Friday, May 12, 2023

WOW BESTNYA ! SET KURUS HELLO NEW YOU KINI KEMBALI

 

Hi, assalamualaikum.. Salam Jumaat yang berkat. Semoga sahabat pembaca sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Yang Maha Pencipta. Tiada apa yang kita harapkan dalam hidup ini selain mendapat redha-NYA. Apa pun yang kita lakukan hari ini, semoga beroleh redha-NYA. Mungkin jalan kita tak sama, tapi matlamat kita sama. 

Hari Jumaat, penghulu segala hari.Auranya tidak sama sepeti hari-hari lain. Jika jiwa di hari-hari lain gundah gulana, bila bertemu je dengan Jumaat, jiwa  pasti terasa bahagia. Ia juga merupakan 'hari raya' bagi yang Muslim. 

Ok, hari ini Siti nak kongsi tentang set kurus yang sangat famous ni, "Hello New You". Wow, bestnya! set Hello New You kini kembali. Set ini sudah 2 atau 3 bulan tidak berada dalam Shaklee. Kini sudah kembali semula sesuai dengan waktu lepas raya ni. Maklumla, walaupun masih berada di dalam bulan Syawal, tapi berat badan dah mula naik bagai di pam-pam. Mana taknya, setiap hujung minggu pergi open house. Weekdays pulak open house dekat company sendiri dan jemputan company-company lain. 


Konsep bakar,buang dan bina

Turunkan berat badan dan kekalkannya!

Bagi yang pertama kali dengar, mesti tertanya-tanya, set ini set apa sebenarnya. Bunyi cam best. New You. Kita bertukar jadi orang lain ke? Yes, lebih kurang camtu la atau lebih tepat lagi the new version of you. Bayangkan, kita yang sekarang ini dengan berat badan yang 'comel' bertukar jadi slim melim dalam beberapa bulan akan datang dengan bantuan set ini. Wajah pun lebih cerah dan berseri-seri. Nanti bila jumpa kawan-kawan, diorang akan tegur 'Wah, dah lain you sekarang ye. Dah nampak slim dan cantik". Ha, best kan bila kita dapat teguran camni? Siapa tak suka slim dan cantik kan?

Set Hello New You atau lebih popular dikenali set kurus merupakan set yang mengandungi beberapa produk seperti Herb-lax, Lecithin, Omega, Cinch Cafe latte dan percuma Cinch perisa Vanilla. Bagi yang new member, anda akan mendapat keahlian secara percuma, penghantaran percuma dan Shaker Shaklee 500ml berwarna hijau secara percuma. Banyaknya dapat free. Untung yang new member kan.

PEMBAKAR LEMAK (Lecithin & Omega)

Fungsi Lecithin


  • Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang membantu memecahkan lemak dalam proses penghadaman
  • Mempercepatkan proses pemecahan lemak.
  • Mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati.
  • Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya

Fungsi Omega

  • Membantu membakar lemak dengan pantas selepas makan rendang dan makanan berminyak.
  • Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.
  • Menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak.
  • Dihasilkan daripada minyak ikan berkualiti tinggi




MEMBERSIH DAN SET SEMULA (Herb-lax)

Fungsi Herb-lax

  • Herblax berfungsi untuk membersihkan usus.
  • Laksatif semulajadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus.
  • Membantu melancarkan pembuangan setelah makan pelbagai juadah
  • Membantu melegakan sembelit ringan
  • Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.
  • Mengandungi daun senna yang akan melawaskan pembuangan. Bila usus dah sihat, senang badan untuk menyerap vitamin lain dan dapat mengelakkan berlakunya banyak penyakit, kerana banyak penyakit bermula dari perut.


MEMBINA OTOT (Cinch Latte,Coklat,Vanilla)

Fungsi Cinch

Cinch merupakan Meal replacement atau pengganti makanan yang memberi manfaat satu hidangan penuh dalam bentuk minuman yang lazat dan berkhasiat.

  • Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting dan membantu merapatkan jurang nutrisi.
  • Mengandungi Leusina untuk membantu membakar lemak tanpa kesan yo-yo, membina dan mengekalkan otot tanpa lemak untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang langsing.
  • Mengawal selera makan, mengurangkan nafsu makan dan rasa lapar yang tidak teratur.


Selamat Tinggal Lemak

Selamat Tinggal lemak. Hello Menawan!

Ha, dah tinggallan lemak tu, kita akan kelihatan sebagai orang baru. Ada orang kata, "i sayang nak tinggalkan lemak ni. You tau tak berapa ribu dah modal i nak ternak lemak ni? KFC, McD, Pizza, Subway, Fries dan banyak lagi" Hahahaha, ini kata-kata orang yang tidak termotivasi untuk kurus. Sebenarnya, kita bukan sahaja fokus kepada kurus, tetapi kita fokus kepada kesihatan. Bila badan gemuk, mudah penyakit akan datang. Darah tinggi, kolestrol, sakit lutut dan tumit, jantung, cepat letih dan lesu, dan menyukarkan pergerakan. JIka anda tidak mahu fokus kepada kurus, fokus lah kepada kesihatan. Nescaya motivasi untuk kurus pasti akan meningkat.

Sebab-sebab kenapa anda perlu kurus




Bila dah kurus, penampilan automatik akan berubah. Silap hari bulan anda terpaksa beli baju baru. Mana tak nya, saiz baju lama sudah menggelebeh dan tidak sesuai lagi dengan saiz badan anda. Baru kita alasan nak pakai baju baru kan?😅




Jom kita lihat testimoni set Hello New You. Ramai sudah berjaya kurus dengan cepat dengan mengambil set ini kerana faktor makanan menyumbang 80% dan senaman hanya 20% untuk kurus.















PROMOSI SET HELLO NEW YOU BULAN MAY 2023

Set Hello New You (1-31 May 2023)

Hanya RM353 untuk set Hello New You


Ok. Sekian sahaja untuk entry kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry. Salam sihat dan bahagia. Ingat, kita perlu kurus supaya sentiasa sihat. Kesihatan sangat mahal tau.😍

12 May,21Syawal 1444H

Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee

No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...