anda sentiasa dilimpahi ketenangan, kebahagiaan dan kesihatan. Aamiin..


Akhir kalam,

"Wanita, anda terlalu berharga. Hidup ini terlalu singkat untuk berdendam, berkelahi dan bermusuhan. Juga terlalu singkat untuk dihantui dengan perasaan resah gelisah. Serahkan segala-galanya kepada yang Maha Esa. Kerana DIA lebih mengetahui akan keadaan diri kita melebihi diri kita sendiri "

Don't stress stress ok. 😊


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh klik link di bawah ya. 

Salam sihat dan bahagia. ❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#DoaYangBagusUntukWanita

#DoaYangBagusUntukWanitaKetikaResahGelisah

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647


Saturday, August 5, 2023

BADAN BERTENAGA DAN CERGAS DENGAN COQ-TROL PLUS SHAKLEE


Pernah tak anda bangun pagi terasa lesu dan tidak bermaya? Badan seolah-olah tidak bertenaga untuk melakukan aktiviti harian? Tapi tahukah anda dari manakah badan anda dapat menghasilkan tenaga untuk membolehkan anda kelihatan bertenaga dan cergas sepanjang hari? Hari ini Siti nak kongsi bagaimana ia terjadi dan apa manfaat COQ-TROL PLUS dalam memberikan tenaga kepada badan.


APA ITU COENZYME Q10 (CoQ10)?



✅CoQ10 merupakan nutrien antioksidan

✅ Ia dihasilkan semulajadi oleh tubuh badan kita dan akan berkurangan sejajar dengan peningkatan usia.

✅CoQ10 adalah sejenis nutrien larut  dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel.

✅ CoQ10 merupakan KOMPONEN PENTING UNTUK HASILKAN TENAGA. Ia bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga di setiap sel.

✅ Didapati dalam mitokondrion (kilang tenaga untuk sel / stesen janakuasa sel).

✅ Ia bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP).


BAGAIMANA CoQ10 BERFUNGSI BERSAMA POLIFENOL?



Polifenol merupakan antioksida yang akan meningkatkan kuantiti mitokondria di dalam sel.

✅ CoQ10 akan meningkatkan penghasilan tenaga dalam mitokondria

Nak mudah faham, polifenol diibaratkan sebagai penambah bilangan kilang. Manakala CoQ10 pula diibaratkan pekerja kepada kilang tersebut di mana 'kilang' tersebut adalah pusat janakuasa sel yang akan memberikan tenaga kepada tubuh badan kita. 


MENGAPA CoQ10 PENTING?


1. CoQ10 Meningkatkan Tenaga




✅ Menyokong gaya hidup aktif anda.

✅ Kekal bertenaga sepanjang hari.

✅ Meningkatkan kekuatan otot.

✅ Mempercepat proses pemulihan luka.


2.  Memperbaiki Peredaran Darah Sihat




CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling bnayak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan.

✅ Menguatkan otot-otot jantung.

✅ Menjadikan peredaran darah yang sihat untuk jantung.

✅ Mengurangkan risiko penyakit jantung.

✅ Tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil statin (ubat cair darah) kerana pengambilan statin menyebabkan penghasilan CoQ10 dalam badan berkurangan sebanyak 40%.

✅ Mengurangkan keradangan pada salur darah

✅ Menurunkan paras trigliserida dan tekanan darah.


3. Sebagai Kesihatan Kesuburan Lelaki Dan Wanita



✅ Perlindungan Antioksidan

***Bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sperma daripda kerosakan radikal bebas dan meningkatkan jumlah sperma.

Meningkatkan tenaga

***Semakin banyak Coenzyme Q10 dalam mitokondria, semakin cepat pergerakan sperma.

*** Bilangan mitokondria paling tinggi adalah di bahagian 'leher' sperma.

✅ Memperbaiki kualiti ovum bagi wanita.

✅ Peluang tinggi untuk persenyawaan.


4. Untuk Kulit Berseri

Kecantikan itu tidak kekal. Oleh kerana itu, kita tak pernah jemu menjaga kulit siang dan malam dengan harapan dapat menghapuskan tanda-tanda penuaan. Tapi jangan bimbang, kulit yang cantik boleh menjadi milik anda dengan nutrien yang tepat seperti Coenzyme Q10 (CoQ10 ).

 Jumlah antioksida ini adalah tinggi di dalam epidermis kulit ia berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada pellbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan banyak lagi. Walaupin badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurang sekitar umur 20an dan pengambilan supplemen CoQ10 sangat digalakakn.

Kulit tegang dan kurang kedutan.

✅ Kulit lebih halus.

✅ Mengekalakan keanjalan kulit.

✅ Kulit kelihatan lebih muda dan sihat.


5. Ketajaman Minda


✅Usia yang menigkat menyebabkan  tahap CoQ10 semakin berkurangan. Dengan pengambiilan CoQ10, ia menyokong daya fungsi sel otak.

✅Penyakit Alzheimer  disebabkan oleh plak amyloid dalam sel-sel otak. Dengan pengambilan CoQ10, ia bertindak sebagai antioksidan pelindung neuron, mengurangkan plak amyloid.

✅ Lebih fokus dan peka.

✅Kurangkan risiko betkaitan dengan Alzheimer dan Parkinson.

✅Tingkatkan daya ingatan.

✅Tingkatkan keupayaan pembelajaran.


MENGAPA KITA PERLUKAN CoQ10?


1. Jumlah CoQ10 Berkurangan Mengikut Usia


Tubuh kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini mula menurun pada usia 20 tahun dan berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun dan berterusan hingga usia 80 tahun.


2. Nutrien Dalam Makanan Tidak Mencukupi 


✅Faktor pemakanan seharian kita yang tidak mempunyai nutrisi lengkap menjejaskan penghasilan CoQ10 oleh tubuh badan kita kerana tubuh badan kita memerlukan vitamin dan mineral untuk menghasilkan CoQ10.

✅ Pengambilan ubat statin (ubat untuk cairkan darah) akan mengurangkan penghasilan enzim HMG-CoA (terbentuk sebelum CoQ10 dihasilkan).

✅ Pengambilan ubat statin akan mengurangkan penghasilan CoQ10 dalam badan sebanyak 40%.

✅ Pencemaran di sekeliling kita juga menyebabkan tekanan oksidatif mengurangkan keupayyan badan untuk menghasilkan CoQ10.


Tahukah Anda?


Untuk fungsi badan yang optima, anda disyorkan untuk mengambil 100mg CoQ10 setiap hari.


Untuk mendapatkan 100mg CoQ10 melalui pemakanan seharian, anda perlu makan dalam sehari:

🍲 100 sudu makan minyak kanola ATAU

🍲 3kg daging merah ATAU

🍲 3.3kg kacang ATAU

🍲 100 cawan brokoli rebus


Persoalannya: Mampu ke kita nak makan sebanyak ini dalam sehari?


MEMPERKENALKAN CoQ-TROL SHAKLEE


✅CoQ-Trol PLus adalah supplemen CoQ10 yang diperlukan oleh badan.

✅Coq-Trol Plus Shaklee membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.

✅Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi denagn sistem penghantaran minyak zaitun.

✅Merupakan formulasi berpaten untuk meningkatkan penyerapan CoQ10.

✅Mempunyai no paten: MY-139379-A




Setiap kapsul Coq-Trol Plus Shaklee mengandungi:

✅Coenzyme Q10 (ubidecarenone) 100mg

✅Campuran Tokoferol 5.5 mg

✅Resveratrol (dari ekstrak Plygonum cuspidatum root) 2mg


Saranan Penggunaan:

💓Untuk dewasa sahaja

💓Ambil 1 kapsul sekali sehari dengan makanan.

💓30 kapsul/ 30 sajian



KEBAIKAN CoQ-TROL PLUS



CoQ-Trol Plus Shaklee mempunyai kebaikan seperti berikut:

💓Membantu kekal bertenaga.

💓Memperbaiki jerawat dan kesan parut pada kulit.

💓Memperbaiki peredaran darah yang sihat.

💓Mengekalkan kolestrol yang sihat.

💓Menguatkan otot jantung.

💓Memberi tenaga untuk penghasilan dan pembaikan sel kulit.

💓Meningkatkan pergerakan sperma.

💓Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit.

💓Melambatkan proses penuaan kulit dan badan.

💓Meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran.



KELEBIHAN CoQ-TROL PLUS




CoQ-Trol Plus Shaklee mempunyai keistimewaan seperti berikut:

✅Mempunyai kepekatan tinggi (100mg) CoQ10.

✅ 1 kapsul Coq-Trol Plus mempunyai 100mg CoQ10 adalah bertepatan dengan kadar nutrien CoQ10 yang diperlukan oleh badan sehari.

✅Mempunyai kombinasi 2mg Resveratrol yang bertindak sebagai antiradang dan antioksida.

✅Kombinasi 5mg Tokoferol sebagai antioksida.

✅Mempunyai sisten penyerapan minyak zaitun dipatenkan untuk penyerapan unggul.

✅Bebas gluten


Ok, sekian saja yang entry untuk kali ini. Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dan menemui anda sentiasa dalam kesihatan dan kemanisan iman. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh klik link di bawah ya. 

Salam sihat dan bahagia. ❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BadanBertenagaDanCergas

#CoQ-Trol Plus Shaklee

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647



KEBAIKAN VITAMIN E YANG RAMAI TAK TAHU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pembaca. Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti. Hari ini Siti nak berkongsi tentang KEBAIKAN VITAMIN E YANG RAMAI TAK TAHU. Ha, biasa kita sinonim dengan vitamin C je kan. Hari ini kita berkongsi tentang vitamin E pulak. Tak kenal, maka tak cinta.Teruskan membaca ya. 😊


APAKAH VITAMIN E?


Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut-lemak.

Vitamin E mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas ini berpunca daripada cahaya matahari, stress, pemakanan yang tidak sihat seperti makanan yang diproses seperti sosej, burger kerana terdapat bahan pengawet dan perasa. Radikal bebas ini akan rosakkan DNA dan sel-sel badan kita yang menyebabkan penuaan ini berlaku. BIla DNA banyak yang rosak, sel kanser akan terjadi.

Selain itu, vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan dan organ-organ tubuh untuk berfungsi.

Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.



Di dalam vitamin E terdapatnya Selenium. Apakah fungsi Selenium ini?

Selenium berfungsi dalam:

💓 Membantu tubuh dalam menghasilkan protein khas yang berperanan dalam mencegah kerosakan sel.

💓 Membantu fungsi kognitif (pembelajaran).
💓 Meningkatkan sistem imunisasi badan.
💓 Memelihara kesuburan pada wanita dan lelaki.
💓 Menyumbang dalam penghasilan DNA.

SUMBER MAKANAN VITAMIN E


Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan seperti:
  • Minyak sayuran
  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Kekacang
  • Biji-bijian dan semua bijirin
  • Beras perang
  • Jagung
  • Telur
  • Rumpai laut
  • Susu
  • Oat
  • Kacang soya
  • Ubi kentang
  • Gandum


TIPS MEMILIH SUPPLEMENT 
VITAMIN E YANG TERBAIK


✅Sekiranya anda ingin memilih supplement vitamin E, pastikan vitamin E itu dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf 'd' kecil (d-alfa-tocoferol). JIka ada huruf 'l' atau 'dl' menunjukkan ia  dari sumber kimia atau tiruan.

✅Tips kedua anda harus cari perkataan mixed tocopherol dalam label.

✅Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium iaitu sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat. Ia beri kerjasama untuk menyokong fungsi Vitamin E.


KANDUNGAN NUTRISI VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE


VItamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Bagi Siti sekeluarga, kami sangat suka dengan produk Shaklee yang semestinya selamat, terbukti dan berkesan. Maka, vitamin E pun Siti syorkan vitamin E dari Shaklee. 

Setiap 1 kapsul vita-E Complex Shaklee mengandungi:

✅400IU Vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

✅65mcg Selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

✅39.4mg Ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

Tahukah anda? 

Untuk mendapatkan 400IU Vitamin E, anda perlu mengambil 11 cawan minyak kacang soya ATAU hanya 1 kapsul vitamin E Shaklee.


SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN E?


Individu yang perlukan Vitamin E adalah individu yang:

👩👨 Muka berjerawat
👩👨 Muka berjeragat
👩👨Muka/ badan berparut
👩👨Kolesterol tinggi
👩👨Masalah keguguran rambut
👩👨Selalu stress


KEBAIKAN VITAMIN E SHAKLEE UNTUK WANITA DAN LELAKI👩👨



1. Menyokong Kesihatan Penglihatan

Vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan katarak.

✅ Mengurangkan 20% risiko AMD (kemerosotan mata disebabkan penuaaan).

✅ Kepekatan yang tinggi di dalam membran sel dan mengurangkan kerosakan sel akibat  cahaya UV. 


2. Menyokong Kesihatan Jantung

Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung.

✅ Menghalang oksidasi kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) untuk mengurangkan risiko pembentukan plak pada lapisan dalam dinding salur darah anda.

✅ Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah anda.

✅ Menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 L darah sehari.


3. Meningkatkan Kesuburan Lelaki Dan Kualiti Sperma

Vitamin E dapat membantu melindungi membran sel daripada kerosakan.

✅ Vitamin E bekerjasama dengan SELENIUM untuk melindungi ciri-ciri sperma yang sihat dan sempurna.

✅ Pergerakan sperma dalam arah yang betul.

✅ Pengurusan andropaus yang lebih baik.

✅ Meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita.


4. Mengekalkan Kulit Berseri

Vitamin E melawan radikal bebas pada kulit.

✅ Membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

✅ Berfungsi sebagai antiradang semulajadi untuk meredakan dan menenangkan kulit.


5. Meningkatkan Fungsi Otak Yang Lebih Baik

Vitamin E menambah baik fungsi kognitif.

✅ Kajian mendapati bahawa VItamin E bukan sahaja menambahbaik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer

✅ Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.


6. Meningkatkan Kesuburan Wanita dan Kualiti Ovum

 Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk:
✅ Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.

✅ Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.

✅ Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.


7. Menyokong Keccergasan & Kesihatan Otot

Ketika anda menjalani latihan atau senaman, otot anda akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:
✅ Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkan oleh radikal bebas.

✅ Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.


SOALAN LAZIM  VITA- E COMPLEX


1. Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil Vita-E Complex?

Vitamin E adalah vitamin larut lemak. Jadi ia bagus diambil bersama hidangan makanan 

2. Jika saya mempunyai kulit yang berminyak, adakah sesuai untuk saya mengambil Vita-E?

Individu dengan kulit berminyak mungkin mempunyai kepekatan Vitamin E yang tinggi pada bahagian dermis dan epidermis kulit. Walaubagaimanapun,Vitamin E bagus untuk kulit apabila diambil bersama Vitamin C.

3. Jika saya mempunyai kulit yang kering, adakah sesuai untuk saya mengambil Vita- E?

Kulit akan mudah merengsa dan meradang apabila kering. Ianya sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Dengan Vitamin E, lapisan penghalang minyak dapat dibina dan dapat mengekalkan kelembapan kulit.

4. Saya sedang mengandung. Boolehkah saya mengambil Vita-E complex?

Jika anda sedang hamil atau menyusukan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum mengambil supplemen Vitamin E. Walau bagaimanapun, nutrien-nutrien yang penting untuk diambil semasa tempoh kehamilan adalah protein, asid lemak omega-3, vitamin C, kalsium, vitamin B dan zat besi.
 
5. Saya merupakan seorang lelaki yang sedang merancang untuk mendapatkan anak. Bolehkah Vitamin E membantu meningkatkan bilangan sperma?

Secara amnya, kajian tentang Vitamin E dan bilangan sperma menunjukkan fungsi Vitamin E sebagai antioksidan untuk melindungi kualiti sperma, sekaligus meningkatkan bilangan sperma yang sihat. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai masalah kesuburan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang supplemen kesihatan.  

TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE


Ramai yang telah mencuba  Vita-E Complex Shaklee. Ini adalah di antara testimoni yang telah menggunkannya. Sebenarnya banyak lagi testimoni yang lain, tapi Siti hanya masukkan hanya tiga testimoni sahaja di entri ini.

"Kulit semakin gebu dan parut semakin hilang"- Puan Ainal Syifa


"Parut bekas jerawat semakin hilang dan liang pori mengecil"

-Puan Nurul Fareha Mohd Daut


"Kulit muka rasa moist dan tidak kering atau berminyak"

-Puan Tengku Sofia S Aziz


Ok, sekian saja yang entry untuk kali ini. Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dan menemui anda sentiasa dalam kesihatan dan kemanisan iman. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh klik link di bawah ya. 

Salam sihat dan bahagia. ❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#KebaikanVitaminE

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647


SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...