Assalamualaikum semua..Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti. Semoga perkongsian hari ini membawa manfaat. Ok,hari ini Siti nak berkongsi tentang 9 TIPS KERJA DARI RUMAH AGAR TETAP PRODUKTIF, SIHAT DAN TENANG.
Sejak pandemik melanda dunia akhir December 2019,bekerja dari rumah atau work from home (WFH) semakin polular dikalangan masyarakat dunia secara amnya dan masyarakat Malaysia secara khususnya. Hal ini kerana pelaksanaan perintah berkurung dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19. Alhamdulillah, setelah pelbagai usaha dijalankan,kini pada tahun 2023, WHO telah memutuskan bahawa Covid-19 bukan lagi penyakit kritikal. Dunia juga dalam usaha peralihan dari fasa pandemik kepada endemik walaupun tidak pulih sepenuhnya.
Ekoran daripada itu, bekerja dari rumah sudah menjadi normal baru di kalangan masyarakat. Samada anda menjalankan bisnes atau bekerja di sesebuah syarikat.
Di sini Siti senaraikan 9 Tips kerja dari rumah agar anda tetap produktif, sihat dan tenang.
1. DISIPLIN
Disiplin diri sangat penting. Bukan bermakna anda bekerja dari rumah, anda boleh bangun lambat. Bila bangun lambat,banyak urusan akan tertangguh. Justeru itu, bangun la awal pagi sepertimana anda harus siapkan diri hendak menuju ke pejabat.
Anda boleh menggunakan jam yang sama. Contohnya, jika anda bekerja di pejabat bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang, maka anda harus bekerja di rumah seperti waktu di pejabat. Hal ini tidak lain tidak bukan hanya untuk mendisiplinkan diri anda supaya banyak kerja tidak tertangguh.
2. SEDIAKAN TEMPAT KERJA SELESA
Walaupun bekerja dari rumah, sediakan satu ruangan khas untuk anda bekerja. Anda harus sediakan satu meja khas, kerusi yang selesa, laptop yang lengkap dengan keyboard dan tetikus serta internet supaya urusan kerja anda menjadi mudah. Selain itu,pencahayaan yang baik juga penting untuk mengelakkan mata anda letih dan lesu. Maka,letakkanlah meja kerja anda di ruangan terbuka atau berhampiran tingkap. Anda juga boleh menambah mood suasana kerja yang ceria dan relax dengan memasang zikir atau muzik yang lembut sebagai pembakar semangat untuk anda bekerja.
Keadaan ini lebih praktikal jika anda ada discussion melalui aplikasi Zoom dan Google meet dengan rakan sekerja. Barulah anda merasakan seperti anda bekerja di pejabat dan memerlukan komitmen yang tinggi kepada kerja anda.
Hal ini berbeza jika anda hanya bekerja di atas katil. Otak anda tidak akan menjadi kreatif kerana anda masih bermalas-malasan di atas katil. Lama kelamaan,mata anda mula terlelap dia atas tilam yang empuk itu.
3. DIDIK AHLI KELUARGA UNTUK FAHAM
Didiklah dan terangkanlah kepada ahli keluarga anda bahawa anda di rumah sedang bekerja. Samada anda berbisnes atau bekerja dengan syarikat tertentu, bekerja dari rumah bukan bermakna anda harus melengah-lengahkan kerja yang diberi.
Jika anda menerangkan kepada mereka dengan baik,anda pasti akan mendapat kerjasama yang baik daripada mereka. Jika anda sebagai seorang ibu dan isteri, maka persiapkanlah dahulu keperluan mereka di awal pagi seperti sediakan mereka makanan yang secukupnya,siapkan pakaian untuk mereka dan keperluan lainnya sebelum anda menuju kepada "workstation" anda. Mentor saya selalu berpesan, walaupun bekerja dari rumah, tangki emosi keluarga harus dijaga. Tak nak mereka rasa seperti kita hanya pentingkan kerja jer sehingga abaikan mereka. Sedangkan keluarga adalah segala-galanya. Kita bekerja pun untuk keluarga juga kan?
4. PLAN RUTIN HARIAN
Sediakan jadual harian jika anda bekerja dari rumah. Plan rutin harian anda mengikut keperluan. Anda harus bahagikan tugasan anda mengikut kategori seperti di bawah:
- Urgent & Important
- Urgent & Not Important
- Not Urgent & Important
- Not Urgent & Not Important
Sesudah selesai anda melakukan sesuatu tugasan, cuba berterima kasih kepada diri sendiri kerana telah berusaha keras sepanjang hari dengan 'reward' diri sendiri.
Reward diri atau memberi sesuatu kepada diri sendiri sebagai tanda penghargaan kepada diri tidak seharusnya berbentuk barang-barang mahal. Cukup sekadar meraikan kejayaan anda pada hari itu dengan penghargaan kecil seperti makan aiskrim yang sedap, membuat masakan atau minuman kegemaran anda. Sayangi dan hargai diri sendiri sebelum kita hargai orang lain. Okey😊
8. BERSENAM ATAU BEROLAHRAGA
Apabila hari sudah menginjak ke petang,anda harus matikan laptop serta kemaskan meja kerja anda. Pergilah keluar ke taman atau ke kawasan rumah untuk mengambil udara segar. Jangan biasakan diri anda bekerja sehingga lewat malam kerana hal ini akan memberi kesan kepada kesihatan mental anda.
Anda boleh ke taman-taman sekitar rumah anda untuk bersenam atau berolahraga bagi merehatkan fikiran anda yang telah penat seharian bekerja. Jika anda tidak mahu bersenam, anda juga boleh melakukan rutin harian anda dengan menyiram,membaja, serta menggembur tanah terhadap pokok-pokok tanaman anda. Bercucuk tanam juga merupakan salah satu untuk menjaga kesihatan mental anda.
9. PILIH PEKERJAAN YANG SESUAI
Tips yang terakhir dan sangat penting, apabila anda bekerja dari rumah, pilih lah pekerjaan yng sesuai dengan diri anda.
Jika anda bekerja sebagai makan gaji, pilihlah pekerjaan yang memudahkan anda melakukannya dari rumah dan mempunyai kelengkapan yang cukup. Sebagai contoh, jika anda sebagai penulis, maka anda perlukan laptop dan internet. Jika anda sebagai akauntan, anda harus 'install' laptop anda dengan 'software' sistem akaun yang boleh diakses oleh majikan.
Manakala jika anda seorang bisnessman atau bisnesswomen, anda harus pandai memilih bisnes dengan modal yang rendah dan tidak terlalu berisiko. Jika tanya Siti, bisnes online apa modal yang rendah dan tidak berisiko, Siti syorkan anda memilih bisnes online Shaklee kerana ia hanya berbekalkan modal serendah RM35 dan anda tidak perlu menyimpan stok.
Untuk rekod, pada tahun 2020,2021,2022, Shaklee telah membayar bonus RM 372 Million kepada semua ahlinya. Bayangkan,betapa kukuhnya syarikat Shaklee hingga mampu membayar berapa pun bonus kepada ahlinya. Lebih menarik, income dalam Shaklee tiada limit. Best kan?
Anda juga boleh baca di sini:
https://mizwellness.blogspot.com/2023/04/8-sebab-bisnes-shaklee-adalah-bisnes.html
Ok,sekian dulu untuk entry kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry. Salam sihat dan bahagia. 😄❤️
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#ShakleeThrive2023
#BlogmegaShaklee
#TipsKerjaDariRumah
#AgenShakleeKertehPakaDungun
Mahu sertai kami?
Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.
ID: 1528647
No comments:
Post a Comment