Thursday, August 24, 2023

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA KETIKA RESAH GELISAH

 

"Wanita..hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah..." Pernah dengar lagu ini?Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid inteam.. Tapi bagaimana kita nk jadi wanita solehah yang akan membahagiakan Syurga di dalam rumah tangga jika jiwa dan hati kita sering resah gelisah? Ekoran daripada itu pasti kita akan membuat tindakan yang akan merosakkan suasana rumah tangga. Bahagia yang dicari,tetapi derita yang menyapa. Maka dengan itu, hari ini Siti nak kongsikan DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA ketika resah gelisah.


Tenang...itulah kunci utama kebahagiaan hati. Tapi bagaimana nak tenang jika saban hari ujian demi ujian datang menyapa bagai jatuh ditimpa tangga?Bagaimana nak tenang jika terpaksa memikul beban yang kadang kala kita tak sanggup untuk memikulnya? Bagaimana nak tenang jika mulut secara tak sengaja sudah mula bersungut itu ini. Ketika iman di hati sudah mula goyah dan mula mempersoalkan takdir?


Sahabat,pertama sekali ucapkanlah Innalillah dan disusuli dengan ucapan hauqalah.Lahaulawalaquwwataillabillah..kita milik Allah..Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan dan pertolongan Allah.


Tarik nafas sambil minta dengan Allah diberi ketenangan.

Tarik nafas.. tahan(sambil istighfar,minta ketenangan hati)..lepas..

Buat berulang kali jika nafas pertama tak mampu membuatkan anda tenang.

Banyakkan istighfar, selawat..


Penting untuk kita berada di dalam situasi tenang supaya kita dapat berfikir dengan waras. Banyak jalan akan terbuka dan banyak masalah yang akan selesai jika kita berada dalam keadaan tenang. 

Berfikir dalam keadaan penuh emosi akan memburukkan lagi keadaan. Penting untuk kita yakini bahawa setiap kesulitan beserta dengan kemudahan. 

Boleh klik link di bawah ini untuk baca motivasi diri👇:

Kata-kata motivasi untuk hidup bahagia.


Selain daripada itu, suka Siti kongsikan kepada sahabat pembaca 3 doa yang mudah untuk kita amalkan..


1. Surah al-Kahfi ayat 10




Ayat ini sangat mudah untuk kita hafal kerana ia sangat pendek. Bagi sesiapa yang menghafal surah kahfi 10 ayat yang pertama, ia sangat mudah untuk dituturkan. Cuma perlukan kefahaman yang lebih tentang khasiat ayat ini.

Menurut ustaz Adi Hidayat sepertimana di dalam video di atas, ayat ini sangat powerful. Membaca sahaja ayat ini, satu yang kita minta, tetapi semua Allah kabulkan.

Tidaklah seorang Muslim pun yang berdoa dengan sebuah doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturrahim, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara:

1. Allah akan mengabulkan doanya dengan segera.Terkadang juga,Allah tak bagi apa yang kita minta tetapi Allah bagi yang lebih baik daripada apa yang kita minta.

2. Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) di Akhirat kelak.

3. Allah kabulkan doa kita dengan memalingkan daripada kita keburukan seumpamanya.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) mengenai Aku,maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu." 

(al-Baqarah,2:186)


Maka dengan itu, yakinlah bahawa Allah akan kabulkan doa kita walau dalam keadaan apa sekalipun. Pahatkan dalam hati bahawa setiap kali berdoa, doa kita didengari Allah dan akan dikabulkan Allah.


2. Surah Ghafir ayat 44


Doa ini Siti dapat dari salah satu koleksi ceramah ustazah Asma' Harun. Bila kita serahkan bulat-bulat semua urusan kita kepada Allah,hati kita akan menjadi tenang. 

Doa ini boleh diamalkan tatkala kita bersedih ditimpa ujian.  Ia boleh dibaca selepas solat atau bila-bila masa sahaja.

In shaa Allah, moga dengan ikhtiar amalan surah al-Ghafir ini kita masih mampu tersenyum dan tabah dalam menghadapi apa jua ujian yang datang.

Kekuatan surah al-Ghafir ini, ia dapat memujuk hati untuk sentiasa ikhlaskan diri dalam apa jua keadaan untuk mencapai ketenangan dan redha. 


3.  Surah al-Baqarah ayat 201



Doa ini selalu kita baca selepas solat kan? Tetapi berapa ramai yang menghayati doa ini.

Dari pembacaan Siti yang dapat Siti kongsikan di Sini, doa ini sangat powerful kerana ia merupakan doa untuk meminta kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat.

Kebaikan di dunia meliputi:

💓  Hati yang selalu bersyukur.

  • Hati yang selalu bersyukur boleh diklasifikasikan selalu menerima dengan lapang dada sehebat apa pun ujian yang menimpa diri kita, juga menerima sepahit apa pun ujian tersebut. Maka dengan itu, hati yang selalu bersyukur menjadi kriteria kebahagiaan dunia, kerana dengannya kita akan selalu syukur jika diberikan kebaikan dan sabar jika ditimpa kesulitan. 

       Bukankah sikap seperti ini akan membuat kita bahagia? 


💓 Jodoh yang soleh

  • Memiliki jodoh yang soleh dan solehah menjadi idaman setiap insan. Jodoh yang soleh menjadi penyejuk mata dan penenang di hati saat kita sedang menghadapi cabaran hidup, pengembira saat sedih, pelindung saat kita menghadapi kesulitan. Mereka akan mententeramkan hati kita dengan mengingatkan kita selalu kembali kepada Allah walau dalam apa keadaan sekalipun. Bukankah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang?
  • Namun perlu juga diingati terkadang jodoh juga menjadi ujian kepada kita.Contohnya Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s mendapat isteri yang tak solehah.
  • Begitu juga dengan Asiah mendapat suami sezalim Firaun. Tetapi kerana teguhnya iman di hati Asiah menjadikan beliau tersenarai 4 wanita penghulu Syurga selain Mariam(Ibu Nabi Isa a.s), Siti Khadijah (isteri Rasulullah s.a.w), dan Fatimah( Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w). Maka dengan itu, berdoalah agar anda dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah sehingga  dapat meraih kebahagiaan dunia.


💓 Keturunan yang soleh

  • Mempunyai keturunan yang soleh dan solehah menjadi idaman bagi seorang yang bergelar ibu dan bapa. Anak adalah amanah Allah. Maka sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak supaya mengenal Allah dengan memberikan didikan agama yang terbaik, memberi nama yang baik dan memberikan kasih sayang yang sewajarnya. 
  • Anak yang soleh dan solehah menjadi penyejuk mata kepada ibubapa.
  • Anak yang soleh solehah akan sentiasa mendoakan ibubapa samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.


💓 Lingkungan pergaulan yang soleh

  • Persahabatan atau pertemanan akan banyak mempengaruhi cara kita berfikir, bersikap dan pegangan kita dan juga mencerminkan peribadi kita. Oleh kerana itu, beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai lingkungan yang positif dan mempunyai sahabat yang soleh dan solehah. 
  • Sahabat yang soleh dan solehah akan sentiasa menarik kita ke arah kebaikan. 


💓 Harta yang halal

  • Salah satu kebahagiaan di dunia adalah mendapatkan harta yang halal. Maka dengan itu, haram jika harta yang diperolehi dengan cara merompak, rasuah,mencuri serta peras ugut kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
  • Harta yang halal memberi ketenangan hati.Manakala harta yang haram sering mengundang kegelisahan jiwa.


💓 Ilmu yang bermanfaat

  • Ilmu yang bermanfaat dapat menyelamatkan sesorang individu dari segala tipu daya duniawi.
  • Ilmu di dada juga dapat membimbing seseorang ke jalan yang diredhai Allah.
  • Tiga amalan yang terus mengalir pahalanya walaupun kita sudah meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, doa anak yang soleh dan sedekah jariah.


💓 Umur yang berkat

  • Kita bukan sahaja mahukan umur yang panjang tetapi juga umur yang berkat.
  • Umur yang berkat bermaksud walaupun kita mempunyai umur yang pendek tetapi kebaikan yang kita buat dapat dimanfaatkan oleh orang lain dan pahalanya sentiasa mengalir.
  • Contoh imam as-Syafie. Walaupun mempunyai umur hanya 54 tahun, tetapi ilmunya tetap mengalir sampai ke hari ini. 


Kebaikan di Akhirat

Kebahagiaan di Akhirat pula merangkumi permohonan Syurga, ketenangan jiwa, kemudahan hisab, keselamatan daripada api Neraka, perlindungan daripada segala dosa dan larangan, serta terhindar daripada perkara syubhat dan haram. 

Kebaikan yang diperoleh di Akhirat merupakan kebahagiaan hakiki kerana Akhirat adalah destinasi terakhir kita sebagai 'musafir' dan ia juga destinasi yang kekal abadi.


Sahabat, dalam kehidupan kita, syarat pertama untuk bahagia adalah tenang. Dan ketenangan itu di mana? Tenang itu di hati..

"Hanya dengan mengingati Allah jiwa kamu akan menjadi tenang"




Sampai di sini sahaja entry untuk kali ini. Moga ia memberi manfaat kepada anda. Terima kasih kerana sudi membaca sampai ke akhirnya. Moga anda sentiasa dilimpahi ketenangan, kebahagiaan dan kesihatan. Aamiin..


Akhir kalam,

"Wanita, anda terlalu berharga. Hidup ini terlalu singkat untuk berdendam, berkelahi dan bermusuhan. Juga terlalu singkat untuk dihantui dengan perasaan resah gelisah. Serahkan segala-galanya kepada yang Maha Esa. Kerana DIA lebih mengetahui akan keadaan diri kita melebihi diri kita sendiri "

Don't stress stress ok. 😊


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh klik link di bawah ya. 

Salam sihat dan bahagia. ❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#DoaYangBagusUntukWanita

#DoaYangBagusUntukWanitaKetikaResahGelisah

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647


No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...