Monday, April 3, 2023

7 TIPS MERAIKAN RAMADHAN YANG DIRINDUI

7 Tips Meraikan Ramadhan Yang Dirindui



Alhamdulillah,pejam celik pejam celik kita dah pun melalui 12 Ramadhan.

Diharapkan sahabat pembaca dapat melalui Ramadhan dengan sempurna.

Kita mengharapkan Ramadhan kali ini biarlah Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui.Tapi bukan yang terakhir buat kita. In Shaa Allah..

Di sini cik Siti nak kongsikan 7 Tips Untuk melaui Ramadhan ini supaya ia penuh bererti.

1.Membersihkan Rumah

Ramadhan adalah tetamu agung. Selama sebulan ia akan bersama kita. Mana mungkin kita hendak sambut tetamu istimewa ini dengan keadaan rumah yg tidak kemas dan tidak bersih. Oleh kerana itu, seharusnya kita sentiasa membersihkan rumah kediaman kita supaya sentiasa kelihatan bersih dan rapi. Rumah yang bersih juga membolehkan kita beribadat dengan tenang. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?


2.Rencanakan Target Ramadhan

Rencanakan target kita untuk Ramadhan kali ini. Walaupun sudah 12 hari berada di bulan Ramadhan,kita kena lihat semula apa target Ramadhan kali ini. Target ini seperti ingin khatam Al-Quran sekali or 2 kali, hidupkan malam dengan terawih,Qiamulail,Tahajjud serta zikir.


3.Meyemak Semula Hukum Hakam Berkaitan Dengan Ibadat Puasa.

Ramadhan hanya setahun sekali. Kadang-kadang kita terlupa tentang hukum hakam puasa seperti perkara yang membatalkan puasa, perkara makruh puasa, perkara sunat puasa, Sunnah Nabi S.A.W ketika Ramadhan. Semua ini kita boleh tambahkan bacaan kita samada bacaan di internet,bacaan melaui buku-buku atau boleh merujuk kepada asatizah atau yang faham tentang hukum hakam.


4. Memperbanyak Zikir Di Selang Waktu

Berzikir tidak semestinya kena duduk di atas sejadah 24 jam. Kita juga boleh berzikir ketika memasak, melipat kain, memasak, memandu kenderaan serta mengemas rumah. Tinggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap keji, mencari salah orang, buruk sangka, menyakiti kawan atau jiran, serta menghabiskan masa menonton video-video yang tidak bermanfaat. Lazimi lah lidah kita dengan zikir supaya sisa hidup ini tidak terbuang lagi.Perlahan-lahan kita akan terbiasa dengannya.In shaa Allah.


5. Banyakkan Berdoa Dan Istighfar

Ramadhan adalah bulan keampunan. Doa diterima dan juga pahala berlipat kali ganda, Ditutup semua pintu Neraka dan dibukakan semua pintu Syurga. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan Istighfar dan berdoa. Kita sangat mengharapkan semoga dosa-dosa kita yang telah lalu diampuni. Sebagai contoh, semasa bersahur banyakkan Istighfar dan semasa hendak menunggu azan Maghrib, banyakkan berdoa. Kerana waktu-waktu tersebut adalah waktu mustajab doa.


6. Menghidupkan suasana Ramadhan Di Rumah

Ramadhan bermula di rumah. Dari rumah lah kita pesan memesan di antara ahli keluarga untuk niat puasa, bangun sahur, berterawih, membaca dan mentadabbur Al-Quran, meghidupkan malam dengan ibadat-ibadat sunat. Suasana Ramadhan pastinya berbeza. Aura Ramadhan itu sendiri sangat kuat.Kita akan merasakan ketenangan, kedamaian, silaturrahim di antara keluarga makin utuh. Tapi jika kita tidak menghidupkan Ramadhan bermula dari rumah, Ramadhan dan puasa ibarat seperti adat, bukan ibadat. Manakan tidak, orang berpuasa kita berpuasa.Orang pergi bazar Ramadhan kita pergi.Orang berbuka kita berbuka.Tapi kita tidak merasai nikmat Ramadhan itu sendiri. Hanya merasa lapar,dahaga dan penat sahaja. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan ini. Nauzubillah.


7. Menjaga Kesihatan Kita Sebaik Mungkin

Menyambut Ramadhan dengan badan sihat sangat berbeza jika kita menyambutnya dengan badan yang tidak sihat,bermaya,lesu,dan letih. Oleh kerana itu, kita hendaklah menjaga kesihatan kita dengan memperbanyakkan minum air masak serta mengambil supplemen sebagai immune booster dan energy booster supaya badan sentiasa cergas dan bertenaga untuk melakukan ibadat di bulan Ramadhan. Tidur awal dan bangunlah lebih awal supaya tidur yang cukup tidak mengganggu aktiviti harian.

Akhir kata, semoga di pengakhiran Ramadhan nanti kita memperoleh hadiah yang sangat istimewa dari Yang Maha Esa iaitu Lailatul Qadar. Malam yang sangat istimewa kerana ia lebih baik daripada seribu bulan. Umur umat Rasulullah S.A.W tidak panjang seperti umur umat Nabi-Nabi terdahulu sehingga beratus-ratus tahun bahkan ada beribu-ribu tahun untuk beribadat kepada Allah. Contohnya umat Nabi Salleh a.s,kaum Thamud.Umur mereka rata-rata 1500 hingga 2000 tahun.Manakala,Nabi Nuh pula berdakwah 950 tahun.Dan umur baginda lebih daripada itu.Namun begitu,Allah sangat sayangkan umat Rasulullah S.A.W sehingga dianugerahkan malam Lailatul Qadar. Beribadat pada malam tersebut ibarat kita beribadat sepanjang hidup. Umat Nabi sebelumnya sangat cemburu kepada umat baginda Rasulullah kerana banyak kelebihannya berbanding umat terdahulu. Sehinggakan mereka ternanti-nanti bilanya datangnya insan mulia bernama Muhammad S.A.W...Beruntungnya kita menjadi umat baginda Rasulullah S.A.W..Sungguh, kita banyak terhutang budi kepada baginda Rasulullah S.A.W..

Alhamdulillah..

Sekian, terima kasih..

credit:imanshoppe.com,google blog,google image

          

No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE DISYORKAN DOKTOR

  Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan rumah tangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan keriuhan dan gelak tawa suara...