Assalamualaikum dan salam sejahatera sahabat pembaca. Terima kasih kerana sudi melawat blog Siti.
Hari ini tanggal 10 May 2023 bersamaan 19 Syawal 1444H. Ha, masih dalam mood raya lagi ke? Kalau tanya Siti, of course la masih dalam mood raya.Hehehehe..Kita bekerja sambil beraya. Terlalu cepat masa berlalu, cam tak puas rasanya raya tahun ini. Padahal dah cuti lama tu. Mungkin banyak lagi rumah kawan-kawan tak sempat melawat,
Sebut je pasal raya, tak terlepas dari acara "Hari Raya Open House". Tapi open house atau rumah terbuka tahun ini tak semeriah tahun lepas. Mungkin disebabkan kos sara hidup semakin meningkat, ramai lebih memilih untuk menjemput saudara mara dan sahabat terdekat sahaja untuk datang ke rumah. Jika nak banding dengan tahun lepas, banyak open house tahun lepas terpaksa kami tolak kerana tidak sempat untuk menghadirinya.
Seronoknya pergi open house ni, kita dapat berjumpa ramai orang. Sanak saudara dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu, dapat bersua kembali. Dan sudah semestinya hidangan yang lazat, kuih muih menjadi tumpuan utama. Sambil berborak cerita pengalaman masing-masing, tak sedar makanan di dalam pinggan sudah habis. Nak menambah malu. Dalam masa yang sama kena makan berpada-pada juga kerana takut terlebih kalori.Tapi tuan rumah lagi suka kalau kita menambah sebab makanan memang banyak disediakan kepada para tetamu.
Raya tahun ini agak mencabar sikit kerana cuaca panas. Nak pergi beraya banyak rumah dalam satu hari memang tak sempat kerana keletihan. Biasa kami hanya pergi 3 buah rumah sahaja dalam 1 hari. Itu sudah cukup memadai berbanding masa diambil untuk menggosok baju dan bersiap. Adik dan kakak Siti selalu ketawa bila diajak pergi beraya kerana selalu Siti tanya mereka, "nak pergi berapa buah rumah ni?Kalau nak pergi 1 buah rumah, tak nak pergi. Tak berbaloi nak gosok baju."😂
Cabaran jika berkunjung ke open house ini, kekadang kita makan cam tak ingat dunia dah. Maklumlah makanan semua sedap-sedap. Nak habiskan 3-4 buah rumah dalam sehari kekadang terlebih kenyang. Menurut Pakar Diet Columbia Asia Hospital-Setapak, Siti Sarah Mohd Juzup, sebagai tuan rumah, perancangan menu perlu dilakukan dengan teliti supaya tetamu dapat menikmati hidangan juadah yang seimbang. Sebagai tetamu pula, pemilihan makanan perlu diambil secara bijak dan teratur agar tidak melebihi keperluan diet seharian.
Cuaca yang sangat panas memerlukan kita minum air masak yang banyak.Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Takut juga terjadi strok haba seperti kes di Kelantan dan Kluang baru-baru ini. Bayi,kanak-kanak, dan warga emas merupakan golongan yang berisiko tinggi. Oleh itu kita perlu pastikan mereka minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta mengawasi gejala keletihan dalam kalangan golongan itu kerana mereka mungkin mengalami dehidrasi tanpa disedari.
Masalah utama anak-anak hari ini, kekadang mereka tidak suka sangat minum air masak. Asyik nak minum air manis je. Kalau pergi beraya 5 buah rumah, kelima-lima buah rumah banyak minum air manis. Dan cara untuk mengatasi masalah ini, boleh sediakan anak-anak dan mak dengan air Performance Drink. Hari Raya dengan Shaklee menjadi lebih mudah dan meriah. Performance Drink merupakan minuman elektrolit yang dapat mengekalkan kandungan air di dalam badan. Jadi, badan kekal terhidrasi dan risiko untuk mendapat strok haba sangat rendah. Yang penting kita ikhtiar ok.😊
Ia juga merupakan minuman isotonik yang tidak ada kandungan karbonat dan mengandungi gula yang sangat-sangat sedikit. Minuman ini dapat membantu mengawal paras cecair di dalam badan kita agar badan kita tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak.
Istimewanya performance Drink ini ialah ia direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat.
Kelebihan Performance Drink
Antara kelebihan minuman isotonik Shaklee ini berbanding dengan minuman isotonik yang banyak di pasaran adalah:
- Tidak bergas atau tidak berkarbonat
- Mengandungi gula yang sangat minima
- Tiada lemak
- Tiada kolestrol
- Tiada pewarna atau pengawet tambahan yang digunakan
- Dirumus khas dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi.
- Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh.
- Ujian klinikal-rumusan eksklusif Opticarb yang sudah dipatenkan ini mampu meningkatkan tenaga sebanyak 6 kali ganda, memberi tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam badan.
- Fakta Nutrisi
- Kebaikan Performance Drink
- Mengekalkan paras gula dalam darah
- Mempercepatkan proses penyembuhan apabila otot cedera
- Meningkatkan daya tahan badan dan otot
- Memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
- Menggantikan air yang hilang semasa melakukan aktiviti fizikal
- Membekalkan tenaga fizikal
- Membantu badan lebih cergas dan aktif
- Mengimbangi metabolisma air di dalam tubuh
- mengurangkan rasa haus
- mencegah penghidratan
- Melembapkan kulit yang kering
- Dalam menghadiri open house, banyak juga kisah lucu terjadi. Antaranya Siti pernah hadiri open house yang dianjurkan oleh company. Biasalah, kalau company yang anjurkan,mereka akan menempah catering siap dengan pelayan dengan pelbagai menu. Semua orang akan mengambil makanan secara layan diri. Seenaknya makan di meja, tetiba sudu yang Siti pegang entah macam mana boleh terjatuh ke lantai. Sebab nak cover malu, sudu tu dibiarkan jatuh camtu je. Niatnya lepas makan nanti Siti ambil. Tapi, tanpa disangka-sangka, datang seorang pelayan mengambil sudu itu dan meletakkannya di tempat sepatutnya. Aduh, malunya. Ingatkan tak ada orang sedar. Seorang rakan sambil ketawa berkata, "You tak leh dibawa makan kat hotel ni. Buat malu je."😅
- Pelbagai juadah dihidangkan
- Kambing golek menjadi tumpuan di acara open house
- Dalam bergembira menghadiri open house, ada juga cerita yang tidak sedap didengar. Open house kena scam. Ha, camne leh kena scam tu? Ini Siti terbaca di media sosial. Menurut tuan rumah, dia dan family mengadakan open house dan menjemput semua sanak saudara dan rakan-rakan yang terdekat. Seawal pagi lagi dia sudah bersiap dengan dandanan dan pakaian yang cantik untuk menyambut kawan-kawannya. Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi.Namun tiada seorang pun rakan dia datang. Yang ramainya rakan-rakan mak dan adik beradiknya yang lain. Dia tunggu lagi sampai ke jam 6 petang. Tetap tiada seorang rakannya muncul dan meluahkan kekecewaanya di media sosial.
Mahu sertai kami?Tekan perkataan di bawah:
ATAU
contact no di bawah untuk dapatkan produk dan konsultasi percuma.
ID: 1528647
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#ShakleeThrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#BlogmegaShaklee
No comments:
Post a Comment