Thursday, June 1, 2023

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK HIDUP BAHAGIA

 

Assalamualaikum sahabat pembaca. Moga saat anda menemukan entry ini, anda berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.

Terkadang, kita bukan penat fizikal, tetapi kita penat dari segi mental dan emosi. Sebab itu kita perlukan kata-kata semangat sebagai Motivation untuk terus melangkah. Seribu langkah di hadapan bermula dengan satu langkah hari ini.

Hidup ini seperti roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Justeru, jika adakalanya kita terduduk dan terjatuh dek kerana cabaran hidup, bangkit lah kembali. JIka kita jatuh 3 kali, maka bangkitlah 4 kali. Jika kita jatuh 7 kali maka bangkitlah 8 kali.



Sering kali kita menemukan jalan buntu ketika masalah datang bertubi-tubi. Ingatlah ketika itu bahawa kita tidak berseorangan. Allah ada bersama kita. 

Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru, jalan selalu rata. Tapi Allah berjanji akan sentiasa bersama kita. 


Ketika hati sedih dan pilu kerana ujian melanda, ingatlah Allah dan ucapkanlah Innalillah. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita akan kembali.

 "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."


Mengadu lah kepada Allah dahulu sebelum mencari netizen. Kerana Allah sangat memahami segala isi hati kita dan sangat mengetahui keadaan diri kita. Yakinlah bahawa beserta kesulitan itu pasti ada kemudahan.


Jika anda lelah dengan kehidupan, amalkanlah surah al-Insyirah. In shaa Allah, Allah pasti adakan jalan keluar bagi setiap masalah yang membelenggu diri. Dibukakan segala kebaikan yang terkunci. Dan pertolongan pertama Allah adalah Allah kuatkan hati kita dalam menempuh ujian demi ujian yang datang dengan kasih sayangNYA.





Berikut pula merupakan kata-kata motivasi daripada seorang pakar motivasi bernama Abdi Suardin dari negara jiran yang memberi kesan kepada jiwa.

Menurut beliau, kendalikan 7 hal ini, maka hidup anda akan berbeza dan bahagia. Akhirnya anda akan merasai perubahan kepada diri dan kehidupan anda.

KENDALIKAN 7 HAL YANG BOLEH MEMBUAT HIDUP ANDA BERBEZA DAN BAHAGIA 

1. Fikiran dan Keyakinan Anda

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Bagaimana  kita melihat dunia, begitulah dunia akan melihat kita. Jika kita berfikir baik, maka kita akan menarik energi-energi yang positif dan perkara yang baik-baik. Tetapi jika kita berfikiran negatif, kita akan menarik energi-energi negatif dan banyak benda-benda yang negatif akan berlaku. 

Orang yang kuat adalah orang -orang yang selalu melihat keajaiban di dalam semua kesulitan, kesakitan sebagai kekuatan dan terus berjuang dalam kerasnya hidup.






2. Bersikap Baik Terhadap Orang Lain

Membuat banyak kebaikan kepada orang lain, kita akan dapat banyak kebaikan. Kebaikan yang kita perolehi tidak semestinya berbentuk material. tetapi juga mendapat kebahagiaan hati, kelapangan jiwa dan dipermudahkan segala urusan.

Teruslah menjadi baik walaupun kebaikan anda disalah ertikan kerana semua orang yang tulus akan membalas semua kebaikan anda dengan kebaikan juga. Berbuat baik akan menjaga darjat hidup anda. 

Terkadang kita penat menjadi baik kerana merasakan kebaikan kita tidak dihargai dan diremehkan oleh orang sekeliling. Tenanglah. Cukuplah Allah sahaja membalas kebaikan kita kerana terkadang manusia tidak mampu membalas dengan kebaikan juga. Jangan penat dalam membuat kebaikan meskipun hanya sekadar senyuman kepdada saudara kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang akan menghantar kita ke Syurga.



3. Usaha Dan Kerja Keras

Hasil tidak pernah mengkhianati usaha!

Hasil selalu berbanding lurus dengan usaha dan kerja keras.

Nak hidup luar biasa, kerjalah dengan luar biasa kerana tidak ada hidup yang luar biasa dengan kerja yang biasa-biasa sahaja.

Perbanyakkanlah kerja keras dan usaha anda dan biarlah Allah yang menentukan hasilnya.

Perbanyak kuantiti dan perdalam kualiti kerja anda. Jadilah 'ahli' di dalam bidang anda dan bukan hanya sekadar bekerja. Berusahalah semampu anda kerana hasil yang besar selalu mengalir kepada orang-orang yang kerja dan usahanya besar.


4. Selalu Merasa Kurang Dengan Ilmu

Dunia berubah begitu cepat. Jika kita tidak berilmu, kita akan ketinggalan.

Luaskan fikiran dan jiwa anda dengan membaca buku, mengikuti seminar, mendengar audio yang positif dan menonton bahan motivasi dan ilmiah yang membolehkan anda  menambah ilmu dan berkembang.

Belajarlah terus dan jangan sampai berhenti. Selalulah merasa hijau seperti daun kerana jika anda sudah merasa 'coklat', maka sebentar lagi anda akan jatuh ke tanah,


5. Selalu Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki

Bersyukur bukan bererti pasrah. 

Bersyukur dengan segala nikmat Islam dan Iman, nikmat kesihatan, nikmat pancaindera. Juga bersyukur saat ditimpa ujian kerana sesudahnya pasti ada kemudahan.

Bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan pernah puas. Jika tidak, kita akan berada di takuk lama.

Bukan bahagia yang membuat hidup kita bersyukur. Tetapi dengan bersyukur lah hidup kita akan bahagia.

Bersyukurlah apapun yang anda lakukan hingga anda lupa tentang kata mengeluh.



6. Cara Anda Memperlakukan Orang Lain

Kebanyakan orang hidup terjebak dalam circle kekhuatiran yang tidak pernah berkesudahan. Kecemasan masa depan dan kekesalan masa lalu sehingga lupa untuk memperhatikan orang-orang yang sayang kepada dia di sekitar dia.

Jadilah satu dalam sedikit orang yang dalam kesibukan dunianya bahawa dia selalu memperhatikan keluarga dan lingkaran teman-temannya yang hidup di masa sekarang.

Nikmatilah hal-hal kecil yang sebenarnya itu adalah hadiah dalam kehidupan kita seperti sekadar ketawa bersama teman, bermesra bersama pasangan dan melihat anak-anak tidur. Walaupun ia nampak kecil, tetapi jika anda menikmati itu, maka semua trauma masa lalu dan kekhuatiiran masa depan akan menjadi luntur.

Nikmatilah masa indahmu dengan orang-orang di sekitar anda dan lihat keajaiban terjadi. Jadilah anda orang yang hidup di masa sekarang, bukan hidup di masa lalu dan masa depan. Kerana masa lalu telah pergi dan masa depan belum muncul.


7. Dengan Siapa Anda Bergaul

Kita boleh memilih dengan siapa kita hendak bergaul. Hidup ini adalah pilihan. Di saat kita tidak membuat apa-apa pilihan sekalipun, ia juga merupakan satu pilihan.

Jangan bergaul dengan orang-orang yang tidak ada matlamat hidup yang hanya hidup sekadar hidup. Jangan kurangkan energi anda dan masa yang terbatas dengan bergaul dengan orang tidak jelas dengan tujuan hidup dan memberi manfaat. 

Kelilingilah diri dengan orang-orang yang boleh membuat kita termotivasi setiap hari dan menjadi diri sendiri tanpa sandiwara.

Bergaul dengan orang-orang penuh motivasi dan berilmu akan menarik kita saat kita jatuh. Jauhilah orang-orang yang toksik yang hanya ingin melihat kita jatuh. JIka anda berada di dalam environment yang toksik, maka berhijrah lah demi kesihatan mental dan emosi anda.


Sekian sahaja untuk entry kali ini. Moga tulisan ini memberi manfaat kepada anda yang tercari-cari sumber inspirasi sebagai motivasi hidup. 

Sayangilah diri sendiri dahulu sebelum anda menyayangi orang lain dengan bangkit penuh semangat hari ini. 

Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.

Hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri sahaja dapat menyayangi orang lain.

"Dunia ini umpama lautan yang luas.
KIta adalah kapal yang belayar di lautan.
Telah ramai kapal karam di dalamnya.
Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya adalah takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini." 
(prof.Dr.Muhaya)


Moga kita bertemu lagi di lain entry. 


Salam sayang dan salam bahagia.



Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Kata-kataMotivasi

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee







No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...