Tuesday, April 11, 2023

8 SEBAB BISNES SHAKLEE ADALAH BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA

 


Assalamualikum dan hai...Apa khabar sahabat pembaca hari ini?Semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang dan rutin harian.

Pertama sekali,Siti ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog Siti.Siti mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan membina daripada sahabat untuk penambahbaikan pada entry akan datang.Thanks in advance.😊

Ok,pada entry kali ini Siti nak berkongsi tentang apa bisnes terbaik di Malaysia.Banyak bisnes di Malaysia samada boleh dibuat secara online atau offline.Kos hidup yang semakin meningkat dewasa ini,membuatkan ramai yang tercari-cari apakah bisnes yang boleh dijalankan untuk menambah pendapatan individu atau isi rumah. Bagi yang bekerja,side income dah menjadi satu kemestian buat masa sekarang.Ada yang buat side income sekadar menambah pendapatan atau ada juga target nak resign awal dari company mereka.

Bagi Siti sendiri,semasa bekerja Siti pun pernah buat bisnes.Tapi bisnes itu tidak bertahan lama dek kerana kita terlalu penat nak uruskan semuanya bermula daripada jumpa supplier,deal dengan supplier,packing sendiri barang, dan kena buat marketing sendiri. Pendek kata kita kena uruskan dari A sampai Z. Dan akhirnya,motivasi untuk buat bisnes pada masa tu terhenti.

Bisnes yang dijalankan gagal.Tapi adakalanya gagal lebih baik daripada putus asa.Berputus asa bermaksud kita tidak mahu berusaha lagi. Melalui kegagalan,kita boleh belajar untuk berjaya. Melalui kegagalan juga,kita boleh belajar untuk tidak mengulangi kegagalan tersebut. Analoginya, bola yang jatuh dengan kuat akan melantun lebih tinggi lagi. Begitu juga orang yang berjaya.Orang yang berjaya bukan tidak pernah gagal.Tapi mereka dah banyak kali melalui fasa kegagalan. Dan dari situlah mereka belajar untuk lebih berjaya lagi.

Bisnes Telekung.Siap gubah lagi nak bagi cantik..😁

Bisnes jual kerepek untuk diedarkan  ke koperasi sekolah kakak.

Takdir Allah, akhirnya Siti dilamar oleh upline Siti aka "mak Shaklee" sekarang untuk menjalankan bisnes Shaklee setelah mencari-cari apakah bisnes terbaik untuk jangka masa panjang. Ada orang kata, "ala,kenapa bisnes Shaklee,tak ada bisnes lain ke?".Sahabat,sememangnya ada sebab kenapa bisnes Shaklee adalah terbaik dalam penilaian Siti. Dan Siti percaya,ramai dah istiqamah dalam bisnes ini. Jika tidak,masakan setiap tahun Shaklee melahirkan ramai leader-leader baru kan?

Ok.Sekarang kita lihat 8 sebab kenapa bisnes Shaklee adalah bisnes online terbaik Malaysia. Best sangat ke bisnes Shaklee ni?Memang best!😊

1.Modal rendah,risiko rendah,tetapi pulangan tinggi.

Ayat di atas nampak cliche kan? Ada ke bisnes modal rendah,risiko rendah tetapi pulangan tinggi?Yang biasa kita dengar,modal tinggi,risiko tinggi,dan pulangan tinggi.High risk,high return.Tapi keadaan ini berbeza dengan bisnes Shaklee.Sahabat hanya perlukan modal serendah RM35 sahaja untuk mendaftar sebagai ahli. Dan kemudian boleh menjalankan bisnes yang pulangannya 3,4,5 dan 6 angka sebulan..Jika sahabat tak mau bayar RM35,sahabat boleh dapat free membership atau keahlian secara percuma dengan promo bulan April yang masih berjalan di entry vitamin kulit cantik.

Bagi pengalaman Siti sendiri,RM35 sangat murah berbanding Siti kena bayar yuran keahlian sebanyak RM200 kepada syarikat C**** hanya untuk mendaftar sebagai ahli dan seterusnya layak untuk membuat bisnes.Tetapi akhirnya upline tersebut melarikan diri dan duit hangus begitu sahaja. RM200 tu banyak tau.

2.Economic bullet proof-sentiasa ada permintaan.

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang evergreen. Sentiasa ada permintaan terhadap produk Shaklee kerana niche bisnesnya adalah kesihatan. 

Sebagai contoh,sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia,bisnes Shaklee melonjak 2 kali ganda daripada biasa dek kerana permintaan terhadap produk kesihatan sangat tinggi.Semua orang nak sihat pada masa itu dan mereka memilih Shaklee kerana Shaklee selamat, terbukti dan berkesan.

Produk Shaklee memenangi anugerah emas bagi kategori Vitamins/Health Supplements 2021 dan 2022 menunjukkan bahawa Shaklee sangat mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.

3.Produk yang selamat,terbukti dan berkesan.


Selama lebih 100 tahun,pelbagai generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang syarikat lain tidak mampu untuk lakukan iaitu menghasilkan produk yang selamat secara semula jadi dan terbukti berkesan.

Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik untuk semua.Shaklee melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa.Setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi,dan lembut serta mesra pada alam sekitar.

Di Shaklee,lebih 300 juta USD dilaburkan dalam ujian klinikal,penyelidikan,dan pembangunan (R&D).Manakala lebih 100 000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk. Juga  100 kertas saintifik (Journal) diterbitkan. Shaklee bebas daripada 2500 bahan kimia dan kualiti produk Shaklee sangat melangkaui organik.

Produk Shaklee terbahagi kepada Health care,Home care,Hair care,Skin care dan yang bakal berada di pasaran Body care.

Apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar:

"Ia selamat.Ia terbukti.Dan ia berkesan."


4.Syarikat yang stabil dan ada reputasi.

Shaklee telah berada di pasaran dunia lebih 100 tahun dan di Malaysia lebih 60 tahun.Percaya atau tidak,perkataan vitamin yang digunakan pada masa sekarang adalah berasal daripada produk pertama Shaklee Vitalized Minerals yang dihasilkan oleh pengasas Shaklee sendiri iaitu Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1915. Shaklee adalah perintis supplement di seluruh dunia. Selepas Shaklee, barulah muncul pelbagai brand yang sepertimana yang kita lihat di pasaran sekarang.

Vitalized + Mineral = Vitamin

Pada tahun 1915, Dr.Forrest C.Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea.

Shaklee bukan sahaja terkenal di Malaysia,malah hampir di seluruh dunia seperti di India,Canada,Mexico,China,Japan,Taiwan dan US.Maka,tidak hairanlah bila sebut je supplements Shaklee,orang sudah kenal.Tidak perlu lagi nak terangkan apa itu Shaklee.

5.Bisnes yang boleh bagi slip gaji dan bank terima.

Jarang kita dengar bisnes yang dijalankan secara online ada slip gaji dan pada masa yang sama bank boleh terima slip gaji tersebut untuk membuat pinjaman membeli kereta,rumah dan sebagainya.Jujurnya,pertama sekali Siti dengar slip gaji Shaklee laku di bank-bank,rasa sangat amazing.Ibarat kita bekerja di syarikat besar pula kerana bank pada hari ini bukan senang nak luluskan sesuatu pinjaman. SOP bank makin ketat kesan daripada pandemik kerana bank tak nak ambil risiko kerugian jika pelanggannya tidak mampu membayar balik pinjaman tersebut.Tetapi,berlainan pula dengan slip gaji Shaklee yang mana ia laku di bank-bank. Bayangkan betapa kukuhnya syarikat Shaklee.

6.Proven results, Proven Mentor, Support System.

#1.Proven results

Shaklee bukan produk timbang kilo. Setiap produk Shaklee dihasilkan oleh kawalan yang sangat ketat bermula dari biji benih sehingga lah kepada penghasilan produk. Kepakaran Shaklee adalah dalam bidang R&D dimana setiap bahan yang hendak digunakan mempunyai piawaian yang sangat ketat dan ia tiada kompromi. Bahan mentah yang mengandungi racun serangga dan biji benih yang GMO akan direject oleh Shaklee.

Maka, tidak hairanlah pengguna Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang baik. 

 My mentor:Master Kam Maria dan Master Nur Zahirah bersama pengguna Shaklee lebih 50 tahun dan 35 tahun.
 
Master Kam Maria bersama pengguna Shaklee lebih 40 tahun dan lebih 50 tahun.

#2.Proven Mentor

Mentor memainkan peranan yang sangat penting. Sebagai seorang mentor, mereka akan menarik tangan kita untuk sama-sama berjaya seperti mereka. Bahkan mereka lagi seronok jika kita lebih berjaya daripada mereka. Dalam Shaklee, rank tertingginya iaitu Master Coordinator tiada had. Bermaksud sesiapa sahaja mampu untuk mencapainya.

Situasi ini sangat berbeza jika kita bekerja. Dalam sesebuah company, hanya akan ada seorang CEO sahaja. Dan kita tidak ada peluang untuk menjadi CEO yang kedua.Lebih malang lagi jika ada persekitaran kerja yang tidak sihat. Budaya bodek bos dan politik office untuk menjatuhkan seseorang meyebabkan seseorang yang layak dinaikkan pangkat kerana prestasi kerja yang cemerlang dicantas oleh orang yang kaki kipas dan mengadu domba. Maka, peluang tersebut sudah hilang.

Ramai mentor-mentor kami, upline, side line sudah menikmati reward yang ditawarkan oleh Shaklee.Di Shaklee,syarikatnya menawarkan 3C iaitu  cash,car,convention.

*Cash

Pendapatan purata Shaklee. Ia akan berubah-rubah mengikut bulan tertentu.

*Car

Car bonus Shaklee berbeza dengan company lain di mana Shaklee tidak memberikan sebiji kereta, tetapi bagi duit tunai atau cash untuk membeli kereta. Dan Car bonus ini adalah reward seumur hidup bagi yang layak. Diibaratkan sebagai duit pencen. Jika kita tidak mahu menggunakan duit tersebut untuk membeli kereta,kita boleh gunakannya untuk membeli rumah, pergi umrah atau sebagai simpanan.

Car bonus achiver

*Convention /Trip

Shaklee memberikan pakej percutian setiap tahun kepada ahlinya yang layak. Percutian yang ditaja Shaklee adalah percutian dalam dan luar negara. 

Gambar ini adalah trip percutian ke Switzerland pada tahun 2022.


My Nanny in Shaklee. Trip ke Switzerland

#3.Support System

Bisnes Shaklee dapat dijalankan samada secara Online atau Offline. Shaklee mempunyai sistem yang membolehkan agen atau pengedar atau ahli biasa Shaklee memesan produk hanya di hujung jari. Hanya perlu memasukkan ID dan password dalam laman web Shaklee dan urusan penghantaran akan diuruskan sepenuhnya oleh Shaklee. 

Bisnes Shaklee lebih mudah kerana kita tidak perlu simpan stok yang akan merisikokan kepada kerugian jika produknya sudah tamat tempoh. Shaklee juga memberi jaminan sepenuhnya produk yang dipesan akan sampai dalam keadaan yang baik. Jika berlaku sebarang kerosakan, Shaklee akan menggantinya dengan produk yang baru tanpa mengenakan sebarang caj.

Sistem bisnes Shaklee adalah sangat mesra pengguna. Shaklee bukan sistem berkonsepkan piramid atau head hunting. Bermakna Shaklee mempunyai sistem yang sangat adil di mana walau anda berada di level mana sekalipun, tetapi jika anda tidak berusaha, anda tidak dapat menikmati ganjaran yang disediakan oleh Shaklee samada dalam bentuk cash,car atau convention/trip. Tiada istilah orang bawah yang berusaha keras, orang atas akan menikmati hasil yang lumayan. Anda buat, anda dapat.

Selain itu, Shaklee juga menyediakan banyak kelas-kelas nutrisi untuk membantu pengedar Shaklee dan ahlinya untuk memahami nutrisi sesuatu produk. Ini ditambah lagi dengan adanya website Shaklee,Telegram group, dan juga FB group dalam usaha mempromosikan produk-produknya.

Inisiatif daripada mentor terdekat sendiri yang menyediakan pelbagai group seperti group coaching, group bisnes, group kelas marketing sangat membantu ahli-ahli di bawahnya untuk menjalankan bisnes. 

Website Shaklee

7.Bisnes yang boleh diwariskan

Sebab No.7 ini menyebabkan Shaklee sangat berbeza berbanding syarikat online yang lain.Jika 10 tahun dahulu kita mendengar produk viral sesebuah syarikat dan orang berebut-rebut nak menjual produknya,tetapi hari ini ke mana hilangnya produk tersebut?

Dalam Shaklee,apa yang kita usahakan hari ini tidak sia-sia. Ibarat kata-kata my mentor,"apa yang you usahakan hari ini tidak mengalir ke longkang." Ilmu nutrisi tentang produk yang kita timba hari ini dan saat ini adalah ilmu yang sama pada 10 tahun akan datang.Apa yang kita tanam hari ini juga dapat dituai pada masa akan datang oleh generasi anak cucu kita. Contohnya,Jika income kita hari ini RM50K dalam Shaklee pada rank Master Coordinator, income yang sama juga dapat diwariskan kepada keturunan kita.Bahasa mudahnya,jalan pintas atau shortcut.Ibarat syarikat Megah Holdings dalam drama tu.Si ayah mewariskan syarikat yang dibinanya berpuluh tahun kepada anak dan anak terus mendapat pangkat CEO.Haa,gittew.😊

8.Banyak menambah nilai hidup.

Point no 8 ini adalah point yang paling penting.Bukan sahaja dalam bisnes,tapi dalam kehidupan seharian.

Pada usia lewat 30-an ni,perasaan untuk mencari sesuatu bagi memperbaiki serta menambah nilai hidup sangat menebal. Dan salah satunya Siti temui di Shaklee. Selain dapat meningkatkan taraf kesihatan, ia juga dapat membantu kita dalam membetulkan alignment hati.

Dalam group kami, kami diajar untuk meningkatkan amalan rohani oleh mentor-mentor kami seperti berselawat, banyakkan berzikir,berdoa,tepati solat wajib dan banyakkan solat-solat sunat. Dari situ lah kita akan tenang, happy dan enjoy dalam setiap urusan kehidupan kita seharian. Bukan bermaksud tidak ada ujian,tetapi respon kita terhadap ujian tersebut sudah berbeza berbanding sebelum ini.Pepatah ada menyebut,orang yang tenang selalunya akan menang.

Sebagai contoh,amalan selawat. Bukan kita tak pandai berselawat. Setiap orang pasti pandai berselawat. Tetapi apabila berada dalam circle yang positif, kami diajar untuk disiplinkan diri berselawat sekurang-kurangnya 1000 kali sehari. Lebih banyak lagi baik. Juga,kami diajar untuk memulakan pagi dengan berzikir, membaca Al-Quran dan kata-kata yang positif. Bagi bukan Muslim pula,mereka digalakkan melakukannya sesuai dengan agama mereka..

Selain itu juga,kami juga diajar untuk selalu TTA(Talk to Allah). Selalu 'online' dengan Allah walau di mana pun kita berada. Tidak semestinya berada di tikar sejadah 24 jam untuk TTA kerana Allah Maha tahu akan segala isi hati kita.

Teringat pula Siti akan kisah Rasulullah yang diceritakan oleh ustaz Hanan. Pada waktu itu, sudah beberapa bulan wahyu tidak turun(enam bulan kalau tidak silap.Boleh rujuk kepada ustaz/ustazah untuk kepastian).Orang kafir mula mengejek-ngejek Rasulullah dengan mengatakan bahawa "Tuhan Muhammad telah meninggalkannya" dan mereka mengatakan bahawa Rasulullah bukan seorang Rasul dan Nabi. Rasulullah sangat sedih. Setiap hari Rasulullah memandang ke langit tanpa berkata apa-apa. Hanya membatin di dalam hati.Berhari-hari situasi yang sama berlaku.Sehingalah turunnya surah  Ad-Dhuha. Surah tersebut menyatakan bahawa Allah tidak pernah meninggalkan baginda dan sangat mengetahui segala isi hati baginda Rasul. Turunnya ayat tersebut membuatkan Nabi sangat bahagia.Terubat akan sedih baginda.Dan sedihnya Rasulullah bukan kerana diri baginda sendiri.Tetapi kerana sedihnya memikirkan apakah nasib umat baginda di Akhirat kelak.Kisah ini membuktikan kepada kita bahawa Allah Maha tahu segala isi hati kita meskipun kita nyatakan atau sembunyikannya. Maka,TTA atau membatin lah sentiasa kepada Allah kerana tidak ada sesuatu pun yang akan berlaku tanpa izin Allah walau sehelai daun yang gugur di hutan.

Penekanan terhadap amalan rohani ini telah banyak memberi kesan dalam hidup Siti. Kesannya, Siti lebih tenang menghadapi sebarang situasi. Kalau dahulu,situasi dan ujian yang sama kita cepat melatah,tapi sekarang Siti rasa lebih tenang dan rasional dalam merespon sesuatu situasi berbekalkan tawakkal yang tinggi kepada Allah,iaitu pemilik seluruh alam dan juga pemilik hati ini. Hidup ini sementara sahabat. Jadi kita kena selalu upgrade diri untuk bekalan kita di Akhirat sana. Bukan sekadar hidup kerana kita ada amanah yang perlu dipikul sebagai khalifah di muka bumi. Kita mati sekali,tetapi kita hidup dua kali. Hidup di dunia dan hidup di Akhirat.

"Kalau hidup sekadar hidup,babi di hutan juga hidup.Kalau bekerja sekadar bekerja,kera juga bekerja." Buya HAMKA


Sekarang kita tengok apa kata orang ramai tentang bisnes Shaklee?

"CHANGING BRANDS CAN CHANGE YOUR LIFE"




Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU contact no di bawah.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee













No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...