Thursday, April 13, 2023

12 CARA MUDAH KURUS DENGAN CEPAT SEBELUM RAYA

    


"Raya,raya,raya,raya..Selamat Hari Raya...kami ucapkan kepada satu dunia..." (Nyanyi dengan gembira)


Hai, Assalamualaikum sahabat pembaca..Haa, dah rasa aura nak raya kan. Lagu raya dah dengar sana sini di corong-corong stesen radio. Nasihat Siti untuk kebaikan bersama,tak salah nak buat persiapan raya.Tapi jangan kita lupa, Ramadhan masih ada bersama kita. 10 hari terakhir ni adalah hari-hari yang sangat penting. Dan ramai yang akan lalai dengan kuih raya dan baju raya dalam 10 hari terakhir ini. 

Bagi keluarga Siti,kami dah beli siap-siap baju raya sebelum Ramadhan lagi supaya tidak mengganggu ibadat di bulan Ramadhan.Dan kuih raya pula pakai tunjuk je.Memang tak rajin dah nak buat sekarang kuih raya😅Apapun,semoga kita sentiasa istiqamah di jalanNYA. In shaa Allah.

Sebut pasal raya, semua orang nak cantik di pagi raya. Dengan wajah yang berseri-seri, baju raya yang cantik dan penampilan diri yang sempurna. Semuanya gembira untuk meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. 

Tidak dinafikan, ramai juga yang nak kurus di pagi raya. Maklumla, hari raya merupakan hari yang kita akan jumpa ramai orang. Sanak saudara yang jauh mahupun dekat dan rakan-rakan taulan. Mesti la kita nak nampak Gorgeous gittew bab kata orang kampung. 

Hari ini Siti nak kongsikan 12 cara mudah kurus dengan cepat sebelum raya.

1. Kurangkan ambil karbohidrat. 

Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi dan roti. Sebaliknya banyakkan ambil protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut untuk berasa kenyang dan kurang lapar. Menambah protein dalam setiap hidangan juga dapat membantu menambah jisim otot tanpa lemak. Dan protein terbaik adalah daripada sumber tumbuhan kerana rendah lemak dan tidak mempunyai kolestrol.

2. Elakkan minuman / makanan bergula.

Haa, bulan puasa ni banyak sangat minuman dan makanan yang manis-manis dihidang sewaktu berbuka kan.Kalau pergi ke bazar, pelbagai jenis minuman dan kuih muih yang kita akan jumpa. Kadang-kadang kuih yang susah nak jumpa di bulan lain akan jumpa di bulan puasa. Tetapi kita kena berhati-hati kerana pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan pertambahan berat badan dengan cepat. Selain itu juga, gula akan memberi kesan kepada kesihatan dengan merosakkan sel-sel dalam badan. 

3.  Minum air yang cukup.

Kita diingatkan agar selalu banyakkan minum air masak yang mencukupi dengan nisbah 1:25. Bermaksud 1 liter air untuk berat badan 25kg. Sebagai contoh, jika berat badan kita 50kg, kita memerlukan 2 liter air setiap hari. Pengambilan air yang cukup dapat membantu badan kekal hidrat dan merupakan kunci untuk berjaya menguruskan berat badan.


4. Makan secara perlahan.

Nikmati hidangan dengan makan secara perlahan-lahan. Jangan makan secara gelojoh. Tau la puasa kan. Jangan pula kita membalas  dendam lapar dan dahaga seharian dengan makan secara gelojoh sewaktu berbuka.Makan secara perlahan juga dapat membantu makanan dihadam dengan baik dan membantu dalam proses pencernaan. Cara ini juga dapat mengelakkan kita makan dengan banyak. Selain itu, makanlah dengan portion yang betul iaitu suku,suku,separuh dimana separuh daripada pinggan adalah sayuran dan buahan, sukunya adalah protein dan baki suku lagi adalah nasi.


5. Elakkan pengambilan snek pada waktu malam.

Pengambilan snek pada waktu malam dapat merencatkan proses penurunan berat badan. Pastikan anda mempunyai masa 2-3 jam sebelum tidur untuk memastikan makanan dicerna dengan baik.

6. Banyakkan bergerak dan bersenam.

Bulan puasa bukan alasan untuk kita sentiasa lemau dan tak produktif. Jika di tempat kerja, sekali sekala pilihlah tangga berbanding lift untuk memastikan otot-otot badan kita sentiasa bergerak. Cara ini dapat membantu dalam proses penurunan berat badan. Pengalaman Siti sendiri, Siti selalu panjat tangga setinggi 15 tingkat sewaktu datang kerja. Sebab Office kami di tingkat 15. Memang best sekali sekala panjat tangga walaupun pada mulanya penat dan kaki crame. Tapi bila dah biasa, ia akan jadi satu keseronokan kerana kita berjaya naik sampai tingkat 15. Ia adalah pencapaian kecil pada pagi itu.😊 Tapi itu cerita sewaktu bekerja sebagai banker di Hq, Kuala Lumpur. Sekarang sudah menetap di Terengganu.

7.Hindari makanan diproses.

Nak kurus cepat, hindari makanan yang diproses seperti makanan sejuk beku atau dalam tin kerana ia mengandungi garam,gula,bahan pengawet, serta pewarna tiruan yang tinggi. 

8.Elakkan makan "Fast Food".

Cabaran untuk yang suka makan fast food. Jika anda betul-betul ingin kurus, elakkan makan fast food seperti KFC, McD,Pizza, Subway, sekurang-kurangnya untuk 3 mnggu pertama tanpa ada cheat day. 

9. Jaga emosi dan selalu timbang.

Penjagaan emosi sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Bagi sesetengah orang, jika mereka stress,mereka akan makan dengan lebih kerap dan banyak.Hal ini akan merencatkan proses penurunan berat badan.Maka jangan ditanya kenapa anda tak kurus-kurus. Kurangkan stress dengan membaca,melukis,mendengar muzik yang damai, atau sekadar berbaring dengan fikiran yang kosong setelah seharian penat bekerja. Bagi yang Muslim, boleh lakukan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran, dan solat sunat. Selain itu, rajin-rajinkan diri untuk timbang. Lagi baik sekiranya di rumah kita ada satu alat penimbang. Jadi lebih senang untuk kita mengawal berat badan dan tracking progress kita. 

10.Sokongan daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan.

Sokongan daripada pasangan yang terdekat sangat penting.Contohnya,jika kita mahu work-out,pasangan boleh tolong jagakan anak.Anda juga boleh join mana-mana aktiviti dan program kurus berjemaah supaya semangat untuk kurus membuak-buak. Dalam group kami,kami ada program kurus bersama LAT Family iaitu iFlat. Dari situ,setiap peserta akan diajar cara pemakanan yang betul dan dibimbing oleh coach yang berpengalaman.Jangan jadi macam gambar di bawah ye..😂


11. Intermittent Fasting.

Sekarang sangat famous tentang intermittent fasting atau lebih dikenali sebagai IF. IF ini ialah puasa yang kita lakukan selama 12,16,18,atau 24 jam bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang.

Semasa IF,kita boleh minum air.Tetapi hanya air masak dan air berkalori bawah 10 kcal untuk menambah tenaga.

Pengalaman Siti sendiri melakukam IF, Siti berjaya turun berat badan sebanyak 8kg. Bagi Siti,ia adalah pencapaian  yang baik kerana badan Siti senang nak naik tapi susah nak turun.


12.Pengambilan Supplements.

Ada pelbagai jenis supplements di pasaran. Tak kurang ramai yang buat bisnes online jual supplement.Cuma kita kena hati-hati dalam memilih supplements yang selamat. Jangan terlalu ghairah untuk kurus dengan mengambil supplements yang cepat kesannya tetapi memberi mudarat pada masa panjang.

Untuk supplements, Siti sangat mengesyorkan anda menggunakan produk Shaklee. Shaklee adalah produk yang sentiasa selamat, terbukti dan berkesan. Siti sendiri menggunakan Shaklee sebagai supplements harian. Pengambilan supplements dapat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Untuk set kurus Shaklee, ia terdiri daripada lecithin,omega guard, herb-lax, alfafa, Cinch Shake, Cinch tea mix dan juga ResV atau Vivix.


Fungsi Set Kurus Shaklee:


a) Lecithin.
-Lecithin adalah sebagai agen pengemulsi lemak semulajadi yang menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil dalam proses penghadaman.

b) Omega Guard
-Berfungsi dalam membakar lemak dan mengawal kolestrol.

c) Herb-Lax
-Berfungsi sebagai membersih dan menyihatkan usus, membantu pelawasan, menghilangkan sembelit dan mengempiskan perut.

d) Alfafa
-Membersih toksin dalam badan, membantu penghadaman dan melegakan perut kembung.

e) Cinch Shake
- Tinggi protein dan serat. Mengandungi leusina yang membakar lemak dan membina otot untuk meningkatkan metabolisma. Juga bertindak sebagai "meal replacement" atau pengganti makanan yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia juga bertindak sebagai penghalang daripada ketagihan makanan manis.

f) Cinch Tea Mix
-Mengandungi taurina yang memberikan tenaga segera. Merupakan campuran dari teh hijau, putih dan merah yang akan meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak.

g) ResV
-Mengandungi polifenol sebagai antioksidan yang memelihara kesihatan sel badan dan memberikan tenaga tambahan setiap hari.

Agen bakar,buang dan bina


Jika anda ingin melakukan IF melebihi 17 jam, anda disarankan mengambil ResVivix dan collagen kerana selepas 17 jam, berlaku proses autophagy di mana sel akan memakan sel-sel yang rosak dan sel kanser. Kesannya, kita akan nampak lebih muda dari usia sebenar. Namun dalam masa yang sama ia menurunkan collagen dalam badan. Sebab itu kita perlukan collagen segera untuk menggantikan kehilangan collagen semasa proses autophagy tersebut. Kita nak kurus dengan sihat dan cantik. Bukan kurus dengan menggelebeh.

 Kesimpulannya, mengurangkan berat badan bukan sekadar untuk kelihatan cantik dan berketerampilan menarik. Tetapi ia membantu dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, diabetes, darah tinggi,atau penyakit yang mengancam nyawa.


Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee



No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...