Tuesday, April 18, 2023

INDAHNYA SUNGGUH HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

 


Hai, Assalamualaikum sahabat pembaca.Moga sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga tersayang. Ha, dah makin meriah kan keluarga kita setelah ramai-ramai adik beradik balik berbuka puasa dan tinggal beberapa hari lagi je kita nak sambut hari raya.

Semasa Siti menulis entry kali ini, Siti sangat excited kerana tajuknya saja dah menggambarkan keindahan hari raya. Yang lebih excited lagi, Siti menunggu kepulangan adik beradik yang jauh di mata. Ada yang hanya balik setahun sekali kerana komitmen kerja. Adik beradik Siti ramai.Semuanya 12 orang.Rezeki kami dikurniakan adik beradik ramai. Tetapi semua merantau di negeri orang seperti Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan.Kebanyakkanya di Kuala Lumpur. Dulu Siti pun salah seorang pembayar zakat di KL sebab bandar itulah tempat mencari rezeki. Tapi sekarang dah menetap di  Terengganu, negeri kelahiran. Sungguh, tak sabar tunggu diorang balik. Rindu akan sebuah pertemuan..

Sebut pasal raya yang sinonim dengan tajuk,"indahnya sungguh hari raya dengan Shaklee", terngiang-ngiang lagu raya di kepala,,

        "Indahnya sungguh di hari raya,

          Ramainya orang bersuka ria,

          Indahnya sungguh di hari raya,

          Ramainya orang bersuka ria,

          Adikku manis, cantik bergaya,

         Bolehkah abang ikut bersama,..."

Ewah., menyanyi pulak kita yer. Sesekali menyanyi untuk hiburkan hati sendiri apa salahnya kan.Macam mana persiapan raya sahabat.?Apa menu raya anda tahun ini? Biasanya di akhir Ramadhan kami adik beradik sudah berbincang menu apa untuk raya seminggu dan siapa yang akan jadi "chef" pada menu-menu tertentu. Biasanya akan tukar syif memasak sebab semua pandai masak. Nak kata pandai sangat tu tak la sangat. Kan nampak riak pulak.hehehehe.Tapi In shaa Allah menjadi. Dulu, mak ayah kami berniaga kedai makan.Jadi, ada beberapa resepi tu adalah resepi warisan keluarga. Dan selebihnya resepi di internet. Mudah kan sekarang, semuanya di hujung jari. 

JIka dulu semasa arwah ayah masih ada, setiap tahun kami akan anyam ketupat  nasi sendiri, membungkus ketupat palas dan buat tapai sendiri. Part ni paling meriah sebab masing-masing akan berlumba-lumba siapa siap anyam dulu. Adakalanya terbabas juga sebab salah masuk daun.Nak cepat la katakan. Itula, siapa suruh berlumba sangat😅 Tapi selepas beberapa tahun arwah ayah meninggalkan kami, tradisi itu tidak lagi disambung kerana kebiasaaanya ayah lah yang mencari daun kelapa, daun palas, dan daun tapai. Kalau daun kelapa tu sangat susah sebab kena panjat pokok ambil bahagian yang paling atas iaitu daun muda. Kalau daun palas pula lebih mudah sebab kekadang ada je jual kat pasar. 


Sekarang dah senang. Hanya rebus ketupat segera sahaja. Tapi rasanya tidak sama seperti ketupat dalam daun. Ada sesetengah kampung sahaja yang masih mengamalkan tradisi ini. Di tempat Siti, memang dah payah nak jumpa rumah yang hidangkan ketupat daun ni. JIka lemang pula, kita serah kepada abang kedua. Sebab dia je yang rajin cari kayu api dan semangat nak buat lemang ni. 

Aktiviti membakar lemang di halaman rumah

Ketupat, lemang, satay, rendang,nasi tomato, nasi briyani, nasi arab, nasi ayam, laksa Terengganu, laksa Penang,pulut kuning, kek, puding, kuih muih adalah antara menu yang banyak dihidangkan semasa hari raya. Kesian kat perut kan. Sebulan berpuasa, dapat juga dia rehat. Sekali tiba hari raya, terus kena bekerja keras. Jom kita tengok berapa kalori makanan yang popular semasa hari raya.
















Sumber::
Makan Secara Sihat di Hari Raya,
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,


Takut kan kita tengok kalori setiap makanan tersebut? Padahal purata kalori bagi perempuan hanya sekitar 1600-2000 kcal sahaja sehari. Manakala lelaki hanya 2000-2500 kcal sahaja. Tetapi jangan risau,kita boleh kurus dengan cepat dengan bantuan set kurus Shaklee. Boleh baca di sini,kurus dengan cepat.

Di bawah ini adalah set kurus Shaklee yang premium.

Klik pada rajah untuk lihat fungsi produk.


Atau anda juga boleh detox badan terlebih dahulu dengan memilih set detox Shaklee.
Klik pada rajah untuk lihat fungsi produk.


JIka anda belum ahli, anda juga boleh mendapat keahlian percuma dengan Set Rahmah pluss kurus sekali tau sementara tengah promosi April ini.



Sementara itu, cuaca panas yang terasa bahannya sudah masuk ke dalam rumah membuatkan kita sentiasa dahaga. Tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh minum air manis yang berais yang sememangnya nampak sedap seperti teh ais cincau, bandung laici, kopi ais, dan pelbagai air manis yang lain kerana ia boleh mempercepatkan proses kenaikan berat badan. Solusinya, bertukarlah kepada air performance drink. Boleh juga dihidangkan kepada para tetamu yang datang.

Performance drink atau lebih popular dikenali sebagai air angkawasan adalah minuman elektrolit yang membuatkan badan kekal terhidrat. Sesuai diambil ketika cuaca yang panas, orang yang kurang minum air dan ketika bersukan dan melakukan aktiviti fizikal. Ia terdiri daripada dua perisa iaitu Lime dan lemon. 

     


Di hari raya ni mesti kita nak kelihatan cantik berseri kan. Kebetulan bulan ini Shaklee buat promo untuk set kulit Youth. Shaklee memang nak nampak kita cantik di hari raya dengan promosi April ni. Best kan Shaklee ni, sangat memahami jiwa kita. 😊

Klik pada rajah untuk fungsi produk.


Beli 1, percuma 2. Murah sangat-sangat.


Buy 1 Youth Radiance C+ E, Free Youth Hydrating Mask + Clay Mask.

Buy 1 Youth Night Cream Rich, Free Youth Hydrating Mask


Kelebihan Youth Mask
9 Manfaat Youth Hydrating Gel Mask
 
8 Manfaat Radiance C + E

Selain daripada itu, Shaklee juga menitikberatkan kebersihan dan kesegaran kulit kepala dengan mengadakan promosi Shampu dan percuma conditioner. KIta nak pergi beraya mesti nak rasa selesa dan segar kan. Anak-anak juga nak beraya tanpa kulit kepala gatal dan tanpa kelemumur.Maka tukarlah kepada shampu dan conditioner Shaklee yang mengekalkan kesegaran sepanjang hari.



Kalau anda perasan, promosi Shaklee untuk April ini adalah untuk meraikan hari raya bagi  sentiasa kelihatan cantik luar dan dalam. Juga untuk kelihatan slim dan selesa dengan menawarkan insentif Shaklee pada recycle April 2023/2024. Barulah raya lebih meriah kan. Syoknya raya bersama Shaklee.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi no Siti di bawah ye.

Ok.Sekian dulu untuk entry kali ini.Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry. Selamat Hari Raya dari Siti dan keluarga. Semoga lebaran ini kita sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan di atas kemenangan berpuasa selama sebulan. Semoga segala amal ibadat kita diterima di sisiNya.Ampun maaf dipinta jika ada terlanjur kata. Salam sihat dan bahagia selalu.

(27 Ramadhan 1444H)

Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:

JOIN

ATAU 

contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee

No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...