Monday, April 17, 2023

SCORE BONUS EXTRA DENGAN INSENTIF SHAKLEE



Assalamualaikum sahabat pembaca yang setia. Moga sentiasa dalam rahmat,kasih sayang serta redha Allah. Tiada yang lebih berharga dalam kehidupan ini selain mendapat redha Allah. Apa pun yang kita lakukan hari ini adalah semata-mata untuk mencari redhaNYA walau terkadang jalannya penuh onak dan duri.

Hari ini Siti nak kongsi tentang insentif Shaklee. Pada Sabtu lalu, Siti berpeluang hadiri kelas Shaklee secara online dengan BDM Pn. Amalia. Maklumlah, Shaklee ni terkenal dengan bisnes online, kelas pun banyak diadakan secara online. Jadi lebih mudah bagi sesiapa sahaja untuk hadiri kelas asalkan anda mempunyai  smart phone dan internet.

Dalam kelas tersebut, Pn. Amalia berkongsi tentang bagaimana nak score bonus extra dengan insentif Shaklee. Seperti yang kita maklum, Shaklee memberi insentif secara 3C iaitu cash, car dan convention/trip.

Tapi ini berbeza dengan cash yang biasa kita dapat tu. Insentif ini merupakan cash tambahan sebanyak RM600 kepada new rank-up Supervisor dan Senior Supervisor. Ha, camne nak dapat?Jom Siti terangkan. Baca sampai habis tau.😀

Ok, situasinya terbahagi kepada dua:

Situasi Pertama: 

Jika anda bermula dengan ahli baru dan berada di rank distributor, anda berpeluang untuk rank-up kepada new Supervisor dengan pendapatan anggaran RM 1,500.00-RM 2,000.00 sebulan, Jika anda effective untuk dua bulan berikutnya, anda berpeluang mendapat bonus tambahan secara percuma daripada Shaklee sebanyak RM600.00.

Sebagai contoh:

Jika anda rank-up sebagai new Supervisor pada bulan April atau Mei atau Jun, dan effective sebagai supervisor untuk kedua-dua bulan berikutnya, anda layak untuk mendapat bonus tambahan daripada Shaklee sebanyak RM600.00. Maksud lain adalah anda mestilah berada di rank Supervisor selama 3 bulan berturut-turut.

Jadi, total bonus yang anda akan dapat sebanyak:

April- RM 1,500.00

Mei- RM 1,500.00

Jun- RM 1,500.00

Bonus extra/tambahan: RM 600.00

TOTAL BONUS : RM 5,100.00


Situasi Kedua:

Jika anda sudah berada di rank Supervisor, dan rezeki anda untuk rank-up sebagai Senior Supervisor dengan anggaran pendapatan sebanyak RM 3,000.00 pada bulan April atau Mei atau Jun dan effective sebagai Senior Supervisor untuk kedua-dua bulan berikutnya, anda juga layak untuk menikmati bonus tambahan sebanyak RM 600.00 daripada Shaklee. 

Sebagai contoh:

Jika anda rank-up sebagai Senior Supervisor pada bulan April, Mei dan Jun, Maka bonus anda adalah seperti di bawah:

April- RM 3,000.00

Mei- RM 3,000.00

Jun- RM 3,000.00

Bonus extra/ tambahan: RM 600.00

TOTAL BONUS: RM 9,600.00


Bonus akan dibayar kepada anda pada bulan Ogos jika anda effective untuk ketiga-tiga bulan bermula April. JIka anda rank-up bermula pada bulan Mei atau Jun,bonus tambahan akan dianjak ke bulan berikutnya. Tapi perasan tak, anda effective 3 bulan bermula April hingga Jun, tapi kenapa Shaklee tak terus bayar RM 600.00 ke dalam akaun anda pada bulan Julai? Kenapa Shaklee nak hold sampai sebulan? Shaklee nak scam ke? atau Shaklee tak ada duit nak bayar lebih kepada ahlinya?

Ish,ish, ish! tak baik terlalu cepat buruk sangka. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni tau..Ok camni, sebenarnya tiada istilah Shaklee tak cukup duit atau jauh sekali nak scam ahlinya tau. Dan untuk rekod, Shaklee tidak pernah gagal untuk membayar mana-mana ahlinya walau berapa pun jumlahnya. Ada yang dapat 4 angka, 5 angka dan 6 angka dibayar on time atau lebih awal dari date line.

Berbalik kepada persoalan tadi.Sebenarnya Shaklee nak siasat betul-betul samada kita melanggar etika perniagaan atau tidak. Sebab Shaklee tidak mahu ahlinya mengejar rank tetapi melanggar etika dengan menjual di e-dagang seperti Shopee, Lazada dan beberapa lagi platform yang lain. Sebab konsep Shaklee adalah memberi konsultasi secara one to one person. Dan Shaklee tidak mengejar keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada membangunkan kesihatan sedunia. Jika anda membeli di platform e-dagang, anda tidak akan mendapat konsultasi cara makan secara betul. Kesannya, anda tidak akan mendapat manfaat daripada pelaburan membeli supplements tersebut.

Anggaran bonus Shaklee

Sekarang kita dah lihat insentif Shaklee kan? Sebenarnya ia lebih kepada untuk melahirkan Supervisor baru dan Senior Supervisor. Tetapi apa pula manfaat kepada rank yang lama seperti coordinator dan ke atas? Sistem Shaklee sangat adil. Mereka juga dapat menikmati manfaat daripada insentif ini. Jika mereka melahirkan Supervisor baru dengan galakan dan bimbingan yang berterusan, secara tidak langsung group bisnes mereka akan berkembang dan akan mendapat point bagi setiap terlahirnya supervisor baru. Point ini akan melayakkan mereka mendapat insentif percutian di dalam dan luar negara. Itulah Shaklee, tidak menindas mana-mana pihak. Malah sama-sama dapat untung. Win-Win Situation.






My mentor & Sideline-Percutian Shaklee ke Switzerland 2022. 
Switzerland merupakan salah satu tempat tercantik di dunia. Juga merupakan lokasi percutian impian Siti. Moga satu hari nanti kami  sekeluarga juga akan sampai  ke sana. 
In shaa Allah.

Haa,camne sahabat? Best kan dapat duit percuma? Siapa nak bagi mudah-mudah RM 600 kan. Bagi Siti RM 600 banyak tau. Boleh la untuk tambah-tambah perbelanjaan raya nanti. Misalnya,dapat juga membeli bahan mentah untuk menyediakan juadah kepada para tetamu yang akan datang nanti

Duit bukan boleh dibawa mati.Tapi kalau tak ada duit rasa cam nak mati. Bahkan bahagia pun boleh "dibeli" dengan duit. 80% kes perceraian rumah tangga berpunca daripada masalah kewangan. Tak ada duit, suami isteri bergaduh bahkan ada sampai bercerai berai, ibu bapa tetiba jadi baran kepada anak-anak sebab stress tak ada duit. 

Zaman sekarang , bukan kita nak menghambakan diri kepada duit, tetapi jika tak ada duit kita pun tak boleh jadi hamba yang baik kepada Pencipta kita. Kerana terlampau stress dan depressed, terkadang ramai orang hilang pertimbangan. Berapa ramai yang membunuh diri. Dan berapa ramai juga dalam cubaan untuk membunuh diri. Terjun dari jambatan untuk membunuh diri, tetapi tak mati-mati juga. Ternyata Allah masih memberi peluang kedua kepada dia. Ada juga yang cuba membunuh diri di landasan keretapi. Semasa hati nekad nak terjun ketika keretapi datang, tetiba mendapat panggilan daripada sahabatnya untuk bertanya khabar. Niat untuk terjun dalam landasan keretapi segera mati. Allah menyelamatkan dia melalui sahabatnya. Allahu, jika kita melihat di media sosial dan di dada-dada akhbar, berapa banyak masalah rumah tangga dan masalah sosial yang berlaku disebabkan masalah kewangan. So. siapa cakap duit tak penting? Kalau daun-daun kayu boleh gantikan duit senang jer kan. Pergi petik jer daun-daun tersebut untuk berbelanja.😂

Duit bukan segala-lanya. Tetapi segala-galanya perlukan duit.

Ada orang tanya. Bisnes Shaklee ni ok ke? Bagus ke?Sahabat, jangan risau ye. Shaklee adalah produk yang selamat, terbukti oleh sains dan berkesan. Shaklee dan lebih 100 tahun di dunia. Di Malaysia, Shaklee sudah lebih 60 tahun. Vitamin pertama Shaklee adalah pada tahun 1915 yang dipanggil vitalized minerals yang dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu pengasas Shaklee.

Produk pertama Shaklee pada tahun 1915

Untuk rekod, Shaklee memenangi Readers Digest Trusted Brand Gold Award untuk tahun 2021 dan 2022 bagi kategori Vitamins and health Supplements. Bermakna Shaklee sangat dipercayai oleh masyarakat Malaysia dan dunia.




Reader Digest Trusted Brand Gold Award Winner 2021 and 2022 for category Vitamins & Health Supplements

JIka anda berminat untuk dapat bonus extra, boleh hubungi Siti di talian di bawah pada bila-bila masa sahaja. Jangan time tidur sudah. Memang tak angkat dan reply la on the time.Tetapi akan reply bila dah bangun tidur ya. 😅

Ok lah sahabat. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry. Salam sihat dan bahagia.

(26 Ramadhan 1444H)


Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee

No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...