Saturday, August 5, 2023

KEBAIKAN VITAMIN E YANG RAMAI TAK TAHU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pembaca. Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti. Hari ini Siti nak berkongsi tentang KEBAIKAN VITAMIN E YANG RAMAI TAK TAHU. Ha, biasa kita sinonim dengan vitamin C je kan. Hari ini kita berkongsi tentang vitamin E pulak. Tak kenal, maka tak cinta.Teruskan membaca ya. 😊


APAKAH VITAMIN E?


Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut-lemak.

Vitamin E mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas ini berpunca daripada cahaya matahari, stress, pemakanan yang tidak sihat seperti makanan yang diproses seperti sosej, burger kerana terdapat bahan pengawet dan perasa. Radikal bebas ini akan rosakkan DNA dan sel-sel badan kita yang menyebabkan penuaan ini berlaku. BIla DNA banyak yang rosak, sel kanser akan terjadi.

Selain itu, vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan dan organ-organ tubuh untuk berfungsi.

Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.



Di dalam vitamin E terdapatnya Selenium. Apakah fungsi Selenium ini?

Selenium berfungsi dalam:

💓 Membantu tubuh dalam menghasilkan protein khas yang berperanan dalam mencegah kerosakan sel.

💓 Membantu fungsi kognitif (pembelajaran).
💓 Meningkatkan sistem imunisasi badan.
💓 Memelihara kesuburan pada wanita dan lelaki.
💓 Menyumbang dalam penghasilan DNA.

SUMBER MAKANAN VITAMIN E


Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan seperti:
  • Minyak sayuran
  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Kekacang
  • Biji-bijian dan semua bijirin
  • Beras perang
  • Jagung
  • Telur
  • Rumpai laut
  • Susu
  • Oat
  • Kacang soya
  • Ubi kentang
  • Gandum


TIPS MEMILIH SUPPLEMENT 
VITAMIN E YANG TERBAIK


✅Sekiranya anda ingin memilih supplement vitamin E, pastikan vitamin E itu dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf 'd' kecil (d-alfa-tocoferol). JIka ada huruf 'l' atau 'dl' menunjukkan ia  dari sumber kimia atau tiruan.

✅Tips kedua anda harus cari perkataan mixed tocopherol dalam label.

✅Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium iaitu sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat. Ia beri kerjasama untuk menyokong fungsi Vitamin E.


KANDUNGAN NUTRISI VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE


VItamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Bagi Siti sekeluarga, kami sangat suka dengan produk Shaklee yang semestinya selamat, terbukti dan berkesan. Maka, vitamin E pun Siti syorkan vitamin E dari Shaklee. 

Setiap 1 kapsul vita-E Complex Shaklee mengandungi:

✅400IU Vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

✅65mcg Selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

✅39.4mg Ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

Tahukah anda? 

Untuk mendapatkan 400IU Vitamin E, anda perlu mengambil 11 cawan minyak kacang soya ATAU hanya 1 kapsul vitamin E Shaklee.


SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN E?


Individu yang perlukan Vitamin E adalah individu yang:

👩👨 Muka berjerawat
👩👨 Muka berjeragat
👩👨Muka/ badan berparut
👩👨Kolesterol tinggi
👩👨Masalah keguguran rambut
👩👨Selalu stress


KEBAIKAN VITAMIN E SHAKLEE UNTUK WANITA DAN LELAKI👩👨



1. Menyokong Kesihatan Penglihatan

Vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan katarak.

✅ Mengurangkan 20% risiko AMD (kemerosotan mata disebabkan penuaaan).

✅ Kepekatan yang tinggi di dalam membran sel dan mengurangkan kerosakan sel akibat  cahaya UV. 


2. Menyokong Kesihatan Jantung

Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung.

✅ Menghalang oksidasi kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) untuk mengurangkan risiko pembentukan plak pada lapisan dalam dinding salur darah anda.

✅ Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah anda.

✅ Menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 L darah sehari.


3. Meningkatkan Kesuburan Lelaki Dan Kualiti Sperma

Vitamin E dapat membantu melindungi membran sel daripada kerosakan.

✅ Vitamin E bekerjasama dengan SELENIUM untuk melindungi ciri-ciri sperma yang sihat dan sempurna.

✅ Pergerakan sperma dalam arah yang betul.

✅ Pengurusan andropaus yang lebih baik.

✅ Meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita.


4. Mengekalkan Kulit Berseri

Vitamin E melawan radikal bebas pada kulit.

✅ Membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

✅ Berfungsi sebagai antiradang semulajadi untuk meredakan dan menenangkan kulit.


5. Meningkatkan Fungsi Otak Yang Lebih Baik

Vitamin E menambah baik fungsi kognitif.

✅ Kajian mendapati bahawa VItamin E bukan sahaja menambahbaik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer

✅ Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.


6. Meningkatkan Kesuburan Wanita dan Kualiti Ovum

 Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk:
✅ Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.

✅ Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.

✅ Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.


7. Menyokong Keccergasan & Kesihatan Otot

Ketika anda menjalani latihan atau senaman, otot anda akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:
✅ Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkan oleh radikal bebas.

✅ Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.


SOALAN LAZIM  VITA- E COMPLEX


1. Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil Vita-E Complex?

Vitamin E adalah vitamin larut lemak. Jadi ia bagus diambil bersama hidangan makanan 

2. Jika saya mempunyai kulit yang berminyak, adakah sesuai untuk saya mengambil Vita-E?

Individu dengan kulit berminyak mungkin mempunyai kepekatan Vitamin E yang tinggi pada bahagian dermis dan epidermis kulit. Walaubagaimanapun,Vitamin E bagus untuk kulit apabila diambil bersama Vitamin C.

3. Jika saya mempunyai kulit yang kering, adakah sesuai untuk saya mengambil Vita- E?

Kulit akan mudah merengsa dan meradang apabila kering. Ianya sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Dengan Vitamin E, lapisan penghalang minyak dapat dibina dan dapat mengekalkan kelembapan kulit.

4. Saya sedang mengandung. Boolehkah saya mengambil Vita-E complex?

Jika anda sedang hamil atau menyusukan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum mengambil supplemen Vitamin E. Walau bagaimanapun, nutrien-nutrien yang penting untuk diambil semasa tempoh kehamilan adalah protein, asid lemak omega-3, vitamin C, kalsium, vitamin B dan zat besi.
 
5. Saya merupakan seorang lelaki yang sedang merancang untuk mendapatkan anak. Bolehkah Vitamin E membantu meningkatkan bilangan sperma?

Secara amnya, kajian tentang Vitamin E dan bilangan sperma menunjukkan fungsi Vitamin E sebagai antioksidan untuk melindungi kualiti sperma, sekaligus meningkatkan bilangan sperma yang sihat. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai masalah kesuburan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang supplemen kesihatan.  

TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE


Ramai yang telah mencuba  Vita-E Complex Shaklee. Ini adalah di antara testimoni yang telah menggunkannya. Sebenarnya banyak lagi testimoni yang lain, tapi Siti hanya masukkan hanya tiga testimoni sahaja di entri ini.

"Kulit semakin gebu dan parut semakin hilang"- Puan Ainal Syifa


"Parut bekas jerawat semakin hilang dan liang pori mengecil"

-Puan Nurul Fareha Mohd Daut


"Kulit muka rasa moist dan tidak kering atau berminyak"

-Puan Tengku Sofia S Aziz


Ok, sekian saja yang entry untuk kali ini. Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dan menemui anda sentiasa dalam kesihatan dan kemanisan iman. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh klik link di bawah ya. 

Salam sihat dan bahagia. ❤️

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#KebaikanVitaminE

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647


No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...