Tuesday, June 13, 2023

PENGEDAR SHAKLEE KERTEH,PAKA DAN DUNGUN


Hi, Assalamualaikum sahabat sekalian. Moga sentiasa sihat dan ceria selalu. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Siti.😊

Alhamdulillah entri ini sudah entri yang ke-17 sejak Siti menulis di blog ini bermula April 2023.

Sebenarnya Siti berjinak-jinak menulis blog ini sejak Siti menjadi pengedar Shaklee. Dengan blog ini lah Siti dapat berkongsi tentang produk-produk Shaklee dan TESTIMONI SHAKLEE yang Siti dapat rasai sendiri kesannya selepas menggunakan Shaklee.

Terngiang-ngiang lagi peristiwa sewaktu berada di kampus Universiti dulu tahun 2006. Satu hari tu, Siti terbaca satu blog yang tajuknya menarik perhatian Siti. Masa tu tertanya-tanya camne orang buat blog ya?Pastu cakap kat kawan sebelah,'eh K**, cam seronok je kan kalo kita ada blog satu hari nanti? Kita boleh tulis apa pengalaman kita dan apa peristiwa dalam hidup kita. Sebab blog ini ibarat diari hidup kita. Dalam masa yang sama kita boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pembaca di luar sana."

Kawan Siti ni suka bergurau. Bila dia dengar Siti cakap camtu, terus dia kenakan Siti sambil berkata dengan nada bergurau. "ina(bukan nama sebenar), nanti ko jangan terkejut kalo satu hari nanti kawan kita ni ada blog!" (sambil dorang ketawa). Siti pun tersengih-sengih malu.Tapi dalam hati masa tu berkata "In Shaa Allah satu hari nanti aku juga akan ada blog sendiri."

Masa terus berlalu...

Tanggal April 2023, Ramadhan 1444H, Siti dilamar oleh Master Kam Maria, Founder MFMS untuk sertai blog Mega. Tapi masa tu agak risau sebab tak pandai nak setting blog dan tak pandai nak buat camne. Maklum la, tak ada pengalaman berblogging ni. Hanya lawat blog orang je.

Tapi Master Maria kata senang je nak setting dan sekejap je nak buat blog. Masa tu cam tak percaya sebab rasa selama ni nak setting blog tu susah. Then, Siti try setting blog dengan bantuan my mak Shaklee, Sakinah. Maka, tercipta la blog ini dengan diberi nama mizwellness sebab Siti nak create kesedaran orang sekeliling tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan. Dengan kata lain, mencegah lebih baik daripada merawat kerana kesihatan adalah harta yang tidak ternilai. Di kesempatan ini juga Siti ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Master Kam Maria aka my nanny Shaklee dan Sakinah aka my mak Shaklee kerana telah memberi galakan dan guide kepada diri ini untuk membina sebuah blog sendiri dan seterusnya menyertai blog mega sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Siti merupakan PENGEDAR SHAKLEE kawasan KERTEH,PAKA, dan DUNGUN dengan no ID:1528647Kepada anda yang pertama kali dengar kawasan ini dan tertanya-tanya di mana, ia merupakan satu kawasan di negeri Terengganu.


 Paka  dan Kerteh sendiri merupakan kawasan industri di mana terdapat logi-logi pemprosesan oil and gas. Tidak hairan jika Paka dan Kerteh merupakan kawasan ketiga termahal di Malaysia selepas Pulau Pinang (bahagian pulau) dan Bintulu dari segi kos sara hidup dan bahan mentah.Boleh baca di SINI. (sila klik perkataan "SINI"). Yang kena tempias adalah penduduk tempatan kerana terpaksa bersaing dengan pekerja industri untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dengan harga yang tinggi. 

Logi pemprosesan gas di Kerteh/Paka yang sangat indah dan bercahaya pada waktu malam. 
Namun punyai risiko tersendiri

Oleh kerana Paka, Kerteh merupakan kawasan industri yang tercemar dengan gas sulfur dioksida, gas karbon monoksida, dan beberapa nama gas yang mencemarkan udara (lupa namanya untuk disebut), penduduk Kerteh dan Paka khususnya sangat terdedah dengan udara yang tidak sihat dan hujan asid. 

Bagi menggantikan kekurangan nutrisi badan dengan kos bahan mentah yang tinggi dan pencemaran udara, pengambilan supplements sangat penting bagi penduduk Paka dan Kerteh. Supplements yang terbaik adalah Shaklee kerana ia beyond organik dan selamat, terbukti, berkesan.

Dulu, Siti juga seperti orang lain yang fikir tak perlu makan supplements sebab dah rasa sihat dan boleh mendapatkan nutrisi cukup daripada makanan. Ternyata persepsi Siti tentang supplements salah kerana kehidupan kita hari ini sangat terdedah kepada banyak penyakit dan kita sendiri tidak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan daripada makanan.

Hal ini Siti sedar setelah Siti selalu MC setiap bulan kerana migrain dan pernah diberi painkiller tahap ketiga oleh doktor. Masa tu Siti masih lagi bekerja sebagai Executive bank di Kuala Lumpur, HQ. Akibat tekanan kerja kerana menjayakan project 1 Platform untuk gabungkan branch masa tu, kerja 7 hari seminggu dan hanya akan sampai rumah setelah 12 malam. Tidak hairan la jika Siti mudah jatuh sakit.

Kemudian Siti resign sebagai banker dan balik ke Paka, Terengganu dan bekerja di sini sebagai Executive akaun di salah sebuah syarikat oil and gas. Masa pulang ke Terengganu migrain Siti makin berkurang namun masih bergantung kepada ubat. Sehingga lah satu hari Siti rasa dah penat nak makan ubat yang boleh buat stok dalam laci. Dari situ bermula la episod Siti untuk mencari supplements yang terbaik yang selamat untuk masa akan datang. Takdir Allah, Siti berjumpa dengan Shaklee dan merasakan Shaklee adalah vitamins yang terbaik yang pernah Siti jumpa setelah membuat perbandingan jenama lain di pasaran.

Multivitamin pertama dunia yang Shaklee keluarkan pun sudah berusia 108 tahun yang kini dikenali sebagai Vita-lize. Boleh baca perkongsian Siti di SINI. (sila klik). 

"patuhi hukum alam semula jadi dan anda tidak akan tersilap langkah"


Falsafah pengasas Shaklee, Dr. Forrest C. Shaklee di atas membuatkan semua produk Shaklee adalah berasaskan alam semulajadi. Yang lebih menakjubkan, setiap produk Shaklee adalah diperbuat daripada bahan-bahan yang beyond organic yang bebas 2500 bahan kimia. Shaklee tidak akan sesekali mengeluarkan produk yang akan membahayakan walaupun 1 sel manusia.

              


Shaklee juga telah memenangi Trusted Brand Gold Award in the Vitamins and Health Supplements category bagi tiga tahun berturut-turut 2021,2022, dan 2023.

 Ini menunjukkan Shaklee adalah jenama supplements yang sangat dipercayai oleh rakyat Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.



Sejak mengambil Supplements Shaklee, Siti tidak lagi bergantung kepada ubat. Dan Siti pun tak ingat dah bila kali terakhir Siti datang migrain. Tiada lagi painkiller tahap ke-3. Hanya sesekali sahaja datang sakit kepala biasa.

Yang sangat Siti syukuri, tak ada lagi stok-stok ubat dalam laci. Semua dah dibuang kerana semuanya sudah expired. 

Ini antara sebab kenapa kita sangat perlukan supplements hari ini kerana kehilangan nutrisi dalam badan.

Kehilangan nutrisi ini disebabkan oleh faktor:
  • Nutrien kurang dalam bahan mentah.
  • Zat makanan yang hilang.
  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperoleh daripada makanan.
  • Pengambilan ubat dan diet yang tidak sihat.
  • Diet yang tidak seimbang.
  • Alam sekitar yang semakin tercemar.
  • Gaya hidup yang tidak sihat.

Jika anda berada di kawasan Kerteh, Paka dan Dungun khususnya, anda ingin mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi Siti ya. Jika keahlian anda sudah expired, anda boleh RENEWAL SHAKLEE membership anda dengan mudah. Perlu bantuan untuk renew? Boleh hubungi Siti juga ya.

KELEBIHAN MENJADI AHLI DI BAWAH MFMS

✔ Yuran keahlian hanya RM35 atau keahlian percuma dengan belian produk 100 UV (anggaran RM 350++) dalam 1 resit

✔ Diskaun 20% harga ahli untuk setiap produk

✔ Promosi bulanan untuk penjimatan hebat

✔ Cash bonus bulanan (layak jika cukup point)

✔ Jemputan ke group Exclusive Facebook dan Telegram untuk ahli MFMS sahaja

✔ Peluang jana income sebanyak 2-3-4-5 angka sebulan

✔ Peluang untuk mendapat pelbagai rewards menarik (Car bonus, Free Trip local dan overseas)

✔ Kelas bimbingan nutrisi oleh pakar nutrisi secara Online dan Offline.

✔ Kelas bimbingan bisnes oleh Shaklee Leader secara Online dan Offline.

✔ Marketimg plan yang adil dan menarik. Semestinya bukan sistem piramid.


REWARDS SHAKLEE

Sampai di sini sahaja untuk entri kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.

Salam bahagia dan sihat. 💓


Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#TestimoniShaklee

#AgenShakleeKertehPakaDungun



Friday, June 9, 2023

TESTIMONI: MASALAH KULIT SAYA SELESAI DENGAN SET CANTIK SHAKLEE

 


Assalamualaikum dan hai..Apa khabar sahabat pembaca? Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Siti. Moga kalian sentiasa berada dalam kebahagiaan bersama keluarga tersayang dan sentiasa berada dalam manisnya iman.

Ok. Hari ini Siti nak share tentang TESTIMONI SHAKLEE. Sejak kenal Shaklee, banyak dah effect positif yang Siti dapat. Tapi hari ini Siti nak share tentang set cantik Shaklee yang Siti amalkan. 

Dulu, tak pernah terfikir pun nak makan supplements. Sebab dulu rasa pengambilan supplements tak perlu sebab kita boleh dapat nutrien daripada makanan harian. Tambahan pula mindset masa tu Siti tak percaya dengan Supplements kerana takut side effect yang negative pada masa akan datang. Maybe 10 tahun or 20 tahun akan datang. Ini kerana terdapat produk supplements di pasaran ditarik balik setelah berada lebih 10 tahun di pasaran kerana terdapat bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan.

Namun segala-galanya berubah apabila Siti mula kenal Shaklee. Betul la kata orang, "tak kenal maka tak cinta." Boleh baca sejarah bagaimana Doktor Shaklee mula-mula menemui vitamin pertama dunia di SINI.

Siti bersyukur dan bangga kenal dengan Shaklee sebab Siti kenal dengan ilmu. Ternyata Shaklee adalah produk yang Selamat, terbukti dan berkesan. Bebas daripada 2500 bahan kimia. Tak ada lagi syarikat yang Siti jumpa boleh declare camni. BIla Shaklee declare, maknanya Shaklee akan mengambil risiko di atas declaration tersebut. Dan Shaklee tidak takut kerana Shaklee sangat komited dengan  kajian sains yang dibuat oleh saintis Shaklee sendiri. Diulang sekali lagi, saintis ok, bukan kajian oleh budak sekolah.😄

Juga, Shaklee sudah lebih 100 tahun berada di pasaran dunia dan lebih 60 tahun berada di pasaran Malaysia. Mahu atau tak, percaya atau tidak,kita sebenarnya sangat memerlukan supplements buat masa sekarang kerana kita tidak dapat nutrisi yang cukup daripada pemakanan harian kita.

Siti ada kongsikan di sini kenapa kita sangat memerlukan Supplements dalam kehidupan kita hari ini. Boleh klik di SINI

Siti mula mengenali Shaklee dengan VItamin C. Semua orang tahu tentang vitamin C. Tetapi di Shaklee, Vitamin C sangat berbeza dengan product lain di pasaran kerana keistimewaannya.

Antara sebab lain yang menyebabkan Siti consume Shaklee adalah masalah kulit muka Siti yang teruk akibat alergi dengan pemakaian mask muka sejak pandemik. Walaupun mask selalu ditukar, namun kesan alergi tidak juga berkurangan.

Di bawah ini adalah keadaan kulit muka Siti yang breakout. Bayangkan kulit muka yang biasanya sihat tetiba breakout teruk kesan dari pemakaian mask. Ini gambar sebahagian sahaja. Actually teruk sebenarnya keadaan muka Siti. Tapi malu nak tunjuk gambar lain betapa teruknya muka pada masa tu. Ramai kawan-kawan tegur kenapa muka teruk sangat. Stress sangat ke? Masa tu confident level memang rendah sangat. Self estem mula menurun. Rasa tak nak jumpa orang. Kalau boleh duduk dalam gua Siti dah lama duduk.😅

Muka sebelum berShaklee yang sangat  
kusam, jerawat batu,pigmentasi, jeragat


Sehingga lah Siti dikenalkan untuk mengambil set kulit Shaklee. Masa tu Siti hanya mengambil set kulit asas iaitu Vitamin C, Esp dan menggunakan skincare Youth seperti cleanser, Night cream (rich) dan toner.

Dan selepas berShaklee, ini result muka Siti.

Tadaaaa.. dah cantik dah kulit muka Siti. Dan confident level untuk jumpa orang pun dan meningkat hasil konsistent amalkan set kulit Shaklee. 

Gambar ini tidak memakai make-up. Just pakai foundation yang nipis dan lip-Ice sahaja.😊


Kulit selepas amalkan set kulit Shaklee


BAGAIMANA SET KULIT CANTIK BERFUNGSI?

Seperti yang Siti ceritakan di atas tadi, Siti hanya mengambil set kulit cantik yang asas iaitu ESp dan Vitamin C. Anda juga boleh baca tentang set kulit asas ini di SINI dan cuba resepi ESP dengan klik link INI.


ESP merupakan protein yang berasaskan daripada tumbuhan (kacang soya non-GMO). Protein sangat diperlukan untuk pembentukan tisu baru pada kulit  untuk menggantikan tisu yang sudah rosak. 

ESP membantu dalam proses hasilkan kulit baru sekaligus bantu pudarkan parut, jeragat, dan cerahklan tempat degil. 

Fungsi ESP

Vitamin C pula merupakan asas untuk badan yang sihat dan kulit bebas jerawat. Ia juga berfungsi untuk kecutkn jerawat dengan berkesan dan bantu untuk tingkatkan imun badan.
 
10 Manfaat Vitamin C Shaklee

7 Sebab kenapa anda harus pilih Vitamin C Shaklee 
yang berbeza daripada jenama lain di pasaran.


Jika anda nak kesan yang lebih optimum dan kesan yang cepat, anda boleh ambil set kecantikan kulit yang premium yang terdiri daripada VItamin E, ESP, GLA complex, Carotomax, VItamin C, Collagen dan Vitamin C. Juga boleh tambah dengan Vivix dan ResV kerana VIvix dan ResV memperbaiki dari dalam dalam sel.

Set kecantikan kulit

Vivix dan ResV


Selain itu, anda boleh amalkan skincare Youth untuk penjagaan kulit dari luar. Youth Skincare diperbuat daripada bahan yang beyond organik. Youth skincare sangat selamat untuk kulit sensitif kerana telah diuji oleh pakar dermatologi (kulit) dan oftalmologi (mata).

Set Youth Skincare terdiri daripada:

1. Luminous Gel Oil Cleanser
  • Membersihkan dan menghaluskan kulit dengan lembut. 
  • Formula 3-dalam-1
  • Tidak mengandungi sabun dan mempunyai pH-seimbang
2. Perfecting Skin Toner
  • Membersihkan sel kulit mati dan kusam
  • Menghidratkan dan membekalkan nutrisi untuk kulit berseri
3. Age Defense Moisturizer SPF 50
  • Melembapkan kulit.
  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan pelindung Matahari berspektrum luas SPF50 UVA/UVB.
  • Memperbaiki tona kulit secara menyeluruh
4. Youth Activating Serum
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan sel kulit 10X lebih cepat, membuatkan kulit lebih muda dan berseri,
5. Advanced Renewal Night Cream
  • Terdiri daripada 2 jenis iaitu Light and Rich.
  • Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.
  • Membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin.
  • membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin dan cerah.
6. Radiance C+ E
  • Menegang, mencerah, dan mengurangkan garis halus, kedutan dan pigmentasi.
  • Membaiki tekstur dan menjadikan tona kulit lebih sekata. 
Set Youth Skincare

Step Double Cleansing menggunakan
 Luminous Oil Gel Cleanser Shaklee


TESTIMONI DARIPADA ORANG LAIN YANG MENGGUNAKAN SET ASAS KECANTIKAN DAN SET YOUTH















Ok, sampai di sini dahulu untuk entry kali ini. Moga ia dapat memberi manfaat. Dan jika anda tercari-cari vitamin dan skincare yeng selamat, terbukti dan berkesan, boleh hubungi saya ya.

Jika ditakdirkan ada rezeki saya berkongsi hari ini, ,moga entry ini dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com. In shaa Allah. 

Salam Sihat dan bahagia💓

Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#TestimoniShaklee




Saturday, June 3, 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE KINI BERWAJAH BARU

 


Assalamualaikum sahabat pembaca. Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang dan sentiasa berada dalam manisnya iman.

Hari ini Siti nak kongsi tentang multivitamin Shaklee yang sudah di upgrade dengan formula baru dan masuk ke dalam pasaran Malaysia pada akhir May 2023. Mula dikenali sebagai vitalized minerals pada tahun 1915 dalam bentuk cecair oleh pengasas Shaklee sendiri, Dr. Forrest C. Shaklee, kini sudah bertukar namanya kepada vita-lize setelah vita-lea dan vita-lea iron plus. Juga merupakan multivitamin dan multimineral daripada Shaklee.


SEJARAH MULTIVITAMIN SHAKLEE


Selama 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa, mencipta inovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi sebagai penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. 

Penemuan multivitamin yang pertama dunia adalah pada tahun 1915 oleh Dr. Shaklee sendiri dengan resepi berasal dari alam semula jadi. 



Dr. Shaklee menggemparkan dunia dalam bidang kesihatan dengan penemuan multivitamin pertama pada usia 21 tahun. Formulasi penemuannya itu kemudiannya diproduksi menjadi Shaklee Vitalized Minerals. Bertitik tolak daripada situlah, beliau mula menubuhkan Shaklee Corporation pada 1 April 1956 di Oakland, California Amerika Syarikat pada usia 62 tahun. 

Sangat menitikberatkan aspek keaslian dan mutu, menyebabkan setiap produk yang dihasilkan disokong oleh kajian sains. Selain itu, kelebihan produk Shaklee adalah sifat semula jadinya kerana bagi beliau " patuhi hukum alam semula jadi dan anda tidak akan tersilap langkah". Jadi tidak hairan jika Shaklee terus bertahan sehingga kini. 



Seiring beredarnya zaman, kajian demi kajian telah dijalankan oleh saintis sains Shaklee, kini Multivitamin Shaklee hadir dengan formula baru untuk kesihatan optimum. Hanya nama berbeza, namun ia adalah multivitamin pertama di dunia yang sudah berusia 108 tahun.



  • Setiap hidangan vita-lize membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting untuk keperluan harian
  • 2 tablet Vita-Lize membekalkan 600 mcg asid folik dan vitamin B.
  • Mempunyai sistem penhantaran salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik.
  • Pantas larut dalam badan kurang 10 minit menggunakan teknologi Explo-Tab.




KANDUNGAN NUTRISI DALAM VITA-LIZE

Berikut merupakan kandungan nutrisi dalam Vita-Lize.




PERBANDINGAN VITA-LEA IRON PLUS vs VITA-LIZE

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara Vita-Lea Iron Plus VS Vita-LIze di mana kandungan Vitamin A kurang 310 di dalam Vita-Lize berbanding Vita-Lea.

Namun begitu, Vitamin D dalam Vita-Lize melebihi Vita-Lea sebanyak 150. Asid folik pula lebih 100 dan ditambah dengan vitamin K1 sebanyak 40.




PERBANDINGAN PASARAN MULTIVITAMIN SHAKLEE DENGAN MULTIVITAMIN JENAMA LAIN.

Berikut merupakan perbandingan antaran Vita-Lize dan jenama lain di pasaran.


SIAPA YANG PERLUKAN VITA-LIZE?

Orang dewasa yang stress
Orang dewasa yang mengalami masalah kurang berat badan.
Orang dewasa yang aktif.
Orang dewasa dengan diet yang tidak seimbang.
Orang dewasa yang selalu sibuk.
Ibu hamil dan menyusu.




KEBAIKAN MENGAMBIL VITA-LIZE

Multivitamin sangat banyak manfaatnya jika diambil secara berterusan.

Antara manfaat yang diperoleh adalah:

Mengisi jurang nutrisi
Meningkatkan tahap tenaga dalam badan bagi seseorang individu.
Menambah baik mood dan menjaga emosi.
Mengurangkan tekanan dan kebimbangan.



 
GOLONGAN YANG TIDAK BOLEH MENGAMBIL VITA-LIZE

Multivitamin sangat bagus untuk diambil oleh seseorang individu. 

Namun begitu, ada sesetengah individu yang mengalami penyakit tidak boleh mengambilnya.

Siapakah mereka?

1. Pesakit SLE iaitu sejenis penyakit auto-imun.
  • Pesakit SLE tidak disarankan untuk mengambil sebarang supplement kesihatan yang mengandungi alfafa. Di dalam Vita-Lize ada kandungan alfafa. Ini kerana alfafa mengandungi asid amino L-canavanine yang boleh mencetuskan dan meningkatkan keradangan kepada pesakit.
2. Pesakit Thalassemia ( terutama Thalassemia Major).
  • Ini kerana VIta-Lize diformulasikan dengan zat besi. Pesakit thalassemia sudah  terbeban dengan zat besi berlebihan dalam tubuh.
3. Orang yang menghidap Hyperthyroidism
  • Hyperthyroidism mempunyai kadar iodin yang tinggi dalam darah. VIta-Lize yang mengandungi iodin akan meningkatkan lagi paras iodin dalam badan dan ini mungkin akan menyebabkan keradangan.

4. Orang yang alahan herba kerana Vita-Lize mengandungi alfafa.

Selain daripada mereka di atas, tiada masalah untuk sesiapa yang ingin mengambil Vita-Lize.



Kesimpulannya, kita sangat memerlukan supplements dalam kehidupan pada masa kini kerana badan kita kekurangan nutrisi. KIta tidak mampu untuk makan makanan seperti dalam gambar di bawah dalam masa sehari untuk menampung kehilangan nutrisi dalam badan.





Sekian sahaja untuk entry kali ini. Jika anda ingin mendapatkan supplements Shaklee boleh hubungi saya. Dan jika anda sudah pernah menjadi ahli Shaklee namun keahlian sudah tamat tempoh, anda boleh renew keahlian anda dengan mudah. Sila klik link Renewal Shaklee ini untuk mengetahui cara-caranya atau boleh terus hubungi saya.

Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee





 

Thursday, June 1, 2023

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK HIDUP BAHAGIA

 

Assalamualaikum sahabat pembaca. Moga saat anda menemukan entry ini, anda berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.

Terkadang, kita bukan penat fizikal, tetapi kita penat dari segi mental dan emosi. Sebab itu kita perlukan kata-kata semangat sebagai Motivation untuk terus melangkah. Seribu langkah di hadapan bermula dengan satu langkah hari ini.

Hidup ini seperti roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Justeru, jika adakalanya kita terduduk dan terjatuh dek kerana cabaran hidup, bangkit lah kembali. JIka kita jatuh 3 kali, maka bangkitlah 4 kali. Jika kita jatuh 7 kali maka bangkitlah 8 kali.



Sering kali kita menemukan jalan buntu ketika masalah datang bertubi-tubi. Ingatlah ketika itu bahawa kita tidak berseorangan. Allah ada bersama kita. 

Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru, jalan selalu rata. Tapi Allah berjanji akan sentiasa bersama kita. 


Ketika hati sedih dan pilu kerana ujian melanda, ingatlah Allah dan ucapkanlah Innalillah. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita akan kembali.

 "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."


Mengadu lah kepada Allah dahulu sebelum mencari netizen. Kerana Allah sangat memahami segala isi hati kita dan sangat mengetahui keadaan diri kita. Yakinlah bahawa beserta kesulitan itu pasti ada kemudahan.


Jika anda lelah dengan kehidupan, amalkanlah surah al-Insyirah. In shaa Allah, Allah pasti adakan jalan keluar bagi setiap masalah yang membelenggu diri. Dibukakan segala kebaikan yang terkunci. Dan pertolongan pertama Allah adalah Allah kuatkan hati kita dalam menempuh ujian demi ujian yang datang dengan kasih sayangNYA.





Berikut pula merupakan kata-kata motivasi daripada seorang pakar motivasi bernama Abdi Suardin dari negara jiran yang memberi kesan kepada jiwa.

Menurut beliau, kendalikan 7 hal ini, maka hidup anda akan berbeza dan bahagia. Akhirnya anda akan merasai perubahan kepada diri dan kehidupan anda.

KENDALIKAN 7 HAL YANG BOLEH MEMBUAT HIDUP ANDA BERBEZA DAN BAHAGIA 

1. Fikiran dan Keyakinan Anda

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Bagaimana  kita melihat dunia, begitulah dunia akan melihat kita. Jika kita berfikir baik, maka kita akan menarik energi-energi yang positif dan perkara yang baik-baik. Tetapi jika kita berfikiran negatif, kita akan menarik energi-energi negatif dan banyak benda-benda yang negatif akan berlaku. 

Orang yang kuat adalah orang -orang yang selalu melihat keajaiban di dalam semua kesulitan, kesakitan sebagai kekuatan dan terus berjuang dalam kerasnya hidup.






2. Bersikap Baik Terhadap Orang Lain

Membuat banyak kebaikan kepada orang lain, kita akan dapat banyak kebaikan. Kebaikan yang kita perolehi tidak semestinya berbentuk material. tetapi juga mendapat kebahagiaan hati, kelapangan jiwa dan dipermudahkan segala urusan.

Teruslah menjadi baik walaupun kebaikan anda disalah ertikan kerana semua orang yang tulus akan membalas semua kebaikan anda dengan kebaikan juga. Berbuat baik akan menjaga darjat hidup anda. 

Terkadang kita penat menjadi baik kerana merasakan kebaikan kita tidak dihargai dan diremehkan oleh orang sekeliling. Tenanglah. Cukuplah Allah sahaja membalas kebaikan kita kerana terkadang manusia tidak mampu membalas dengan kebaikan juga. Jangan penat dalam membuat kebaikan meskipun hanya sekadar senyuman kepdada saudara kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang akan menghantar kita ke Syurga.



3. Usaha Dan Kerja Keras

Hasil tidak pernah mengkhianati usaha!

Hasil selalu berbanding lurus dengan usaha dan kerja keras.

Nak hidup luar biasa, kerjalah dengan luar biasa kerana tidak ada hidup yang luar biasa dengan kerja yang biasa-biasa sahaja.

Perbanyakkanlah kerja keras dan usaha anda dan biarlah Allah yang menentukan hasilnya.

Perbanyak kuantiti dan perdalam kualiti kerja anda. Jadilah 'ahli' di dalam bidang anda dan bukan hanya sekadar bekerja. Berusahalah semampu anda kerana hasil yang besar selalu mengalir kepada orang-orang yang kerja dan usahanya besar.


4. Selalu Merasa Kurang Dengan Ilmu

Dunia berubah begitu cepat. Jika kita tidak berilmu, kita akan ketinggalan.

Luaskan fikiran dan jiwa anda dengan membaca buku, mengikuti seminar, mendengar audio yang positif dan menonton bahan motivasi dan ilmiah yang membolehkan anda  menambah ilmu dan berkembang.

Belajarlah terus dan jangan sampai berhenti. Selalulah merasa hijau seperti daun kerana jika anda sudah merasa 'coklat', maka sebentar lagi anda akan jatuh ke tanah,


5. Selalu Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki

Bersyukur bukan bererti pasrah. 

Bersyukur dengan segala nikmat Islam dan Iman, nikmat kesihatan, nikmat pancaindera. Juga bersyukur saat ditimpa ujian kerana sesudahnya pasti ada kemudahan.

Bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan pernah puas. Jika tidak, kita akan berada di takuk lama.

Bukan bahagia yang membuat hidup kita bersyukur. Tetapi dengan bersyukur lah hidup kita akan bahagia.

Bersyukurlah apapun yang anda lakukan hingga anda lupa tentang kata mengeluh.



6. Cara Anda Memperlakukan Orang Lain

Kebanyakan orang hidup terjebak dalam circle kekhuatiran yang tidak pernah berkesudahan. Kecemasan masa depan dan kekesalan masa lalu sehingga lupa untuk memperhatikan orang-orang yang sayang kepada dia di sekitar dia.

Jadilah satu dalam sedikit orang yang dalam kesibukan dunianya bahawa dia selalu memperhatikan keluarga dan lingkaran teman-temannya yang hidup di masa sekarang.

Nikmatilah hal-hal kecil yang sebenarnya itu adalah hadiah dalam kehidupan kita seperti sekadar ketawa bersama teman, bermesra bersama pasangan dan melihat anak-anak tidur. Walaupun ia nampak kecil, tetapi jika anda menikmati itu, maka semua trauma masa lalu dan kekhuatiiran masa depan akan menjadi luntur.

Nikmatilah masa indahmu dengan orang-orang di sekitar anda dan lihat keajaiban terjadi. Jadilah anda orang yang hidup di masa sekarang, bukan hidup di masa lalu dan masa depan. Kerana masa lalu telah pergi dan masa depan belum muncul.


7. Dengan Siapa Anda Bergaul

Kita boleh memilih dengan siapa kita hendak bergaul. Hidup ini adalah pilihan. Di saat kita tidak membuat apa-apa pilihan sekalipun, ia juga merupakan satu pilihan.

Jangan bergaul dengan orang-orang yang tidak ada matlamat hidup yang hanya hidup sekadar hidup. Jangan kurangkan energi anda dan masa yang terbatas dengan bergaul dengan orang tidak jelas dengan tujuan hidup dan memberi manfaat. 

Kelilingilah diri dengan orang-orang yang boleh membuat kita termotivasi setiap hari dan menjadi diri sendiri tanpa sandiwara.

Bergaul dengan orang-orang penuh motivasi dan berilmu akan menarik kita saat kita jatuh. Jauhilah orang-orang yang toksik yang hanya ingin melihat kita jatuh. JIka anda berada di dalam environment yang toksik, maka berhijrah lah demi kesihatan mental dan emosi anda.


Sekian sahaja untuk entry kali ini. Moga tulisan ini memberi manfaat kepada anda yang tercari-cari sumber inspirasi sebagai motivasi hidup. 

Sayangilah diri sendiri dahulu sebelum anda menyayangi orang lain dengan bangkit penuh semangat hari ini. 

Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.

Hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri sahaja dapat menyayangi orang lain.

"Dunia ini umpama lautan yang luas.
KIta adalah kapal yang belayar di lautan.
Telah ramai kapal karam di dalamnya.
Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya adalah takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini." 
(prof.Dr.Muhaya)


Moga kita bertemu lagi di lain entry. 


Salam sayang dan salam bahagia.



Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Kata-kataMotivasi

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee







SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...