Assalamualaikum sahabat pembaca. Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti. Moga kalian berada di dalam keadaan sihat walafiat. Ok,hari ini Siti nak berkongsi tentang 8 TIPS BISNES ONLINE.
Bisnes online merupakan bisnes yang semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat hari ini. Bisnes Online atau bisnes dalam talian semakin berkembang sejak PKP 2020 di mana rakyat tidak dibenarkan keluar rumah ekoran pandemik Covid-19 melanda dunia.
Jika dahulu banyak bisnes dilakukan secara Offline,hari ini ramai sudah bertukar ke plafform Online untuk meluaskan lagi perniagaan mereka. Mungkin ini salah satu hikmah di sebalik berlakunya Covid-19 melanda dunia di mana pada masa itu, ramai yang tidak dapat keluar ke sana sini. Jadi, alternatif yang ada adalah membeli secara Online bermula dari barangan makanan,pakaian,alatan memasak, alatan berkebun, alatan untuk mendeco rumah dan sebagainya.
Jika selama ini anda hanya sebagai pembeli Online dan kini sudah mula berminat untuk menjadi penjual online,di sini Siti sediakan 8 tips untuk memulakan perniagaan Online.
1. PILIH NAMA BRAND YANG BETUL DAN LONG TERM.
Bagi anda yang baru nak memulakan perniagaan Online dan tidak tahu nak jual apa, Siti sarankan anda pilih nama-nama brand yang sudah ada di pasaran. Pendek kata,anda menjual sebagai dropship atau agen sesuatu produk.
Menjual jenama yang sudah ada di pasaran memudahkan orang mengenali anda berbanding anda menjual brand yang baru.
Hal ini juga memudahkan anda daripada memerah otak untuk menjual produk sendiri yang kita tidak pasti sambutan bagaimana di kalangan masyarakat. Mengeluarkan produk sendiri juga bermakna anda harus melaburkan duit berjuta-juta ringgit untuk R&D sesuatu produk itu. Hal ini memerlukan masa,tenaga dan kos yang tinggi.
Anda juga boleh design logo anda sendiri dan menaikkan personal branding anda sendiri walaupun menjual barang orang lain. Tidak semestinya logo anda sama dengan HQ barangan tersebut.
Sebagai contoh, Watsons, Guardian, Tesco, Mydin dan banyak lagi. Mereka menjual barang orang lain tetapi menaikkan jenama sendiri.
Contoh yang lain, jika anda ingin menjual tudung Ariani dan telekung Siti Khadijah, anda tidak seharusnya letak nama mereka. Anda boleh letak nama kedai Online anda sendiri seperti Siti Collection. Di sana, anda boleh menjual telekung Siti Khadijah, tudung Ariani, stokin wuduk friendly, handsock dan sebagainya.Jangan pilih nama yang spesifik seperti Siti scarf. Jika anda ingin menjual baju,anda tidak boleh menggunakan branding Siti Scarf kerana ia merujuk kepada scarf sahaja.
Pemilihan syarikat yang sudah establish juga sangat penting. Ini kerana syarikat yang sudah lama bertapak akan menjaga ahlinya dan tidak akan pernah gagal untuk membayar bonus kepada setiap ahlinya walau berapa pun.
Contoh di bawah adalah syarikat Shaklee yang sangat kukuh. Mereka telah membayar bonus kepada setiap ahlinya RM372 Juta untuk tahun 2020,2021,2022 di Malaysia sahaja. Ini bermakna syarikat ini tidak pernah gagal untuk membayar bonus kepada anda walau berapa jumlah sekalipun.
2. MODAL YANG RENDAH
Sebagai newbies dalam bisnes Online, anda harus mencari bisnes yang mempunyai modal yang rendah. Hal ini mengelakkan anda daripada mengalami kerugian. Anda harus mencari perniagaan di mana anda tidak harus menyewa tapak kedai dan menggaji pekerja yang akan meningkatkan kos operasi.
Modal yang besar belum tentu menjanjikan pulangan yang besar.
3. RISIKO YANG RENDAH
Pilih lah perniagaan yang mempunyai risiko yang rendah. Anda tidak harus terpedaya dengan janji-janji manis founder yang menjanjikan pulangan bulan & bintang dengan melabur modal yang besar sedangkan risiko kerugian akan ditanggung oleh anda sendiri.
4. JANGAN TERLAMPAU FIKIR UNTUNG DENGAN MEMBELI STOK YANG BANYAK
Pada permulaan bisnes Online, anda jangan terlalu excited untuk mendapat untung yang besar dengan membeli stok barangan yang banyak. Ini kerana stok barangan yang banyak belum tentu akan terjual dalam masa yang singkat. Bimbang barang tersebut sudah expired sebelum anda sempat menjualnya. Sudahnya, stok tersebut disimpan bawah katil dan modal anda akan hangus camtu jer.
5. SELALU BAGI TIPS, PETUA, TESTIMONI
Berniaga secara Online ni, anda kena rajin untuk share pelbagai tips, petua dan testimoni kepada audience. Anda boleh share di Facebook, Instagram, Twitter dan Tik tok.
Apabila orang mulai kenal anda dan anda sudah ramai follower, perniagaan anda akan cepat berkembang.
6. GUNAKAN HASHTAG
Penggunaan hashtag (#) dalam setiap perkongsian dan posting anda di laman sosial merupakan salah satu zero cost marketing. Ini kerana orang akan mudah untuk mencari kita melalui hashtag.
Sebagai contoh:
#pengedarshaklee
Atau jika anda ingin meletakkan nama tempat, anda harus tulis:
#pengedarshakleepaka
#pengedarshakleedungun
#pengedarshakleekerteh
7. BELAJAR ILMU PEMASARAN
Berniaga Online kelihatan seakan mudah. Namun ia mempunyai cabaran tersendiri. Sebab inilah anda harus mempunyai ilmu pemasaran.
Banyak kelas-kelas yang dapat anda belajar. Hanya perlu invest masa dan sedikit duit sahaja. Ada juga kelas percuma yang pernah Siti ikuti. Walaupun percuma, pengisian dia cukup bermanfaat. Tidak sia-sia jika anda invest sedikit masa untuk belajar tentang ilmu ini.
8. CIRCLE YANG BAIK
Circle yang positif sangat penting sebagai seorang penjual. Berbisnes Online ini ada kalanya anda harus melalui fasa up & down. Di sinilah circle yang positif sangat membantu anda untuk bangkit sekiranya anda hampir berputus asa dan ingin menyerah.
Circle yang positif juga dapat membimbing anda agar terus melangkah walaupun banyak ujian yang datang dalam berbisnes.
Sebagai penutup, pilih lah perniagaan yang betul supaya anda tidak tersilap langkah. Untuk pengetahuan anda, semua ciri-ciri yang baik di atas ada di dalam bisnes Shaklee.
Ok,cukup setakat ini sahaja untuk entry kali ini. Diharapkan entry kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari idea untuk berbisnes.
Semoga kita berjumpa lagi di lain entry. Salam sihat dan bahagia. 😄❤️
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#ShakleeThrive2023
#BlogmegaShaklee
#Tipsmulakanbisnesonline
#AgenShakleeKertehPakaDungun
Mahu sertai kami?
Klik icon whatsapp di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.
ID: 1528647
No comments:
Post a Comment