Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Ucapan yang sering dilafazkan sempena menyambut Aildilfitri 2023. Tak tau nak gambarkan camne lagi betapa bersyukurnya raya kali ini. Raya dalam keadaan tenang, tak kelam kabut seperti tahun lepas dan juga raya bukan lagi dalam fasa pandemik.
Hari ini, tanggal 4 May 2023, bersamaan 13 Syawal 1444H, masih lagi dalam mood raya walaupun masing-masing sudah kembali kepada kerja hakiki. Di kesempatan ini, Siti terlebih dahulu ingin mengucapkan kepada semua :
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin"
Raya kali ini rasanya lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini setelah 3 tahun beraya dalam fasa pandemik. Bagi keluarga Siti sendiri, ramai adik beradik cuti panjang bermula 19 April sehingga 1 May 2023 sempena cuti sekolah kerana ada di antara kami guru dan ada pula dapat cuti daripada majikan masing-masing. Dan port tempat kami berkumpul adik beradik ialah di rumah Mak di Paka. Maka, banyak aktiviti kami dapat lakukan bersama.
Sanak saudara yang sudah lama tidak bersua, dapat kembali bertaut silaturrahim di antara kami. Dalam minggu pertama raya, tak payah cakap la betapa sibuknya beraya sana sini😊. Lepas tetamu datang rumah, kami pula pergi beraya ke rumah orang. Dapur kat rumah tu tak berhenti berasap. Ada je menu nak dibuatnya. Samada untuk tetamu atau makan sesama adik beradik dan family. Kerana masa ni la nak buat macam-macam. Kalau tak kerana raya, kami masak simple-simple jer. Sebab ramai adik beradik yang merantau di negeri orang,maka rayalah masanya untuk menyediakan pelbagai juadah. Selepas raya ke-5, adik Siti yang ke 10 dah Fly ke UK (United Kingdom) kerana dalam proses menghabiskan PhD nya. Sempat juga la dia merasa suasana raya di kampung sebelum merantau di negara orang.
Menu raya pertama tahun ini berbeza sedikit daripada tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini kami buat soto, bakso di samping kuih muih. Siangnya pula kakak-kakak yang tinggal berdekatan bagi ketupat,lemang,tapai,nasi dagang, nasi beriani,kek buah serta kuih muih. Tau-tau je makanan penuh di atas meja.Syukur la ramai tetamu yang datang dan anak buah dalam proses membesar banyak makan. Jadinya makanan langsung tidak membazir. Risau dan rasa berdosa jika dibiarkan makanan membazir camtu je kerana kami dari kecil diajar agar tidak sesekali melakukan pembaziran.
Raya kedua kami baru lah bakar satay untuk dipadankan dengan rendang dan nasi impit. Satay ni kalau bukan sempena hari raya, Siti tidak akan pandang. Kalau kat pasar malam tu, hanya lalu ambik bau jer.Tak beli pun. Tak tau kenapa.Mungkin rasa jemu makan satay. Tapi berbeza jika satay yang dibuat sendiri sempena raya. Rasanya tidak sama dengan satay yang biasa. Mungkin kerana berkat kerjasama adik beradik dari melapah ayam sampai la membakar dengan suasana yang ceria membuatkan satay itu menjadi sedap. Betul lah kata orang kan. Terkadang sedapnya makanan itu bukan kerana resepinya, tetapi kerana suasana dan keberkatan silaturrahim itu sendiri.
Raya ketiga pula kami buat Nasi minyak lauk ayam merah. Malamnya semangat pergi cari nenas untuk dibuat acar. Tetapi semua kedai dicari habis. Timun batang pun habis. Akhirnya kami ambil inisiatif buat acar kubis unggu. Sebelum ini ada je orang buat acar kubis, tetapi kami lebih prefer acar nenas atau acar timun. Di tempat Siti, nasi minyak bukan sahaja dihidang sewaktu kenduri kahwin, tetapi semasa hari raya dan hari-hari biasa pun ada sebagai breakfast. Teringat dahulu ada seorang officemate semasa masih lagi kerja sebagai banker di KL. Dia pernah bertanya dengan nada pelik, "memang orang Terengganu makan nasi minyak pagi-pagi ke?Bukan semasa kenduri je ada ?" Siti pun membalas dalam keadaan senyum terukir di bibir. "Itu dah jadi perkara biasa bagi kami". Sebab bagi dia, nasi minyak hanya dihidangkan semasa kenduri sahaja. Siti pun tak pasti negeri lain camne. Ada dalam list tak nasi minyak sebagai menu breakfast.
Raya keempat pula kami masak laksa Terengganu. Laksa ni kami masak lebih sikit sebab kawan adik-adik nak datang. Raya keempat kami tidak ke mana-mana. Hanya melayan tetamu sahaja.
Laksa terengganu kuah putih untuk dihidang kepada tetamu.Lupa pulak nak ambil gambar sekali kuahnya.😅
Raya kelima pula kami ke pasar besar Dungun untuk mencari ikan patin. Tengok patin yang masih lagi nyawa-nyawa ikan semasa penjual ikan mengeratnya, rasa kesian pulak. Hehehehe..Raya kelima sudah ramai orang di pasar. Namun masih lagi banyak gerai-gerai yang tutup. Apapun, kami temui apa yang kami cari. Patin tempoyak menu raya kelima is done sempena penuhi hajat kakak Siti nak makan patin yang fresh.
Raya keenam kami balik ke kampung sekejap yang terletak di Titian baru,Kampung Atas Tol, Pasir Tinggi yang mengambil masa kira-kira 2 jam setengah dari Paka untuk berjumpa dengan sanak saudara di sana. Nasib kami baik kerana jalan sudah tidak jame walaupun jalan masih sibuk. Mungkin sudah ramai yang mula bekerja waktu itu.
Yang pastinya raya kali ini sungguh bermakna. Betapa bahagianya berkumpul adik beradik dengan pelbagai menu, lawak dan ragam. Kami suka masak dan suka makan. Dan hadiahnya, badan pun mula naik 4 kilo dalam masa seminggu. Semasa puasa sempat juga turun 3 kilo. Raya seminggu je dah naik 4 kilo. Tak tau nak nangis ke nak gelak.😅. Tapi tak pe, kita boleh kurus semula dengan set kurus Shaklee. Boleh juga baca indahnya sungguh hari raya dengan Shaklee yang Siti kongsikan kalori untuk juadah popular semasa hari raya. Di bawah ini Supplements yang boleh diambil untuk kembali kurus.
Sedikit tips Siti nak kongsikan di sini yang Siti dapat daripada seorang kawan:
Di musim perayaan ini perlu diingat juga untuk kurangkan minum air manis dan banyakkan minum air masak lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yg sangat panas sekarang. Selain untuk mengelakkan kegemukan, kIta kena bersedia untuk gelombang haba seterusnya antara 40 hingga 50 °C* . Kita hendaklah sentiasa minum air suhu bilik perlahan-lahan.
Elakkan minum air sejuk atau ais!
Pada masa ini, Malaysia, Indonesia, Singapura dan negara-negara lain sedang mengalami "gelombang haba."
Ini adalah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan:
1. *Doktor menasihatkan supaya tidak minum air yang sangat sejuk apabila suhu mencecah 40 ° C, kerana saluran darah kecil kita mungkin pecah*
Khabarnya kawan doktor pulang dari hari yang sangat panas - berpeluh lebat dan mahu menyejukkan diri dengan cepat - segera membasuh kakinya dengan air sejuk... Tiba-tiba, dia rebah & dibawa ke hospital.
2. Apabila haba di luar rumah mencapai 38 ° C dan apabila anda pulang ke rumah, *jangan minum air sejuk - hanya minum air suam perlahan-lahan*.
*Jangan basuh tangan atau kaki anda dengan segera, jika terdedah kepada matahari yang panas. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mencuci atau mandi*
3. Seseorang ingin menyejukkan badan dari panas dan segera mandi. Selepas mandi, orang itu dibawa ke hospital dengan rahang kaku & diserang angin ahmar.
*Sila Ambil perhatian:*
Semasa bulan panas atau jika anda sangat letih, elakkan minum air yang sangat sejuk dengan segera, kerana ia boleh menyebabkan urat atau saluran darah menjadi sempit, yang boleh menyebabkan strok.
Pastikan kita minum 8 gelas sehari atau 3% daripada berat badan sekarang. Contohnya, berat badan 70kg.. so, 3% X 70kg = 2.1 Liter air.
Boleh juga menggunakan formula 1 liter air untuk berat 25 kg. Jika kita berat 50kg, maka 2 liter air diperlukan oleh badan.
Di kesempatan ini juga Siti ingin berkongsi promosi sempena May 2023.
Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:
ATAU
contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.
ID: 1528647
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#ShakleeThrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#BlogmegaShaklee
No comments:
Post a Comment