Tuesday, July 25, 2023

TIPS TRAVEL: 9 PERKARA PENTING SEBELUM PERGI BERCUTI


Travel atau pergi bercuti adalah perkara yang menjadi kemestian bagi setiap individu.Samada pergi bercuti dalam negara atau luar negara. Tapi,ada ke yang tak suka pergi bercuti?Cam pelik je kan?Yang tak suka pergi bercuti bukan sebenarnya mereka tak suka.Mungkin ada komitmen lain yang mereka perlu uruskan.Mungkin juga tak mempunyai bajet yang mencukupi. Apa pun, Siti percaya semua orang suka bercuti kan?

Percutian adalah perkara yang menyeronokkan. Mana tak nya, setelah kita berpenat lelah bekerja mencari rezeki, sesekali kena pergi bercuti untuk merehatkan minda dan refresh minda. Relaks & Refresh. Namun, ada beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan sebelum pergi bercuti. Di bawah ini Siti senaraikan TIPS TRAVEL.

TIPS TRAVEL: 9 PERKARA PENTING SEBELUM PERGI BERCUTI.


1. RANCANG PERCUTIAN ANDA

Sesuatu percutian itu perlulah dirancang terlebih dahulu. Ini termasuklah tempat mana anda hendak tuju. Jika anda ingin pergi ke negara empat musim, anda harus mengambil kira keadaan cuaca di sana. Jika anda tidak tahan sejuk, dan negara yang ingin anda tuju sedang mengalami musim sejuk, anda harus membatalkan niat anda untuk pergi ke negara tersebut. Mungkin anda boleh menukar haluan anda ke negara yang lain atau sekadar bercuti dalam negara sahaja.

2. BERCUTI DI LUAR MUSIM


Jika anda ingin jimat dan tidak sukakan keadaan yang crowded, bercuti sewaktu hari bekerja atau weekdays sangat menguntungkan. Ini kerana anda akan dapat harga bilik hotel yang jauh lebih murah berbanding weekend dan public holidays atau school holidays. 

Tetapi jika anda dan pasangan mempunyai anak yang masih bersekolah, anda tiada pilihan lain melainkan hanya menunggu sewaktu hujung minggu atau semasa cuti persekolahan. 

3. RANCANG HARI PERTAMA DAN HARI TERAKHIR ANDA


Percutian yang seronok dan happy bermula dari hari pertama anda sampai ke destinasi. Check semua barang-barang keperluan supaya tidak tertinggal. Pastikan anda membawa semua dokumen penting seperti IC dan passport jika anda ingin pergi bercuti ke luar negara. Set kan juga masa anda harus berada di lapangan terbang supaya anda tidak terlepas penerbangan.

Kenal pasti lokasi hotel anda dan pukul berapa anda harus check in jika anda pergi bercuti dalam negara.

Rancang juga aktiviti hari pertama anda supaya anda dapat menikmati kegembiraan dan keseronokan untuk hari seterusnya.

Apabila sudah tiba hari terakhir anda bercuti, semak kembali jadual penerbangan anda dan segala barangan anda supaya tiada yang tertinggal. Buat check list supaya anda tidak stress. Kita pergi bercuti untuk relaks kan minda. Tak nak stress stress ok.

4. BUAT SALINAN DOKUMEN PENTING


Buat salinan dokumen daripada yang asal sangat membantu anda jika dokumen anda hilang atau dicuri semasa anda menikmati percutian anda. 

Salinan dokumen ini anda boleh simpan dalam bentuk digital, soft copy di dalam email anda atau dalam bentuk fizikal, hard copy.

Dokumen yang dimaksudkan adalah seperti passport, Visa,tiket flight, dan lokasi hotel anda. Kaedah ini sangat membantu jika anda berada dalam kesusahan di negara orang.




5. BOOKING TIKET FLIGHT DAN HOTEL LEBIH AWAL


Booking atau tempah tiket flight dan hotel lebih awal dari tarikh anda bercuti sangat membantu anda untuk memilih pakej yang terbaik dengan harga yang lebih murah berbanding jika anda menempah on the spot semasa bercuti.

Anda boleh menempah bilik hotel anda secara online di website yang terkenal seperti trivago. Selain itu, anda juga boleh menempah di laman web Booking.com yang mana laman webnya user friendly dan mudah untuk membuat perbandingan harga bagi setiap hotel.

Booking lebih awal mengelakkan bilik hotel yang anda kehendaki penuh semasa tarikh percutian anda. Kaedah ini juga memudahkan percutian kita.

6. TAMPALKAN STICKER 'FRAGILE' PADA BAGASI ANDA


Tips ini agak menarik kerana akan menjimatkan masa anda menunggu bagasi anda di airport. Biasanya bagasi yang bertanda 'fragile' akan diletakkan di bahagian paling atas berbanding bagasi lain di dalam perut kapal terbang. Jadi, apabila sampai ke destinasi, bagasi anda yang paling awal akan dikeluarkan. Pengendalian bagasi juga akan dilakukan secara berhati-hati. Justeru, risiko bagasi anda kemek atau hilang tayar dapat dikurangkan. 

Pengalaman Siti sendiri naik flight, apabila mendarat, pernah juga bagasi hilang sebelah tayar dan pemegang bagasi patah. Masa tu memang kecewa jugak. Tapi redha jer. Lepas ni boleh la anda guna tips tampal pelekat 'fragile' ni yer.




7. DAPATKAN INSURANS PERJALANAN


Jika anda ingin travel ke luar negara, insuran ini sangat penting bagi anda. Sekurang- kurangnya anda dilindungi oleh insurans perjalanan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Yela, pergi ke negara orang kan, kita tak tau apa akan jadi kat sana. 

Melalui pembacaan Siti, anda boleh dapatkan insurans ini secara online melalui laman web Bijak.my. Bandingkan dahulu dengan 10 jenama insurans yang ada dan dapatkan satu pelan yang mengikut bajet serta keperluan anda. 

8. ELAK MEMBUAT PENUKARAN WANG ASING DI LAPANGAN TERBANG ATAU HOTEL


Sebelum memulakan perjalanan anda, pastikan anda sudah menukar wang anda terlebih dahulu. Elakkan menukar wang anda di lapangan terbang atau hotel kerana mempunyai kadar pertukaran wang asing yang lebih tinggi berbanding di luar. 

Jangan tertipu jika mereka nyatakan tiada yuran komisyen yang dikenakan. Anda boleh membuat tukaran di luar seperti pusat membeli belah atau boleh membuat perbandingan harga di pusat-pusat tukaran wang asing.



9. TAKE CARE OF YOURSELF


Sebelum pergi bercuti, pastikan anda dalam keadaan sihat. Jaga diri anda. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta minum banyak air. Anda juga perlu dapatkan supplements sebagai energy booster anda supaya percutian anda lebih menyeronokkn.

 Bagi Siti, Siti sangat syorkan anda mengambil ResV sebagai energy booster yang terbaik. Ia juga senang dibawa ke mana-mana. Hanya letak di dalam handbag anda sebagai bekalan supplements untuk badan yng sihat. Bercuti dengan badan yang sihat dapat mengubah suasana percutian menjadi lebih menyeronokkan dan lebih bermakna. Banyak memori yang akan disimpan sebagai kenangan.



Sampai di sini sahaja untuk entry kali ini. Siti berharap anda mendapat manfaat daripada tulisan ini. Jadikan percutian kali ini lebih bermakna bersama orang yang tersayang. 

Akhir salam, salam sihat dan bahagia. Jom pergi bercuti..😊


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#BlogmegaShaklee

#TipsTravel

#AgenShakleeKertehPakaDungun


Mahu sertai kami?

Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.


Penngedar Sah SHAKLEE Anda

Paka,Dungun,Kerteh
ID: 1528647




No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...